Before that, author nak bagitahu maybe this fanfic ni akan habis dalam 40+ or 50+ chapter kot sebab banyak lagi yang author tak ceritakan lagi xD
And, sorry to my readers because kadang kadang author jarang update. Idea selalu hilang tanpa dikesan ╥﹏╥
---
[Jungkook POV]
Aku memandang Sora dan Mingyu yang duduk jauh sedikit daripada tapak perkhemahan. Sora memukul mukul lengan Mingyu dan mereka berdua ketawa bersama.
"Chill kau kata? Hah memang chill lah kan, korang berdua jalan jalan ala ala pergi honeymoon, bersweet sweet dalam hutan. Lepastu tinggalkan aku sorang je pasang khemah. Nasib baik ada Mingyu yang tolong aku. Mana pergi tanggungjawab korang berdua? Fikir aku dengan Mingyu ni kuli korang? Tolonglah, jangan pentingkan diri sendiri je."
Kejadian yang berlaku pada petang tadi, dan setiap perkataan yang dikata oleh Sora masih lagi terngiang ngiang di dalam fikiranku. Rasa bersalah menyelubungi aku kerana langsung tiada sikap tanggungjawab.
Aku tak pernah tengok Sora marah teruk sampai macam tu. Mungkin aku dah melampau sangat?
"Tapi, bukan aku nak pun jalan jalan dengan si Mina tu. Dia yang ajak, takkan nak tolak." Kata diriku sendiri.
"Tolonglah Jungkook, kau boleh je tolak permintaan Mina tadi." Kata diriku lagi, seperti ada dua pihak di dalam diri ini. Aku melepaskan keluhan berat. Aku patut minta maaf sekarang sebelum keadaan jadi parah.
Melihat Mingyu dan Sora sedang ketawa bersama, aku mengambil peluang ini untuk datang mendekati mereka berdua. Untuk membetulkan semuanya.
Aku segera berdiri dan berjalan menuju ke tempat Sora dan Mingyu. Apabila aku sampai sahaja, mereka berdua terdiam. Sora memandang ke arahku dan menghadiahkan jelingan tajam, manakala Mingyu hanya tersenyum sedikit ke arahku. Aku tahu, Mingyu juga marah terhadapku. Tapi dia langsung tidak menunjukkan perasaan marahnya.
"Kau nak apa? Pergilah dengan Mina tu. Pergi jalan jalan dalam hutan tu." Tiba tiba sahaja Sora bersuara dan memerliku. Mendengar sahaja kata katanya, jelas sekali dia masih marahkan aku. Aku taktahu kenapa, lidah aku boleh terkelu. Tak dapat nak balas kata kata Sora tadi.
Aku terdiam sehinggalah Mingyu berdiri dan menepuk bahuku.
"Good luck, bro." Kata Mingyu sambil tersenyum kepadaku dan memberi kata kata semangat. Kemudian, dia meninggalkan aku dan Sora berdua. Aku mula mengambil tempat di sebelah Sora, tetapi Sora pantas bangun dan ingin melarikan diri daripada aku. Dia berjalan laju mengiringi langkah Mingyu. Namun, aku sempat menarik tangannya dan menyuruhnya duduk semula.
"Lepaslah." Marah Sora, dia langsung tidak memandang ke arahku malah hanya memandang Mingyu yang makin lama makin jauh dari pandangan.
"Sora. I'm sorry. Aku tahu aku salah." Kata aku perlahan. Aku masih tidak melepaskan tangannya, aku memandang tepat ke dalam anak matanya.
"Sorry? Sorry tak membawa makna apa apa pun." Balas Sora dingin.
"Senang je kan? Dah buat salah, lepastu kata sorry, dan semuanya dah jadi okay." Kata Sora lagi, dia mula mengalirkan air matanya.
Aku menundukkan kepalaku, rasa bersalah semakin kuat menyerbu aku.
"Ye, aku salah sebab aku tak tolong kau dengan Mingyu tadi. Aku salah sebab korang bersusah payah buat kerja, aku dengan Mina hilangkan diri. Semua salah aku. Jeon Jungkook pabo. Dah puas?" Jelas aku dengan panjang sekali. Aku mengesat air matanya.
"C-cakap lagi sekali, ayat yang last." Akhirnya, Sora bersuara, air matanya juga turut berhenti. Aku mula berfikir, ayat yang last?
"Semua salah aku..?" Tanya aku pelik. Namun, Sora tetap menggelengkan kepalanya. Berkerut dahi aku memikirkan apa ayat terakhir yang aku kata tadi.
"Jeon Jungkook pabo."
"Huh?" Tanya aku tidak faham.
".. Tu ayat last sekali." Sora berkata sambil ketawa kecil. Aku juga turut ketawa melihat Sora yang cuba mengenakan aku. Hatiku lega apabila melihat senyuman Sora.
"Tadi, Mr. Siwon bagitahu yang esok kumpulan kita bertugas untuk cari kayu api." Kata Sora tiba tiba, cuba untuk memecahkan suasana yang kekok ini.
"So...?"
"Kau kena teman aku, sebagai denda! Janji?"
Aku tergelak kecil melihat gelagat Sora yang tak ubah seperti kanak kanak kecil. "Ye lah, janji." Kataku sambil mengeluarkan jariku dan membuat pinky promise bersama Sora. Kemudian, aku dan Sora tersenyum bersama.
---
Keesokan paginya, aku menggeliat apabila bangun daripada tidur. Aku keluar daripada khemah dan melihat permandangan yang indah di hadapanku. Aku menarik nafas panjang dan tersenyum lebar.
Berharap perkara buruk yang terjadi semalam, takkan berulang lagi.
Pada pagi itu, seperti yang Sora cakap, kumpulan aku ditugaskan untuk mencari kayu api. Mengingati perkara itu, aku terus mandi dan menukar pakaianku. Selesai mandi, aku pergi ke khemah semula untuk menyimpan barang barangku.
Aku melihat Sora yang baru keluar daripada khemahnya dan menguap sambil menutup mulutnya. Aku mengukir senyuman melihat perbuatannya. Aku memerhatikan Sora sehinggalah ada seseorang yang menepuk bahuku.
"Macam nak tembus dah kau usha Sora." Kata Mingyu tiba tiba. Aish, budak ni. Mengacau ketenteraman betul.
"By the way, apa cerita semalam? Okay?"
"Dah berbaik dah. Thanks Mingyu. Sebab bagi ruang untuk aku bercakap dengan Sora." Kata aku sambil tersenyum ke arah Mingyu. Mingyu tidak bersuara malah hanya membalas kata kataku dengan senyumannya.
Selepas menikmati sarapan yang telah disediakan oleh pihak sekolah, akhirnya semua kumpulan masing masing bergerak untuk melakukan tugas yang diberi oleh Mr. Siwon semalam.
Aku memandang Sora sekilas dan tersenyum.
"Okay now, kita kena masuk hutan cari kayu api. So--" belum sempat Sora menghabiskan ayatnya, Mina sudah mencelah.
"Ugh tahulah! Tak payah banyak cakap lah, kita buat kerja tu cepat. Nanti boleh cepat siap. Kan oppa?" Kata Mina dengan nada yang manja, aku hanya mengangguk dan tersenyum ke arahnya.
Pabo Jungkook, kenapa kau setuju dengan apa yang Mina cakap tadi?! Aku memandang wajah Sora yang sudah lain macam, mesti dia marah.
"Whatever, Son Mina. Sekarang ni kita kena berpecah kepada dua pasangan, supaya senang sikit nak cari." Terang Sora dengan teliti.
"Ah okay kalau macam tu. Jungkook Oppa, kita satu pasangan lah eh?" Tanya Mina sambil memeluk lenganku. Aku terus mengangguk setuju. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh setuju.
Eh wait, aku dah janji dengan Sora nak teman dia!
"Oh okay. Mina dengan Jungkook, aku dengan Mingyu. Dah, gerak lah. Lagi cepat lagi bagus." Kata Sora dingin dan cuba untuk tersenyum tipis. Wajah aku langsung tak dipandangnya.
Kau memang cari nahas, Jungkook.
---
Read, comment & vote ~
ANDA SEDANG MEMBACA
Annoying Neighbour Jjk
Fanfiction[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction
