Bab 27

271 12 0
                                    

                 

"Oi buat apa tu?" tanya Adli bila ternampak Hamnet sedang tertonggek-tonggek mencari sesuatu di bawah meja belajar Naeem.

            Hamnet pantas melekatkan jari telunjuknya pada bibir. Dia tidak mahu perbuatannya itu kantoi. Pantas dia menarik tangan Adli dan mengunci pintu bilik mereka dari dalam.

            "Kau nak buat apa ni? Kau cari apa bawah meja Naeem?" tanya Adli yang risau sekiranya Hamnet mahu melakukan sesuatu yang bukan-bukan. Dulu Hamnet pernah kantoi curi jersey milik Adli. Sekarang, apa pula yang mahu diambilnya?

            Hamnet cepat-cepat menonggek semula dan mengambil sesuatu di bawah meja belajar Naeem. Adli hanya memerhati gerak langkah Hamnet itu. Bila barang yang dicari itu sudah ditemui, Hamnet cepat-cepat menayang. Balang berisi kuih tart nenas.

            "Kau nak buat dengan kuih tart ni?" tanya Adli yang masih tidak faham lagi apa yang cuba dilakukan oleh Hamnet.

            Hamnet memandang Adli dengan pandangan sinis. "Makanlah!" katanya sebelum membuka penutup balang itu dan mengambil sebiji kuih tart. Hamnet menikmatinya dengan penuh perasaan. Kemudian, dia menghulurkan balang itu kepada Adli. "Nak sikit?"

            Adli pantas menggeleng. "Tak nak aku! Kau tau kan Naeem tak suka orang amek kuih tart dia ni? Kenapa kau amek jugak?"

            Hamnet mengambil sebiji lagi kuih tart dalam balang itu. Kemudian, dia meletak semula ke tempat asal. Langsung tidak mempedulikan pertanyaan Adli tadi. "Kau diam-diam jelah," itu saja yang mampu Hamnet katakan.

            Adli memerhatikan saja tingkah laku Hamnet yang memang pelik itu. Memang aku takkan diamlah cerita dia, bisik hati Adli sendiri.

            Tok! Tok! Tok!

            Pintu bilik mereka diketuk dari luar. Kedengaran suara Naeem.

            "Bukak pintu ni!" marah Naeem.

            Hamnet mula menggelabah. Dia melekatkan jari telunjuknya pada bibir sekali lagi. "Jangan sampai kantoi, okey?" Hamnet memberi peringatan kepada Adli sebelum naik ke atas katilnya dan menghidupkan laptop.

            Adli tidak mahu berjanji. Dia menggeleng-gelengkan saja kepala. Lantak kaulah, Hamnet! Dia pantas membuka pintu bilik, membenarkan Naeem masuk.

            "Apa kunci-kunci dari dalam ni!?" marah Naeem yang memang tidak suka menunggu lama-lama.

            "Sorry. Tak sedar terkunci tadi," itu saja yang mampu Adli katakan. Dia sempat menjeling ke arah Hamnet yang memang pandai berlakon. Pura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Keparat punya jantan!

            Naeem meletakkan semua barangnya di atas meja dan keluar semula dari bilik itu sambil membawa baldi kosong. Nak angkat bajulah tu kot, Adli meneka.

            Selepas Naeem keluar, Hamnet menyeru nama Adli. Adli menoleh. Hamnet meletakkan jari telunjuknya di atas bibir. Menyuruh Adli berjanji untuk tidak memberitahu Naeem apa yang telah dia lakukan tadi. Adli buat bodoh saja. Tidak mahu melayan drama yang entah apa-apa itu.

"Eh Adli, kau tau tak siapa yang makan aku punya tart nenas ni?" tanya Naeem selepas beberapa hari insiden Hamnet mencuri tart nenas Naeem terjadi.

            Adli yang memang lebih memihak kepada Naeem terpaksa memberitahu perkara sebenar. "Hamnet yang makan," jawab Adli, selamba.

            Mendengar saja nama itu, mata Naeem membulat. "Hamnet!?"

            Adli sudah dapat mengagak itu reaksi yang akan Naeem pamerkan. Masaklah kau Hamnet, bisik hati Adli.

            "Betul ke dia yang makan weh?" Naeem masih bertanya lagi walaupun dia yakin memang Hamnet yang telah mengambil kuih tart nenasnya sehingga berkurang dalam balang yang disimpan.

            "Betullah. Dia makan depan aku."

            Naeem membuntangkan lagi matanya. Kini lebih galak dari tadi. "Dia makan depan kau lepas tu kau tak bagitau aku!?"

            Menyedari hakikat bahawa Naeem akan memarahinya, Adli cepat-cepat cover balik. "Aku tak nak jadi punca pergaduhan korang. Aku memang tak suka masuk campur hal orang ni."

            Turun naik dada Naeem menahan rasa geram yang teramat ketika itu. Dia yang memang tidak suka dengan Hamnet jadi semakin benci dengannya. Celaka punya Hamnet. Tak ada kerja lain agaknya makan orang punya tart nenas? Naeem rasa macam nak menjerit kerana sudah tidak tahan lagi menahan rasa marah.

            Dia menyimpan balang berisi tart nenasnya itu di dalam almari. Kali ini, Hamnet tentu tidak akan dapat mencari di mana Naeem menyembunyikan balang itu. Pintu almari akan dikunci setiap kali Naeem keluar. Hamnet tidak akan dapat menikmati lagi tart nenas kegemarannya, getus hati Naeem.

            Usai menyimpan balang tadi, Naeem mencapai sepaket serbuk Milo instant. Dia tersenyum sinis seorang diri memerhatikan paket serbuk Milo itu. Adli yang sedang leka menyiapkan assignment pelik tiba-tiba Naeem senyap sahaja. Adli menoleh ke arah Naeem dan terkejut melihat Naeem sedang berdiri di tepi katil Hamnet sambil memegang sepaket serbuk Milo.

            "Kau buat apa tu?" tanya Adli, bangun dari tempat duduknya.

            "Aku nak balas dendam!" jawab Naeem, penuh perasaan benci.

            Adli terkejut melihat Naeem membuka sarung tilam Hamnet dan menaburkan serbuk Milo tadi di atas tilam itu. "Weh seriousa!?" Adli seperti tidak percaya dengan apa yang telah Naeem lakukan.

            "Biar dia mati kena hurung dengan semut!" kata Naeem sebelum meratakan serbuk Milo tadi di atas tilam Hamnet. Kemudian, Naeem memasang semula sarung tilam tadi. Dia yakin, tidak lama lagi tentu semut akan menghurung tilam Hamnet. Biar padan muka dia! Rasakan. Curi makanan orang lagi. Baru kau tahu siapa aku.

            Naeem tersenyum puas. Adli hanya mampu menutup mulutnya dengan tangan kerana masih tidak percaya sejauh itu Naeem sanggup membalas dendam. Naeem menjauhi katil Hamnet dan membuang paket Milo tadi di dalam tong sampah. Melihat Adli yang masih dengan raut muka tidak percayanya, Naeem jadi rimas.

            "Aku ni bapok, Adli oi. Mana aku mampu nak pukul dia. Sebab tu aku guna cara halus ni," Naeem cuba membela diri.

            Adli memproses kata-kata Naeem itu. Ada betulnya juga. Mana mungkin Naeem bersemuka dengan Hamnet yang berbadan tegap itu? Sekali Hamnet debik, sampai hujung semester agaknya Naeem koma. Jadi, lebih baik Naeem membalas dendam dengan menggunakan cara halus. Biar Hamnet rasakan sendiri.

            "Kau jangan bagitau siapa-siapa okey? You owe me!" Naeem memberi peringatan kepada Adli.

            Adli yang tahu dia bersalah kerana tidak memberitahu Naeem tentang kejadian tempoh hari mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia berjanji tidak akan memberitahu siapa-siapa. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Lagipun, Adli memang teringin nak tengok apa akan terjadi kepada Hamnet lepas dia balik nanti. Tentu dia terkejut melihat banyak semut menghurung tilamnya itu.

            Umur Hamnet cukup panjang kerana tidak lama selepas itu, dia pulang. Adli dan Naeem berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Dia ingat dia sorang je yang pandai berlakon? Aku pun pandailah, getus hati Adli sambil menjeling-jeling penuh makna tersirat dengan Naeem.

TerbangWhere stories live. Discover now