Bab 39

223 9 0
                                    

                 

Ketika Naeem sedang membeli makanan ringan di PETRONAS, Adli mengisi minyak keretanya. Apabila dia ternampak Naeem semakin menghampiri, dia mengeluh lemah. Pishangnya bila ditinggal berdua dengan Naeem. Lebih-lebih lagi ketika mereka ada masalah. Sebenarnya, tak ada masalah pun. Cuma Adli tidak berpuas hati dengan Naeem. Dan bila mereka sudah berdua ni, barulah Adli mahu bertanya sendiri kepada Naeem sama ada memang dia ada ambil ice ataupun tidak.

            "Nak?" tanya Naeem menghulurkan sepaket keropok Twisties di tangannya.

            Adli mengambil segenggam Twisties sebelum menyuapkan keropok kegemarannya itu ke dalam mulut.

            Naeem tersenyum sendiri. Melihat Adli yang sudah boleh berkongsi makanan dengannya, rasanya mereka sudah tidak mempunyai masalah lagi. Mungkin Adli tidak lagi dingin dengannya, teka Naeem.

            "Kau kenapa tadi nak dingin dengan aku? Tiba-tiba emo apasal?" Naeem akhirnya bertanya.

            Adli terkedu seketika. If there's one thing Naeem is good at, it's intervention. Dia yang sedang bersandar di kereta hanya mampu memandang Naeem dengan pandangan sayu. "Can you be honest with me?"

            Naeem terkejut kerana tiba-tiba Adli mahu dia jujur. Jujur tentang apa? "Apa kau merepek ni?"

            "Are you on drugs...again?"

            Naeem membuntangkan matanya apabila Adli mengutarakan soalan itu. Soalan yang ternyata menyentapkan perasaannya. Apa yang Adli fikirkan? Kenapa dia rasa aku on drugs? Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kenapa kau tanya aku soalan ni?"

            "Kau hyper sangat pagi tadi. Buat aku teringat dekat kau masa degree dulu."

            "Wait, what? Hyper? Really? That's just me on caffeine okay?"

            "Kau cakap kau susah nak tidur malam tadi."

            "Sebab panas sangat! Oh my God, aku tak sangka yang kau fikir aku still amek ice lagi." Naeem mundar-mandir di hadapan Adli.

            Adli diam. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Namun, dia tidak rasa pertelingkahannya dengan Naeem sudah tamat. Melihat kekecewaan di wajah Naeem kerana telah dituduh oleh sahabat sendiri mengambil dadah, Adli jadi simpati.

            "Hei, aku mintak maaf. Aku tak sepatutnya fikir macam tu pasal kau."

            "Sebab tu ke emo dengan aku tiba-tiba? Kau fikir aku tengah high?" tanya Naeem.

            Adli terpaksa mengakui hakikat itu. Dia menganggukkan kepalanya.

            "Come on-lah, Adli. Aku dah stop amek benda tu okey." Naeem ternyata masih kecewa dengan tuduhan Adli.

            Adli jadi semakin bersalah. Rasa kesal kerana telah menuduh Naeem tadi mula menyinggah. "Sorry..." itu saja yang mampu dikatakan.

            Naeem merengus kencang.

            "Aku cuma risaukan kau. Aku dah janji dengan Fasihah yang aku akan jaga kau. Kitorang tak nak kau amek benda ni lagi." Adli meluahkan apa yang dia rasa.

            Mendengar nama Fasihah, hati Naeem jadi sayu. Gadis itu kini berada di Sabah. Sahabat baiknya sewaktu degree dulu. Yang banyak tahu tentang dirinya lebih dari orang lain. Malah, Fasihah sedar Naeem mengambil ice. Dia yang banyak menasihatkan Naeem untuk kembali semula ke pangkal jalan. Apa yang terjadi dulu antara Naeem dan Amirul benar-benar mengecewakan. Naeem seolah-olah seperti hilang pertimbangan hidup. Lebih banyak mengadakan hubungan seksual dengan lelaki-lelaki yang dikenali secara online. Demi dendam, Naeem juga sanggup meniduri teman-teman rapat Amirul supaya dia dapat meracuni fikiran mereka semua untuk membenci Amirul.

            Fasihahlah yang telah menyelamatkan Naeem dari sesat. Ketika Naeem sedang sober dan merancang untuk mengisi tubuhnya dengan dadah sekali lagi, Fasihah menasihatkan Naeem untuk tidak berbuat sedemikian. Fasihah mahu Naeem memikirkan masa depannya. Memikirkan tentang keluarganya, pelajarannya dan kesihatannya. Fasihah tidak mahu Naeem dijangkiti virus HIV dengan cara ini. Cara yang paling mudah dan kotor. Ketika berada di bawah pengaruh ice, seseorang itu sukar untuk merasa sakit. Kemungkinan besar ketika sedang mengadakan hubungan seks, mereka tidak sedar adanya geseran yang boleh melukakan sekaligus memudahkan virus HIV untuk merebak.

            Setelah puas dinasihatkan, akhirnya Naeem sedar. Dia hanya mahu membalas dendam terhadap Amirul. Dendam yang tidak akan kesampaian sekiranya terus ditanam di dalam hati. Naeem berhenti sendiri melakukan perkara-perkara tidak bermoral itu. Dengan sokongan dari Fasihah dan rakan-rakan yang lain, Naeem berjaya. Adli juga turut menjadi teman yang sering ada untuk Naeem bila-bila dia memerlukan. Dan Naeem terharu kerana Adli masih mengambil peduli tentang dirinya.

            "Thanks..." kata Naeem.

            Adli memandang wajah Naeem. Ingin tahu sekiranya Naeem masih memarahinya lagi ataupun tidak.

            "Tapi sumpah aku memang dah tak amek benda tu. Aku cuma amek weed je," sambung Naeem lagi.

            Mendengar saja perkataan weed, Adli membuntangkan matanya. "Weed!? Kau bawak ke?"

            "Amboi, laju je!" Naeem mencebikkan bibir.

            Adli ketawa mengekek. Dia memang hantu weed. Waktu belajar dulu, memang tak sah kalau tak amek dalam seminggu. Naeem pun tahu. Menurut Adli, cara untuk potong kesan ice adalah dengan mengambil weed. Weed mengurangkan rasa adrenalin yang mengalir dalam tubuh. Dan Naeem memang ada bawak sikit supaya dia dan kawan-kawannya boleh enjoy sewaktu di Cherating nanti.

            "Cantik!" kata Adli, penuh teruja.

            Naeem hanya mampu tersenyum melihat reaksi Adli itu. Macam budak-budak. Padahal umur dah 24!

            "Kau tak marah aku lagi kan?" tanya Adli.

            Naeem mencebikkan bibir. "Kau tu emo lagi ke tak?"

            "Tak." Adli menggelengkan kepalanya.

            "Okey."

            "Friends?" Adli menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Naeem.

            Naeem menyambutnya dengan baik. "Friends!"

            Tidak lama kemudian, Hamnet muncul semula. Melihat Adli dan Naeem sudah boleh berbual seperti biasa, Hamnet tersenyum sendiri. "Alhamdulillah. Memang aku sengaja solat Dhuha tadi. Supaya diorang boleh ada masa berdua bersama."

TerbangWhere stories live. Discover now