TING! Satu notifications masuk. Adli yang sedang menunggu tren waktu itu terkejut melihat Afiq sudah pun membalas mesejnya di Facebook. Pantas dia membaca mesej yang dihantar oleh Afiq itu.
Salam bro. Kau apa cerita?
Adli begitu teruja membaca mesej Afiq. Dia pantas menaip untuk membalas.
Alhamdulillah. Aku sihat. Kau apa cerita? Buat apa sekarang?
Afiq is typing...
Adli menantikan penuh sabar.
Aku pun sihat. Aku tolong mak ayah aku jaga kedai kitorang ni. Belajar tak habis kan. Ini je yang mampu aku buat.
Sayu pula hati Adli membaca mesej Afiq itu. Dia menaip sesuatu untuk memujuk hati Afiq.
Takpelah yang penting rezeki halal kan?
Betul la tu. Kau dah habis belajar ke? Buat apa sekarang?
"Nak mengaku ke tak?" tanya Adli kepada diri sendiri sama ada perlu mengaku dia sekadar bekerja di Uniqlo sekarang ataupun tidak. "Ah mengaku jelah. Apa nak dimalukan? Kerja halal kan?"
Aku dah habis belajar dah. Sekarang tengah kerja dekat Uniqlo KLCC.
Agak lama Adli menantikan Afiq untuk membalas semula. Tren yang dinantikan pun tiba. Dia masuk ke dalam dan duduk di tempat kosong. Kemudian, dia menatap semula telefon pintarnya.
Ooo baguslah macam tu. Aku baru tengok gambar kau upload dengan Hamnet. Sihat ya dia?
Adli tersenyum membaca soalan Afiq itu. Afiq langsung tidak ungkit tentang persengketaan Adli dan Hamnet dulu. Yalah, buat apa diungkit lagi kan? Benda yang dah lepas, biarlah lepas. Tak usah dikenang.
Alhamdulillah, dia pun sihat. Aku baru balik dari lepak dengan dia tadi. Naeem pun ada.
Adli kini baru tiba di stesen Plaza Rakyat. Selepas ini baru dia akan tiba ke Hang Tuah.
Naeem pun ada? Wah best-nya! Bilalah aku dapat lepak dengan korang pulak...
Adli tidak melepaskan peluang ini untuk memberitahu Afiq tentang hasrat hatinya untuk ke Pahang supaya mereka boleh bertemu semula.
Sebenarnya kan Afiq...kitorang plan nak pegi rumah kau. Sebab tu aku mesej kau ni dekat Facebook.
WHAT!? SERIOUSLY!? DATANG LA WEH!!
Adli tersenyum membaca reaksi Afiq itu. Dia kini sudah pun tiba di stesen Hang Tuah. Dia turun sambil terus menatap telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu.
Aku dengan Naeem tengah apply cuti ni. Nanti kalau dah approve, kitorang terus datang kat kau. Rumah kau kat Cherating kan?
Yup. Dekat Cherating. Nanti bagitau awal-awal tau. Aku boleh bagitau mak aku yang korang nak datang. Bolehlah kitorang masak sedap-sedap.
Eh tak payahlah susah-susah.
Adli sengaja menghantar mesej itu sedangkan dia memang teringin untuk merasa masakan ibu Afiq. Biasanya air tangan seorang ibu ni memang sedap-sedap.
Tak susah mana pun la. Bukan selalu pun kan kita jumpa? Tak sabar la pulak rasanya. Lama gila tak jumpa weh! Mesti korang dah lain.
"Oh you have no idea." Adli berbicara sendiri sewaktu sedang berjalan di kaki lima. Langkahnya perlahan saja tanpa memandang ke arah lain. Dia terus ber-chatting dengan Afiq.
Insya-Allah. Nanti apa-apa hal, kitorang inform. Kau ada WhatsApp? Aku nak masukkan kau dalam group.
Ada.
Afiq pun memberikan nombor telefonnya kepada Adli. Adli pantas memasukkan Afiq ke dalam group WhatsApp yang baru di-create tadi. Tentu Naeem dan Hamnet akan teruja melihat nama Afiq di dalam group itu.
Okay aku dah masukkan kau. Nanti kita chat kat sana la. Okay?
Okay.
Adli menamatkan chatting session-nya dengan Afiq di situ. Dia mempercepatkan langkah untuk tiba ke rumah. Sewaktu dia sedang berjalan, banyak notifications masuk. Semua datang dari Naeem, Hamnet dan Afiq. Masing-masing teruja kerana disatukan semula di dalam WhatsApp Group. Naeem tidak henti-henti meluahkan rasa rindunya kepada Afiq. Walaupun mereka tidak rapat, hubungan mereka tetap baik kerana Afiq seorang yang kelakar. Sering menghiburkan Naeem dan Adli di dalam bilik. Hanya Afiq seorang saja yang boleh bertoleransi dengan Hamnet dulu. Ketika Hamnet down kerana dibenci oleh ramai orang, Afiqlah yang menjadi tempat untuk mengadu. Afiq memberikan kata-kata semangat kepada Hamnet untuk bangkit dari jatuh. Kerana Afiqlah, Hamnet bangun semula dan meneruskan kehidupan yang sukar waktu itu.
Adli tersenyum sendiri membaca mesej-mesej yang dihantar oleh sahabat-sahabat lamanya itu. Ironi sungguh. Dulu, tidak mungkin mereka akan macam ni. Kenapa setelah bertahun-tahun lamanya baru boleh rapat? Sungguh ironi. Hidup ini penuh dengan ironi. Kita boleh benci seseorang itu dan kita boleh memaafkan perbuatan mereka dalam sekelip mata. Seolah-olah apa yang telah berlaku dulu tidak memberi kesan pun walaupun pada hakikatnya ia mengubah sedikit personaliti masing-masing.
Bila baca balik mesej Naeem tentang betapa dia merindui Afiq, Adli terkenangkan saat ketika dia bersama Afiq dulu. Ya, dia turut merindui sahabatnya itu. Ada banyak sebenarnya kenangan mereka bersama. Kenangan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Serta-merta bayangan memori mula menerpa saat dia masih lagi dalam perjalanan pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Terbang
AdventureAdli menyangka selepas dia memiliki segulung ijazah, dia mampu menyara keluarganya dengan gaji yang lumayan. Namun, dia terkandas kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan. Pertemuan semula dengan sahabat lama telah membuka ruang kepada...