Bab 9

491 23 0
                                    

                 

Yang menyeronokkan bila syif pagi, Adli pulang pada pukul 6.00 petang. Itu pun kalau mereka semua berjaya mengurangkan kotak dalam stor ke jumlah yang ditetapkan oleh Miss Yu Yang. Mujur kotak berjaya dikurangkan sebelum pukul 6.00. Adli mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya yang lain. Ada yang mengajaknya menonton wayang kerana hari masih awal. Namun, Adli menolaknya mentah-mentah kerana sudah berjanji dengan Naeem untuk berjumpa. "Jangan cakap kitorang tak ajak," pesan Atika ketika Adli dan rakan-rakannya membuat haluan masing-masing. Adli menggelengkan saja kepala sambil memerhatikan telefon ASUS Zen Three miliknya. Selepas menghantar incident report keduanya pada hari itu, Adli terus menunggu panggilan telefon dari Naeem. Ada dua missed calls. Adli pantas menghubungi nombor itu.

            "Helo, Naeem? Sorry, aku baru habis kerja ni. Kau kat mana?" tanya Adli selepas Naeem menjawab panggilan. "Kau dah sampai dekat Starbucks? Okey, okey. Aku datang sana sekarang. Avenue K, eh? Alright!"

            Adli pantas mempercepatkan langkah kaki menuju ke Starbucks Coffee di Avenue K. Sengaja Naeem pilih Starbucks itu kerana tidak ramai orang. Ruangnya juga cukup kondusif dan selesa jika hendak dibandingkan dengan Starbucks KLCC. Adli pun lebih suka melepak di Avenue K. Biarpun berada betul-betul di atas stesen LRT KLCC, tempat itu tidak terlalu sesak dengan orang ramai. Masih lagi terkawal. Pengunjung masih boleh bernafas. Bukan seperti KLCC yang setiap masa ramai orang. Sampaikan nak ke tandas pun terpaksa beratur panjang. Di Avenue K, keadaannya berbeza sikit. Disebabkan banyak benda yang hendak dibualkan oleh Adli dan Naeem, Starbucks Coffee di Avenue K adalah tempat yang paling sesuai.

            "Adli Izmir!" Naeem menyeru nama Adli sebaik saja Adli masuk ke dalam Starbucks Avenue K.

            "Naeem Danial!" Adli turut melakukan perkara yang sama. Mereka berdua berpelukan. Kemas dan sekejap. Cukup untuk melepaskan rasa rindu.

            "What's up, man? Still lipat baju ke macam mana?" Naeem sengaja mengusik.

            Adli hanya mampu tertawa biarpun sebenarnya dia bosan dengan gurauan yang tidak kelakar itu. "Aku macam nilah. Best customer service staff Uniqlo ever had, man."

            Tergelak besar Naeem mendengar kata-kata Adli. Dia menepuk-nepuk belakang Adli kerana sangat merindui temannya itu. Dan kini bila mereka sudah bertemu semula, terubat rasa rindu.

            "Kau dah order belum?" tanya Adli kepada Naeem.

            "Belum. Dah kau cakap nak belanja tadi, aku tunggulah," jawab Naeem sebelum tertawa  sendiri.

            "Okey, jom order. Kau nak apa?"

            "Caramel Macchiato Hot Grande."

            "Okey. Kau pilihlah tempat dulu. Kejap lagi aku menyusul," Adli mencadangkan.

            Naeem sekadar menurut. Dah orang nak belanja kan. Ikut sajalah. Naeem memilih tempat yang tersorok sikit. Biar jauh dari pandangan pelanggan-pelanggan lain. Sementara Adli memesan minuman mereka. Usai berbuat sedemikian, Adli menunggu di hadapan kaunter sehingga minuman siap. Dia sempat menoleh ke arah Naeem yang sedang leka dengan iPhone 5s-nya. Melihat gaya hidup Naeem sekarang, terbit rasa cemburu dalam diri Adli. Naeem sudah mampu memakai jam tangan mahal. Sementara dia masih memakai jam UMNO Cawangan Cheras yang diperolehi ibunya secara percuma ketika ulang tahun ke-20 penaklukan UMNO di kawasan itu. Adli yang tidak suka memakai jam tangan terpaksa menyarungnya kerana ia adalah keperluan bagi mereka yang bekerja di Uniqlo. Adli masih lagi memerhatikan Naeem dari jauh. Pakaian Naeem dari atas hingga bawah diperhatikan. Bajunya mesti dibeli dari Topman. Setahu Adli, saiz badan Naeem ialah XS. Naeem pernah mengeluh kerana susah untuk mencari pakaian yang betul-betul muat dengan saiz badannya. Jenama yang betul-betul sesuai untuknya hanyalah Topman. Dulu mungkin Naeem mempunyai masalah kewangan. Tapi rasanya sekarang, tidak lagi. Kalau baju pun dibeli dari Topman, mungkin seluar juga sama. Mungkin juga seluar ditempah khas di kedai jahit. Sebab itu slack yang dikenakan Naeem kelihatan lekat pada pinggang, pinggul dan pahanya. Kasut lagilah. Mesti dibeli dari kedai-kedai berjenama. Adli pantas menggelengkan kepalanya supaya tidak menanam rasa iri hati terhadap kehidupan rakan sendiri. Dia yang memilih jalan untuk bekerja di Uniqlo. Dia bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang biarpun ianya masih tidak mencukupi. Perjalanan Adli masih jauh lagi. Dengan izin Tuhan, siapa tahu, dia bakal jadi manager Uniqlo?

TerbangWhere stories live. Discover now