Hujan turun dengan lebat diselangi kilat bagaikan pesta di langit. Awalnya tidur Adli tidak terganggu. Namun, disebabkan terlalu sejuk, kulitnya terangsang dan menaikkan nafsu syahwatnya yang dambakan pelukan seseorang. Pundi kencingnya yang sudah overload mula keliru sama ada mahu mengejutkan Adli untuk ke tandas atau biarkan saja cairan putih mengalir sendiri dengan bantuan mimpi-mimpi nakal. Ternyata Adli yang sudah lama tidak menyentuh diri lebih selesa membiarkan kontolnya mengeras di dalam boxer lusuh yang terselak sedikit. Bayangan tubuhnya menindih tubuh seseorang mengisi ruangan mimpi. Adli sukakan perasaan itu. Jantungnya berdegup kencang. Senyuman terukir di bibirnya biarpun sedang tidur. Jika dibiarkan dengan lebih lama lagi, mungkin desahan dapat didengari hingga ke bilik ibunya di sebelah. Mujur hujan menapisi bunyian penuh bernafsu itu. Semakin lama, gerak tubuh Adli semakin liar. Dia mula bersenggama dengan dirinya. Tubuhnya yang menindih tubuh seseorang tadi mula digerak atas bawah. Satu perasaan yang setiap manusia perlu rasa. Seronok. Ya, memang seronok. Mainan tidur yang paling dinanti-nantikan setiap lelaki. Bila pundi kencingnya terasa bagai belon berisi air yang hanya menanti masa untuk meletup, Adli mula sedar yang dia sedang mengalami mimpi basah. Maka, dia meledakkan letupan itu dengan mengemut punggungnya seketat mungkin. Orgasma yang dilepaskan seiring dengan dentuman guruh di luar. Ah, lega!
Adli bangun dari katilnya dan membuka lampu bilik. Dia tersengih saja melihat boxer-nya basah. Kesan cecair putih turut dapat dilihat di atas cadar tilam. Pantas Adli mengelap cairan itu kerana khuatir jika ibunya ternampak pagi esok, macam-macam tuduhan bakal dilemparkan. Kena mandi wajiblah pulak. Ah, esok jelah aku mandi! Adli sekadar membasuh alat sulitnya di bilik air sebelum kembali ke semula ruang tidur. Tiba-tiba dia terasa segar. Tidak rasa seperti mahu tidur lagi. Padahal sebelum tidur tadi dia memang betul-betul kepenatan. Ternyata mimpi nakalnya menyegarkan tubuh.
Laptop dihidupkan. Tak sah kalau sehari Adli tidak membuka Facebook. Bukan untuk like gambar awek-awek cun. Tapi untuk main game Avengers Alliance. Sebelum itu, sempat juga Adli periksa notifications yang diterimanya di Facebook dan Twitter. Sambil tunggu Avengers Alliance loading, Adli scroll ke bawah untuk menghiburkan diri dengan status, gambar serta pos-pos yang di-share oleh teman-teman Facebook-nya.
Scrolling terhenti. Adli membaca satu pos dari Helmi Effendy, novelis muda Buku Prima. Telah berjaya menghasilkan beberapa buah karya dengan syarikat penerbitan itu.
"Novel baru lagi?" bisik Adli usai membaca pos Helmi.
Serta-merta skrin laptop diturunkan. Adli bernafas kencang. Helmi adalah juniornya sewaktu di sekolah menengah dulu. Kini, Helmi seorang penulis yang berjaya. Walhal, impian mereka sama. Waktu di sekolah dulu, Adli bergiat aktif dalam bidang penulisan. Dia mahu mengikuti jejak langkah Ramlee Awang Murshid. Dia mahu menghasilkan karya agung yang mampu menggoncangkan bidang penulisan sama seperti Ramlee Awang Murshid yang kini memegang title penulis thriller nombor satu di Malaysia. Helmi Effendy sedang meniti laluan yang sama dan siapa tahu, sikit masa lagi mungkin pemuda itu mampu menjadi sehebat Ramlee Awang Murshid?
Adli mengeluh lemah. Dia menaikkan semula skrin laptop-nya. Paparan Facebook di-minimize-kan. Dia membuka Documents dan mencari Microsoft Word bertajuk Hawa. Sebenarnya sudah lama dia menulis cerita tentang seorang wanita yang terperangkap dalam sebuah dunia yang tidak berpenghuni kecuali dengan seorang lelaki bernama Adam. Hampir sama dengan kisah Nabi Adam dan isterinya Hawa cuma setting dan plotline saja yang berbeza.
Adli membaca semula cerita yang telah ditaipnya. Baru dua bab. Dua bab dalam masa lima tahun! Boleh bayangkan betapa malapnya masa depan Adli dalam bidang penulisan? Orang lain sampai dah tiga novel dah. Dia baru dua bab. Jangan katakan novel, sampai mati pun agaknya manuskripnya tidak siap. Dek kerana sakit hati membaca ceritanya yang tergantung itu, Adli membuka semula paparan Facebook. Dia menukar paparan itu ke laman YouTube. Serta-merta dia mencari 'Pisau Short Film' dalam YouTube itu. Jumpa!
Adli menonton semula filem pendek yang dilakonkannya sewaktu berada di UiTM dulu. Dia tersengih. Kekok melihat dirinya yang ternyata sudah banyak berubah sekarang. Betapa dia merindui kenangan ketika masih bergelar seorang pelajar universiti. Segala-galanya begitu mudah waktu itu. Pergi kelas, balik kelas, lepak dengan kawan-kawan, buat assignment, tidur. Tidak perlu fikir tentang bagaimana harus menyara hidup keluarga. Kalau tak ada duit sekali pun, PTPTN masih ada. Ah, senangnya hidup bergelar pelajar universiti! Kalaulah dia boleh kembali semula ke zaman sewaktu dia masih memakai pendakap gigi lagi. Tentu seronok. Dulu mungkin dia stress kerana terpaksa mengejar deadline presentation. Kini, dia rindukan pula saat-saat ketika berada dalam keadaan stress. Sekurang-kurangnya stress yang dialaminya dulu untuk jangka masa yang pendek. Stressnya yang sekarang? Rasa macam infiniti.
Usai menonton filem pendek tadi, Adli kembali membuka semula paparan manuskripnya yang tergantung. Dia meneliti bait-bait perkataan yang tertaip pada cerita itu.
Adam tersedar ketika sinar mentari mula membahang. Terkedip-kedip kelopak matanya cuba membiasakan diri dengan suria pagi. Dia kaget melihat dirinya terdampar di atas rumput hijau. Perlahan-lahan dia bangun sambil mengerutkan dahi. Pandangan matanya terbejat kerana cuaca panas terik.
Adam mengambil masa untuk menstabilkan kaki. Dia tidak tahu sudah berapa lama dia terdampar di atas rumput itu sehingga melemahkan tubuhnya yang sudah tersedia kurus. Kawasan sekeliling terasa begitu asing. Tidak ada kelibat manusia pun yang kelihatan.
Sewaktu dia hendak melangkahkan kaki, dia baru tersedar dia tidak berselipar mahupun berkasut. Pakaiannya dari baju hingga seluar berwarna putih. Ada sesuatu yang sukar dijelaskan. Dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku padanya sehingga membuat dia berada di situ.
Dalam sedang berteka-teki dengan diri sendiri, tekaknya terasa kering. Dia menelan air liurnya dan berdehem. Dadanya berombak-ombak sewaktu dia menghayunkan kaki ke hadapan. Biarpun dia baru terjaga dari tidur yang sudah entah berapa lama, tubuhnya masih lemah. Hanya dorongan hati yang ingin tahu apa yang telah terjadi membolehkannya untuk terus melangkah.
Bangunan-bangunan pencakar langit dapat dilihat dari jauh. Adam bersyukur kerana dia masih berada di kawasan bandar. Setidak-tidaknya dia dapat menghubungi keluarganya nanti. Poket seluar diraba-raba dari depan hingga ke belakang. Dompet, kunci kereta dan telefon pintarnya tidak ada. Adam mengeluh lemah. Adakah dia telah dirompak?
Dia menggelengkan kepalanya sambil menuju terus ke jalan besar. Sambil berjalan, dia berharap dapat meminta bantuan sesiapa yang dijumpainya nanti supaya dia boleh menghubungi keluarga serta sahabat handai yang terdekat.
Semakin lama, dia semakin jauh dari tempatnya bangun tadi. Kakinya terasa perit kerana panas yang membahang tar. Dari tadi, dia tidak nampak satu pun kelibat manusia. Dia kehairanan. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Sesuatu yang buruk dan boleh memudaratkan. Sungguh pun begitu, dia masih tidak patah semangat. Perjalanannya diteruskan hingga ke pekan berdekatan.
Adli menghentikan bacaannya kerana tiba-tiba terasa mengantuk. Dia mengeluh lemah. Cerita yang ditulisnya dianggap sebagai satu picisan yang memiliki daya penarik. Kalaulah dia mampu menghabiskannya. Mungkin esok. Mungkin selepas dia bangun tidur nanti dia boleh sambung semula ceritanya yang tergendala lama itu. Ya, mungkin. Mungkin.
YOU ARE READING
Terbang
AdventureAdli menyangka selepas dia memiliki segulung ijazah, dia mampu menyara keluarganya dengan gaji yang lumayan. Namun, dia terkandas kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan. Pertemuan semula dengan sahabat lama telah membuka ruang kepada...