Bab 50

231 9 0
                                    

                 

Adli membawa Naeem ke sebuah tempat terpencil di mana mereka sama-sama boleh berasap di situ. Menyedari Hamnet dan Afiq tidak menghisap weed, Adli dan Naeem mengambil keputusan untuk berasap berdua saja. Mereka tidak mahu perbuatan mereka itu diketahui oleh ibu dan ayah Afiq. Takut nanti apa pulak yang mereka cakap. Adli sengaja mahu menghisap weed malam itu kerana terlalu stres dengan apa yang telah berlaku siang tadi. Apa yang telah diceritakan oleh Rania Sufiyya benar-benar menghancurkan hati Adli. Dia langsung tidak memberitahu kawan-kawannya apa yang telah terjadi. Dia menyimpan cerita itu seorang diri. Itu yang buat dia bertambah stres.

            "Lama tak 'kekena' kan?" kata Naeem. 'Kekena' adalah nama panggilan aktiviti haram mereka itu ketika di universiti.

            "Kalau Fasihah ada, mesti lagi best," sambung Naeem lagi.

            Adli hanya mengangukkan kepala sambil terus menghisap gulungan rokok yang diisi dengan weed.

            "Mana kau dapat ni?" tanya Adli, menghembuskan sekepul asap ke luar tingkap. Sesekali dia melihat keadaan sekeliling, takut ada orang lalu. Kantoi nanti!

            "Adalah. Dari sumber yang tak boleh di-reveal-kan." Naeem tersengih-sengih. Kesan weed yang dihisapnya sudah mula menunjukkan reaksi.

            Adli turut sama mula rasa high. Dia tersenyum-senyum seorang diri. Handphone-nya yang berbunyi langsung tidak dihiraukan. Beberapa notifications masuk dalam group Uniqlo Family.

            "Kau ingat tak dulu Adli masa kita stoned time birthday aku?" tanya Naeem, mengimbau kembali kenangan ketika masih belajar dulu.

            Adli tersengih bila teringat tentang memori yang disebut Naeem. Itu adalah saat yang paling sukar untuk dilupakan. Dia, Naeem dan Fasihah puas berketawa sampai sakit perut. Mereka siap main Truth or Dare lagi. Bukan Truth or Dare biasa. Tapi Truth or Dare seksual yang memaksa mereka untuk saling bersentuhan sesama sendiri. Naeem yang mudah paranoid bila berada dalam keadaan high, kalah teruk kerana tidak mahu melakukan perkara yang bukan-bukan terhadap sahabat sendiri. Sedangkan dare yang diberikan tidaklah melampau mana. Ianya cuma menguji psikologi masing-masing. Bukan buat betul-betul pun. Cuma Naeem saja yang paranoid lebih.

            Naeem dan Adli saling berketawa. Mendengar beberapa lagi notifications masuk dalam handphone, Adli jadi tidak senang duduk. Dia pantas mencapai telefonnya itu dan melihat mesej-mesej yang masuk.

            Adli membuntangkan mata membaca mesej-mesej yang masuk itu. Dia membuang gulungan rokok daun yang tidak habis lagi tadi ke luar tingkap. Naeem terkejut melihat perbuatan Adli itu. Dia pantas bertanya, "Kenapa Adli?"

            Nafas Adli turun naik. Dia baru mendapat satu berita yang kurang menyenangkan tentang sahabatnya di Uniqlo. Dia menyerahkan telefonnya kepada Naeem. Naeem pun membaca mesej yang diterima oleh Adli itu.

JAKARTA: Percutian lima warga Malaysia di kawasan air terjun Cunca Wulang, daerah Mebeliling di wilayah Flores, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka hilang selepas terjun ke dalam kolam air itu, hari ini. Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi BERNAMA berkata, dua mangsa yang hilang itu dikenali sebagai Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan. Mereka dipercayai datang ke Flores untuk bercuti. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, kedua-dua mangsa dikatakan hilang setelah terjun ke dalam kolam air terjun itu sebaik tiba di kawasan berkenaan. Setelah melihat kejadian, seorang rakyat tempatan yang dipercayai pemandu pelancong, Wenseslaus Hendro Akung, 39, cuba menyelamatkan mereka tetapi beliau juga dilaporkan hilang sebaik terjun ke dalam kolam untuk membantu mangsa. Tiga lagi rakan mangsa dari Malaysia yang melihat kejadian itu kemudian meminta bantuan orang awam dan menghubungi polis. Zahrain berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan dimulakan sejak jam 3 petang dan terpaksa diberhentikan pada jam 5 petang Sabtu setelah cuaca gelap. Kerja mencari dan menyelamat akan bersambung semula pagi ini.

TerbangWhere stories live. Discover now