Bab 38

219 9 0
                                    

Ketiga-tiga mereka makin panas punggung duduk di dalam kereta, berlama-lamaan dalam jem. Entah apa punca jalan jem pun mereka tak tahu. Tapi biasalah tu bila tiba hujung minggu. Mesti seisi keluarga mahu keluar dari Kuala Lumpur. Si ibu dan ayah mahu membawa anak-anak mereka pulang ke desa kerana itu saja masa yang mereka ada. Tapi bila sudah terlalu lama berada di dalam kereta, masing-masing mula hilang sabar.

            "Lama lagi ke?" tanya Naeem, mengeluarkan earphone sebelah telinga kanannya.

            Adli diam saja. Tidak mahu menjawab pertanyaan Naeem itu. Bikin panas saja.

            Menyedari Adli tidak akan menjawab pertanyaannya itu, Naeem memasang semula earphone-nya. Lantak kaulah! Aku nak tidur. Kau drive la sorang-sorang macam orang dungu dalam jem ni. Naeem berbicara sendiri di dalam hati.

            "Kau kenapa?" tanya Hamnet, yang memang tidak tahu apa masalah Adli mahu bersikap dingin dengan Naeem secara tiba-tiba.

            "Apa?" Adli buat-buat tak faham apa yang dimaksudkan oleh Hamnet.

            Hamnet sekadar mampu menggelengkan kepala. Boleh tahan keras kepala juga si Adli ni. Lantak kaulah. Malas aku nak layan! Hamnet turut sama berbicara di dalam hatinya. Meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Adli.

            Siaran radio yang semakin menghilang menambahkan lagi rasa stress Adli. Dia tidak suka memandu jauh tanpa sebarang muzik. Kalau tak ada muzik, dia akan mudah mengantuk. Dan tiada apa yang lebih merbahaya daripada memandu dalam keadaan mengantuk.

            "Ish, siallah! Dah tak ada signal la pulak." Adli mengetuk-ngetuk radio keretanya.

            "Kita dengar lagu dalam handphone aku jelah. Okey?" Hamnet mencadangkan.

            "Kau ada lagu apa?" Adli yang selama ini tidak tahu bagaimana taste muzik Hamnet teruja mahu dengar lagu-lagu apa yang ada dalam handphone-nya.

            Maka Hamnet pun mula mencari lagu-lagu yang boleh dilayan bersama Adli di dalam kereta. Jumpa!

            Adli cuba mengamati muzik yang dipasang oleh Hamnet. Kemudian, dia mengangguk-anggukkan kepalanya. "Nice! Aku tak tahu pun kau layan Radiohead."

            "Come on-lah! Siapa je yang tak layan Radiohead?" kata Hamnet sambil turut mengangguk-anggukkan kepalanya melayan lagu Creep.

            Sampai sahaja di bahagian korus, Adli dan Hamnet sama-sama menyanyi.

            "But I'm a creep...I'm a weirdo...What the hell am I doing here? I don't belong here..."

            Masing-masing tersenyum. Perasaan paling seronok ialah bila ada yang minat band yang sama kita minat. Sepanjang perjalanan melepasi jem di Genting Sempah itu, mereka melayan saja lagu-lagu Radiohead yang ada dalam telefon Hamnet.

            "Kau ada lagu Coldplay?" tanya Adli apabila sudah muak mendengar suara Thom Yorke.

            "Mestilah ada. Gila kau tak ada?" Hamnet pun terus memainkan lagu Hymn to the Weekend.

            Naeem yang memang meminati Beyonce, mencabut earphone dalam telinganya. Rupanya dia mencuri dengar dari tadi.

            "Kuat sikit, Hamnet. Aku suka lagu ni. Sebab ada Beyonce." Naeem berkata, penuh teruja.

            "Habis kuat dah ni, Naeem oi." Hamnet memberitahu.

            Tiba saja di bahagian korus, mereka bertiga sama-sama menyanyi.

            "I, oh, I, oh...Got me feeling drunk and high...So high, so high...I, oh, I, oh, I, oh...Now I'm feeling drunk and high...So high, so high...Woo!"

            "Best sial lagu ni!" kata Naeem, penuh teruja.

            Biarpun Adli dan Hamnet tidak berkata apa-apa, Naeem tahu mereka berdua turut setuju dengannya.

            Sedar tidak sedar, mereka akhirnya berjaya melepasi jem di Genting Sempah. Kini, mereka dalam perjalanan menuju ke Karak.

            "Kau dah bagitau Afiq ke yang kita dah on the way?" tanya Adli yang merancang untuk berhenti di stesen minyak sekejap bila sudah sampai di Karak nanti.

            "Laa aku ingat kau dah bagitau?" kata Hamnet yang sedang sibuk bermain Fun Run dalam telefonnya selepas baterinya semakin mengurang kerana mendengar lagu tadi.

            "Takpelah, biar aku bagitau dalam group." Naeem terus menghantar WhatsApp kepada Afiq di dalam WhatsApp Group mereka.

            Ketika dalam perjalanan menuju ke stesen minyak di Karak, Hamnet memberitahu Naeem dan Adli dia mahu menunaikan solat Dhuha nanti. "Boleh tak?"

            Adli dan Naeem terdiam seketika. Kemudian, Adli berdehem sebelum berkata, "Mestilah boleh. Benda baik, takkan nak halang kan?"

            Hamnet tersenyum mendengar jawapan Adli itu. "Thanks."

            Naeem di belakang hanya mampu menjongketkan keningnya. Ternyata, Hamnet sudah berubah. Tidak seperti dirinya dulu sewaktu Diploma. Dulu masa Diploma, usahkan menunaikan solat, menghormati orang lain untuk bersolat pun belum tentu Hamnet mahu lakukan.

            Naeem ingat lagi masa mula-mula masuk Diploma dulu. Dia mahu menunaikan solat ketika Hamnet sedang asyik melayan lagu metal dengan kuat di dalam bilik. Naeem sengaja membentang sejadah di hadapan Hamnet namun Hamnet langsung tidak mengendahkan perbuatan Naeem itu. Dia malah terus menyanyi lagu metal yang sedang didengarinya dengan kuat.

            Adli yang kesian melihat Naeem terus menegur Hamnet. "Weh, slow-kan la sikit lagu tu. Member nak solat ni."

            Hamnet mencebikkan bibir. Benci betul bila Adli membela Naeem. Dia terus menutup lagu yang dipasangnya tadi dan membenarkan Naeem untuk bersolat.

            Ironinya, kini Naeem sudah tidak solat lagi. Begitu juga dengan Adli yang tidak peduli tentang kewajipannya sebagai seorang Muslim. Hamnet pula yang rajin menunaikan solat sekarang. Bukan sahaja solat fardhu, malah solat sunat sekalipun Hamnet tidak mahu terlepas. Ternyata, kehilangan ayahnya membuatkan Hamnet insaf.

            Adli terfikir sendiri. Sewaktu ayahnya meninggal dunia dulu, dia tak berubah pun. Takde rasa terdetik dalam hati untuk berubah. Malah, ada kalanya dia membenci Tuhan kerana telah mengambil nyawa ayahnya. Hatinya tidak luluh untuk membentang tikar solat dan berdoa agar roh ayahnya berada dalam keadaan aman. Mungkin dalam dua tiga hari selepas ayahnya meninggal dunia, dia ada berbuat sedemikian. Tapi lama-kelamaan, Adli jadi makin malas. Sehingga sekarang, solat Jumaat pun dia boleh ponteng.

            "Apa nak jadilah dengan aku ni?" tanya Adli sendiri di dalam hati ketika semakin menghampiri stesen minyak di Karak.

            "Korang tunggu aku eh? Kejap je..." kata Hamnet selepas mereka tiba di stesen minyak dekat Karak.

            Adli dan Naeem sekadar menganggukkan kepala mereka sambil melihat saja Hamnet pergi.

TerbangWhere stories live. Discover now