Bab 44

217 12 0
                                    

                 

Mereka kini berada Pantai Balok. Menikmati pemandangan yang jarang sekali dapat dilihat. Ombak di pantai timur lain dari ombak pantai-pantai lain. Gulungannya cukup menakutkan. Walaupun belum musim tengkujuh, keadaan ombak dengan angin kencang membuat mereka berfikir dua tiga kali untuk mandi.

            Afiq pun tidak menggalakkan kawan-kawannya untuk mandi. Dia sengaja bawa mereka ke situ. Dekat KL susah nak dapat angin sekuat Pantai Balok. Biarlah tubuh mereka digomol-gomol angin pantai timur. Sungguh pun menakutkan, mereka tetap berani untuk berjalan di atas gigi air.

            Ketika Hamnet dan Naeem sedang seronok simbah-menyimbah tubuh masing-masing dengan air, Adli dan Afiq sedang berbual mengenai Adda.

            "So kau kenal adik aku?" itu soalan pertama Afiq.

            Adli menganggukkan kepalanya. Banyak perkara yang telah berlaku antara dia dan Adda. Dia memang suka kepada Adda sejak pertama kali Adda bekerja di Uniqlo Suria KLCC. Adli rasa awkward kerana rupanya gadis yang sering dikacaunya itu adalah adik kepada Afiq. Dia sebenarnya tidak tahu pun Adda itu adik kepada rakan sebiliknya sewaktu zaman Diploma dulu. Seingat Adli, Afiq tidak membawa pun Adda bersama ke UiTM Melaka ketika hari pertama orientasi.

            "Kecil betul dunia ni." Afiq tertawa sendiri.

            Manakala Adli masih lagi cuba menyembunyikan perasaan awkward-nya. Dia khuatir sekiranya Adda menceritakan tentang apa yang telah dia lakukan kepada Adda sepanjang perkenalan mereka kepada Afiq. Lebih-lebih insiden yang telah membuat Adda menangis dulu. Tapi bila mengenangkan betapa Afiq tidak tahu pun yang Adda dan Adli saling mengenali, Adli yakin Adda tidak pernah memberitahu abangnya apa-apa.

            Adli tiba-tiba teringat tentang insiden beberapa minggu lepas di mana dia ternampak Adda dan kakaknya, Rania Sufiyya. Maksudnya Afiq ni pun adik Rania Sufiyyalah kan? Tergerak di hati Adli untuk bertanyakan kepada Afiq tentang Rania Sufiyya namun dia tak sampai hati.

            "Adli, kau okey tak ni? Aku tengok dari tadi kau diam je lepas jumpa adik aku. Kau okey tak?" pertanyaan Afiq itu membuat Adli terpempan. Dia pantas menggeleng-gelengkan kepala dan memberikan senyuman paling manis kepada sahabatnya itu.

            "Tak ada apa-apa. Jom pergi kat diorang?" Adli menarik Afiq menuju ke arah Hamnet dan Naeem yang sedang berseronok kini.

            Afiq yang masih tidak tahu apa yang sedang disembunyikan oleh Adli sekadar mengekori dari belakang. Dia tersenyum melihat Naeem dan Hamnet sedang sibuk mendirikan istana pasir menggunakan tempurung kelapa. Adli sengaja merosakkan istana pasir yang dibina oleh mereka. Naeem dan Hamnet pantas mengejar Adli dan mereka membaling-baling pasir basah. Afiq turut sama menyertai mereka bertiga.

            Adli benar-benar menghargai cutinya. Dia dapat menjadi seperti kanak-kanak semula. Dia dapat melebarkan sayapnya yang sering terkunci kerana dihantui masa lepas. Dia tahu sayapnya itu akan kembali tertutup ketika dia pulang ke Kuala Lumpur nanti. Dia mahu menghabiskan masa sepuas-puasnya. Biarlah apa jua yang terjadi, dia tetap akan tabah mengharunginya. Tentang Rania Sufiyya, biarlah dia merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Afiq. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Dia tahu bukan tempatnya untuk merosakkan hubungan kekeluargaan orang biarpun Rania Sufiyya sendiri telah merosakkan hubungan kekeluargaan Adli satu masa dulu.

            Sedang asyik bekejar-kejaran dengan sahabat lamanya, Adli langsung tidak sedar Adda sedang memerhatikannya dari jauh. Adda memandang saja Adli yang sibuk bergelak-ketawa bersama Hamnet, Naeem dan Afiq. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang diterbangkan angin kuat. Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari satu nama di dalam contact. Apabila jumpa, dia terus menekan butang call. Rania Sufiyya.

TerbangWhere stories live. Discover now