Part 48

4.1K 397 13
                                    

Tanganku pantas menyeka air mataku yang dari tadi tidak henti henti mengalir. Aku cuba memaksa diriku untuk tersenyum di hadapan eomma walaupun senyuman itu adalah senyuman yang paling pahit sekali.

Selepas mengetahui berita tentang Hanbin, aku jadi diam. Aku langsung tiada keupayaan untuk bersuara.

"Sora, eomma tahu Sora masih sedih. Tapi, kalau Sora asyik menangis macam ni, agak agak Hanbin risau tak tengok dari atas sana?" Kata eomma cuba untuk menenangkan hatiku. Aku tersenyum manis ke arah eomma.

Betullah kata eomma, aku tak boleh nangis macam ni. Nanti, Hanbin pun turut sedih jugak.

"Balik ni Sora ada nak pergi mana mana ke?" Aku menggelengkan kepala tanda tidak.

"Hantar Sora dekat depan cafe tu je lah eomma. Sora boleh jalan kaki, lagipun dekat je" balas aku sambil tersengih manis.

Semasa dalam perjalanan pulang, aku hanya termenung ke luar tingkap. Mungkin aku perlukan masa untuk terima semua ni? Aku menggelengkan kepalaku supaya aku tidak bersedih lagi.

Ingat pesan eomma, Lee Sora.

---

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku duduk di sebuah bangku yang disediakan di taman permainan. Kanak kanak yang sedang bermain riang aku pandang.

Aku kena tenangkan fikiran, sebab tu aku malas nak balik rumah.

Pandanganku tertumpu di langit, kemudian aku tersenyum manis.

"Hanbin-ah, mesti awak tengah tengok saya kan sekarang ni? Hwaaaa sampainya hati awak tinggalkan saya macam ni. Awak tahu tak, hari hari saya kena mengadap muka biskut? Eh bukan biskut, nama dia Jeon Jungkook."

"Saya selalu bergaduh dengan dia, setiap hari tak gaduh memang tak sah. Tapi, pergaduhan tu lah yang membuatkan kami semakin rapat."

"Dan lagi satu, saya bagi tahu awak sorang je okay? Ada sorang namja ni, dia dah berjaya ketuk hati saya. Tapi, saya keliru. Patut ke saya buka pintu tu?" Kata aku sendirian. Nasib baiklah bangku ini agak berjauhan sedikit dengan kanak kanak yang sedang bermain. Kalau tak, mesti aku dah dianggap orang gila dan mesti mereka cepat cepat lari daripada aku.

Percakapanku terhenti seketika apabila budak lelaki dalam anggaran 3 tahun, duduk di sebelahku. Dia tersengih memandangku sehingga menampakkan dua batang giginya yang baru tumbuh.

Aku juga turut tersenyum memandangnya.

"Hai, apa nama awak?" tegurku sambil tersenyum. Dia tidak membalas percakapanku tetapi hanya tersengih.

"Haneul. Haneul da! (Imnida!)" Akhirnya, dia bersuar dengan bersemangat. Aku ketawa kecil apabila mendengar kata katanya yang masih pelat.

"Ah.. Waeyo? Kenapa tiba tiba datang dekat noona?" Tanya aku lagi.

"Hmm. Noona enchana? (Gwenchana?)" Tanya dia tiba tiba. Aku merenung wajah sucinya. Dia seperti seorang yang diturunkan untuk menenangkan hati aku.

Aku mengangguk tanda aku okay walaupun sebenarnya aku langsung tak okay. Dia membalas dengan senyuman manisnya.

Kemudian dia berlari laju meninggalkan aku. Mataku merenung tubuh kecilnya yang sedang galak berlari.

"Gomawo, sebab ambil berat pasal noona." Kata aku perlahan walaupun dia tidak dapat mendengarnya.

---

Kini, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Aku tak tahu kenapa, hati aku berat untuk balik ke rumah. Jadi, aku mengambil keputusan untuk pergi makan di sebuah restoran BBQ yang tidak berjauhan dengan kawasan rumahku.

Aku menapak masuk ke restoran itu dan mengambil tempat duduk. Restoran itu tidak mewah dan agak terbuka, dan ini membuatkan aku lebih selesa. Orang pun tak ramai sangat.

"Ahjussi, saya nak BBQ Bulgogi dan.."

Mataku tertancap di sebuah peti. Terdapat air di dalam botol berwarna hijau.

"Em itu je lah." Aku tersenyum ke arah ahjussi itu. Aku bangun untuk mengambil minuman tersebut. Tanganku mengambil satu cawan kecil dan menuang minuman tersebut di dalamnya.

Aku mengambil satu tegukan. Dua tegukan dan tegukan yang seterusnya. Kepala aku menjadi pening.

---

[Jungkook POV]

Aku berjalan ke hulur ke hilir sambil memikirkan sesuatu yang membuatkan hatiku tak tenteram.

"Mana Sora ni? Dah pukul 10 malam, tak balik balik. Aku call pun tak nak jawab. Jadi apa apa nanti, aku jugak-"

Sedang aku bebel sendirian, tiba tiba telefonku berbunyi. Kelam kabut aku mencapai telefonku yang berada di atas sofa.

"Sora Si Kijam"

"Yeoboseyo? Yah Sora mana kau perg-"

"Jungkook-ah, a-aku sakit.." Kata Sora, suaranya kedengaran seperti menangis. Jantungku berdegup pantas dan aku menjadi tidak keruan.

Sakit? Sakit apa?

"Kau dekat mana ?! Jangan lah buat aku risau macam ni!" Jerit aku. Aku terus menyarungkan sweater di tubuhku dan keluar daripada rumah. Langkahku laju berjalan untuk mencari Sora.

"Aku dekat.."

Tet tet tet.

Sora menamatkan panggilan sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya. Tak guna betul minah ni, dia nak ajak aku main sorok sorok ke?

Aku mencari Sora di merata tempat, aku mengeluh keletihan. Tidak tahu di mana Sora berada, akhirnya aku terduduk di sebuah restoran.

"Dia dah tsk tinggalkan aku tsk." Telinga aku mendapat tangkap suara seseorang yang betul betul aku kenal. Aku memalingkan wajahku ke belakang dan ternyata jawapan aku tepat.

Mataku membulat apabila melihat dia sudahpun menghabiskan dua botol soju.

Sah, budak ni dah mabuk.

"Yah, Lee Sora.. Apa yang kau buat dekat sini? Penat aku cari kau. Nak tercabut kaki aku yang skinny ni." Marah aku, dalam kemarahan tu, sempat lagi aku memuji diri sendiri.

Manakala Sora pula, dia menolak badanku perlahan. Menyuruh aku untuk berlalu pergi.

"Pergilah balik, aku tak perlukan kau."

"Kamu kenal ke dia? Dari tadi lagi dia menangis, dia dah minum 2 botol dah tu. Ahjussi tengok pun risau dah, sebab dia nampak muda lagi. Takut dia tak boleh tahan dengan soju." Kata ahjussi di hadapanku, mungkin dia pemilik kedai ini kot.

Aku menggelengkan kepalaku apabila mendengar kata kata ahjussi itu. Apa nak jadi lah dengan Sora ni. Kalau lah Mrs dengan Mr. Kim tahu pasal ni, dah lama dia dicampak ke negara afrika sana.

K, tipu je.

"Sora, kaja. Kita balik, dah lewat malam ni." Kata aku sambil menggoncangkan bahunya. Tapi, dia tetap menggelengkan kepalanya tanda tak nak mengikut aku balik.

"Taknak. Aku taknak ba-"

Pappp.

Kepalanya dilentokkan di meja. Aku mengejutnya tetapi dia tidak menyedarkan diri.

Ah sudah, macam mana aku nak bawak dia balik ni?

---

2:50 AM gais ai tak ngantuk lagi hmm :') harap chapter ni tak bosan lah sebab ai dah merapu pagi pagi buta ni huhuhu.

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now