Bab 31

260 13 0
                                    

Adli teragak-agak untuk menghampiri Adda. Adda sedang tekun melipat baju di staff entrance. Adda ni memang sensitif sikit kalau dengan lelaki. Rasanya kalau aku sergah dia ni, menangis dekat sini ni nanti, bisik Adli. Dia pun berdehem. Dehemannya lembut saja tapi masih mampu mengejutkan Adda. Adda terus menikuskan diri dan langsung tidak berani bertentang mata dengan Adli. Dia menutup mulutnya dengan baju yang sedang dilipat tadi. Seolah-olah seperti sedang memakai purdah.
    "Sorry kalau buat Adda terkejut..." Adli memulakan bicara.
    Adda semakin menginjak ke belakang. Tidak selesa dan takut dengan apa yang bakal Adli lakukan. Walhal Adli langsung tidak mempunyai niat jahat. Namun Adda memang begitu dengan semua lelaki. Tidak berani melebih-lebih dengan mereka. Takut dengan pesanan teman lelakinya.
    "Ingat Adda. Jangan ada lelaki lain kat tempat kerja tu. Adda untuk abang sorang je," pesan teman lelaki Adda yang diingatnya sampai sekarang.
    "Eh, relakslah Adda. Adli bukan nak makan orang. Nak tanya je," ujar Adli melihat reaksi Adda yang ternyata menjengkelkan. Macam ni ke pekerja Uniqlo? Habis kalau ada customer lelaki datang tanya pasal barang dalam kedai tu, nak lari? Adli membebel sendiri dalam hati. Namun disebabkan dia mahu tahu hubungan Adda dengan Rania Sufiyya, dia menyabarkan diri.
    "Nak tanya apa?" halus saja suara Adda keluar di sebalik baju yang menutup mulutnya. Nasib baik comel. Kalau tak comel, dah kena sebat dah rasanya budak ni. Adli bermonolog dalaman lagi.
    "Siapa perempuan yang cakap dengan Adda tadi?" akhirnya Adli bertanyakan juga soalan yang bermain dalam kepalanya sedari tadi.
    Adda berfikir sejenak. Mengambil masa memproses siapa yang dimaksudkan Adli. Kemudian baru dia teringat. Rania Sufiyya datang bertemu dengannya baru sekejap tadi. Adda kembali menatap wajah Adli yang penuh rasa ingin tahu. "Kenapa?" tanya Adda yang lebih bijak dalam mengatur strategi untuk tidak terlebih-lebih memberikan informasi.
    Adli berdehem. Kemudian, dia membetulkan bajunya. Takkan aku nak bagitau Adda hal sebenar? Mesti Adda akan fikir lain nanti. Hmm tak boleh jadi ni. Apa aku nak cakap dengan perempuan ni? Adli bertanya-tanya sendiri dalam hati.
    Adda seperti dapat mengesan sesuatu yang tidak kena. Kenapa Adli mahu tahu tentang Rania Sufiyya? Dia nak mengorat ke? Takkan Adli minat orang yang dah tua? Adda terus-terusan menyembunyikan separuh dari wajahnya melalui baju yang diletak pada mulut.
    "Ala Adda. Perempuan tadi. Yang tua-tua sikit tu tadi. Siapa dia? Kenapa Adda cakap dengan dia? Dia customer ke?" bertubi-tubi soalan dilontarkan. Nampak sangat yang Adli beria nak tahu siapa perempuan tu.
    Adda jadi malas nak layan. Tapi disebabkan Adli annoying sangat dan sebelum siapa-siapa nampak mereka berbual di sales floor, Adda terus memendekkan cerita. "Tu kakak Adda la."
    Adli membuntangkan matanya mendengar jawapan Adda itu. Kakak!? "Seriuslah, Adda? Kakak!?"
    Adda mengangguk-anggukkan saja kepalanya. Kenapa nak terkejut sangat? Adda membiarkan saja persoalan itu tanpa perlu bertanya.
    Adli pula masih cuba memproses jawapan Adda tadi. Kakak? Adda adik kepada Rania Sufiyya? Perempuan yang telah menghancurkan rumah tangga ibu dan ayahnya itu kakak kepada Adda? Arghhhh tidak! Aku ada crush dekat adik musuh keluarga aku! Adli membentak-bentak di dalam hati. Sukar sekali untuk dia menerima kenyataan itu.
    Sementara Adda, terus menyambung kerjanya melipat baju tadi. Dia enggan melayan Adli kerana masih mengingati pesanan teman lelakinya. Lagipun, dia tahu Adli suka padanya. Kalau dilayan, mesti Adli yang akan melebih-lebih. Lebih baik jangan mulakan apa-apa.
    "Adli, cashier support lagi, Adli!" Diyana memanggil Adli yang masih tercegat di hadapan staff entrance.
    Dengan langkah yang berat, Adli terus menuju ke cashier counter. Beberapa orang pelanggan sudah sedia beratur untuk membuat transaksi.
    "Next customer, please!" Adli memanggil seorang pelanggan datang ke kaunternya.
    Sambil menghabiskan transaksi itu, Adli masih lagi belum boleh menerima kenyataan bahawa Rania Sufiyya itu adalah kakak Adda. Celaka betul. Sesuailah Adda pun perangai macam tu. Tengok kakaklah. Adli mula mereka-reka cerita yang tidak ada kena-mengena pun sebenarnya. Cuma kebencian terhadap Rania Sufiyya yang sukar dibendung itu membuatkan Adda juga turut terkena tempias. Rasa macam nak serang Adda pulak. Adli berfikir sendiri.
    "Eh, mana boleh macam tu, Adli. Dia tak salah. Yang salah kakak dia." Adli cuba bersikap rasional seketika.
    Usai menghabiskan traksaksi itu, Adli memanggil lagi pelanggan seterusnya tanpa membuat eye contact. "Next customer, please!"
    Pelanggan itu datang ke arah kaunter yang sedang dijaga oleh Adli. "Hai, Adli." Pelanggan itu menegur.
    Adli terkejut melihat Hamnet sedang berdiri di hadapannya dengan beberapa helai seluar dalam bakul. "Kau buat apa kat sini doh?" tanya Adli sebelum tergelak sendiri.
    "Aku nak staff price kau la," jawab Hamnet yang turut sama tertawa.
    Semakin galak tawa Adli mendengar jawapan Hamnet itu. "It doesn't work that way, man."
    "Huh? What do you mean?" Hamnet tidak faham.
    Adli menghabiskan sisa tawanya tadi. Kemudian dia mendekatkan mukanya ke arah Hamnet kerana tidak mahu orang lain terdengar perbualan mereka.
    Hamnet turut sama mendekatkan mukanya menyedari Adli seperti mempunyai sesuatu untuk diberitahu.
    "Aku hanya boleh staff purchase masa rehat atau pun masa balik. Dan hanya aku je yang boleh buat staff purchase tu. Kau tak boleh dengan aku sebab nanti kantoi aku belikan untuk orang lain," terang Adli.
    "La kau tak boleh beli untuk orang lain ke sebenarnya?" tanya Hamnet.
    Adli tersengih sendiri. Dia tahu semua orang tidak tahu tentang perkara ini. Main sesuka hati je mintak staff purchase. Tak tau ke sebenarnya kitorang boleh dikenakan kesalahan Code of Conduct (COC) kalau kantoi? "Sebenarnya, kitorang tak boleh buat staff purchase untuk orang lain. Hanya untuk diri sendiri dan immediate family members saja."
    Hamnet membulatkan mulutnya. Barulah dia tahu. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. "Okey, aku baru faham. Sorry weh. Aku ingat kau boleh senang-senang je bagi diskaun."
    Adli menggelengkan kepalanya. "It doesn't work that way, unfortunately."
    "So macam ni?" tanya Hamnet yang sebenarnya memang mahukan seluar baru.
    Adli menoleh ke kiri dan ke kanan. Kemudian dia mengambil bakul dari tangan Hamnet. "Aku simpan dulu. Kejap lagi nak balik aku belikan. Okey? Kau tunggu aku. Boleh?"
    Berseri terus muka Hamnet mendengar kata-kata Adli itu. Dia mengangguk tanda setuju. "Okey. Aku tunggu kau. Kau balik pukul berapa?"
    Adli tersenyum lagi. Waktu sekarang pukul 12 tengah hari. Dia balik pukul lima nanti. Ada lima jam lagi. "Macam nilah. Aku break pukul 1.30. Aku beli untuk kau. Pastu nanti aku pass dekat kau. Boleh?"
    "Boleh." Hamnet bersetuju.
    "Okey. Nanti aku call kau. Kau jalan-jalanlah dulu."
    "Okey."
    "Okey."

TerbangWhere stories live. Discover now