Part 4

6.6K 735 40
                                        

Jungkook berdiri di depan pagar masuk sekolah tersebut. Dia mengeluh berat dan tersenyum.

"New school, new friends.. again."

Dia segera mencari pejabat untuk mendaftarkan diri. Kini, Jungkook menjadi tumpuan semua mata pelajar Seoul International HighSchool. Namun, Jungkook hanya mengendahkan pandangan tersebut.

---

Sora yang sedang nyenyak tidur di dalam kelas terus terbangun apabila mendengar suara nyaring Taeyeon yang menjerit di telinganya.

PAMMM. Bunyi ketukan meja yang ditumbuk oleh Sora membuatkan kelas menjadi diam seketika.

"Kau nak apa kacau aku tidur?" Marah Sora dengan nada yang malas.

Taeyeon segera memandang ke arah pelajar pelajar kelasnya dan menunduk tanda minta maaf.

Pelajar kelas tersebut hanya menggelengkan kepala. Macam tak tahu pula perangai Sora tu, kasar mengalahkan lelaki.

"Yah, bangunlah! Ketuk meja kuat gila. Tak sakit ke tangan??" Tanya Taeyeon pelik. Sora ni diperbuat daripada batu konkrit ke? Keras semacam je.

"Hehe, sakitlah jugak.." Sora tersengih menunjukkan sebaris giginya yang tersusun.

"Emm, kau tahu tak. Kelas kita ada budak baru, apa tah nama dia. Tapi dorang kata, dia handsome tau." Terang Taeyeon.

Sora membuat muka menyampah. "Tak nak ambil tahu pun" jawabnya malas.

Tiba tiba, muncul pula satu suara yang telah mengacau ketenteraman mereka semua.

"Yo yo whats up guys, V in da houseeee" jerit Taehyung kuat tanpa rasa malu. 'Tiada istilah malu dalam hidup V' itulah prinsip hidup Taehyung. Pelajar pelajar hanya memekakkan telinga dan berpura pura seperti tiada apa apa yang berlaku.

Taehyung mendengus geram. "Korang palau aku ?! Yah, aku ni manusia yang paling handsome tau! Sampai hati.. korang palau aku?!" Kata Taehyung dengan nada yang kecewa bercampur dengan marah.

Mereka semua hanya menahan gelak. Bukan sebab kata kata Taehyung, tetapi disebabkan..

"Taehyung-ssi, WHAT ARE YOU DOING?" Mrs. Yein menegaskan suaranya.

Taehyung tersengih seperti kerang busuk. "Heee, mian~" balasnya. Dia terus mengambil keputusan untuk pergi ke tempat duduknya iaitu disebelah Taeyeon.

"Ehem. Kita ada--" kata kata Mrs. Yein tersangkut apabila pelajar pelajar kelas itu berkata

"Murid baruuuu". Mrs. Yein membulatkan mata.

"Mana kamu semua tahu? Cepat betul berita ni tersebar" kata Mrs. Yein yang terkejut.

Taehyung mengerutkan dahi kemudian memukul bahu Taeyeon.

"Yah, pahal kau?! Sakit lah, pabo!" Marah Taeyeon. Mana taknya, dia sedang membuat countdown untuk melihat murid baru itu. Tiba tiba, Taehyung pula mengacaunya.

"Kau tak bagitahu aku kan!" Bentak Taehyung.

"Perlu ke?" Balas Taeyeon sambil mengetuk meja.

"Taeyeon, Taehyung, shut up atau duduk diluar!" Tegur Mrs. Yein. Taehyung dan Taeyeon menggeleng laju dan tersengih malu.

Lain pula cerita dengan Sora, tidur je kerja dia. Kenapa Mrs. Yein tak tegur? Oh tu sebab Sora tutup muka guna buku. Lagipun, dia duduk keseorangan disebabkan pelajar yang duduk disebelahnya telah pun berpindah.

"Awak boleh masuk sekarang.." kata Mrs. Yein lembut. Mentang mentang ada anak murid handsome, jadi lemah lembut pulak ye?

Jungkook memulakan langkah pertamanya untuk masuk ke dalam kelas dan.. "AAHHHHH" Semua pelajar perempuan kelas 3-1 menjerit seperti terkena histeria. Kecuali, Sora dan Taeyeon. Sora masih nyenyak tidur manakala Taeyeon pula menutup telinganya.

Taehyung? Jangan cakap lah. Dia dah sediakan earphone awal awal. Bagus bagus.

Langkah kedua pula dan.. "AAHHHH" Jeritan histeria masih kedengaran.

Seterusnya, "AAHHH"

Yah, diamlah! Macam mana Jungkook nak intro diri dia kalau korang asyik menjerit je? Eyy siapa ambik dorang jadi pelakon cerita ni?!

"...."

Okay, dah diam. Let's continue ~

"Perkenalkan diri awak.." kata Mrs. Yein.

"Jeon Jungkook imnida. Sebelum ni saya duduk di China. Saya pindah ke Seoul sebab kerja Appa saya ditukarkan ke Seoul." Terang Jungkook. Gerun melihat pandangan gadis gadis kelas 3-1 kecuali.. pelajar yang sedang nyenyak tidur itu.

"Kamu semua ada apa apa nak tanya lagi?" Tanya Mrs. Yein.

Pelajar perempuan yang duduk di hadapan Taehyung mengangkat tangannya.

"Single or taken?" Tanya pelajar itu. Nak tersedak Jungkook dibuatnya. Mrs. Yein menggelengkan kepalanya.

"Kamu ni tak ada ke soalan lain? Haih.. Jungkook-ssi, awak boleh duduk di sebelah Lee Sora. Sora, put ur hands up" macam lagu 2pm pulak xD

"Lee Sora. Macam pernah dengar nama tu.. siapa eh?" Fikir jungkook.

Sora yang masih nyenyak tidur menimbulkan rasa pelik Mrs. Yein.

"LEE SORA!" Jeritan Mrs. Yein bergema di dalam kelas. Sora segera bangun.

"N-nae?" Tanya Sora yang masih dalam keadaan mamai.

Tanpa bercakap banyak, Jungkook segera pergi ke tempat Sora. Apabila Mrs. Yein mengalihkan pandangan ke tempat lain, Sora terus menyambung tidurnya tanpa memandang siapa pelajar baru tersebut.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang