Part 43

4.1K 410 39
                                        

Aku mengelap peluhku yang tidak habis habis menitis di dahiku. Aku melepaskan keluhan berat.

Dah 20 minit aku mencari Sora di dalam hutan, tetapi masih tidak jumpa. Makin risau aku dibuatnya.

Sora, mana kau menghilang?

Aku menjadi bengang apabila teringat kejadian tadi. Ini semua sebab Jungkook dan Mina. Tak guna punya biskut dan sotong.

Aku duduk di atas batu batu yang besar buat sementara. Selang 10 minit, aku sambung balik perjalananku untuk mencari Sora.

Jalan punya jalan, aku ternampak tubuh seorang perempuan sedang baring hanya beralaskan daun daun. Aku pergi ke arahnya dengan lebih dekat untuk melihat gerangan perempuan itu.

Mataku membulat apabila melihat yang perempuan itu sebenarnya adalah Sora. Aku berlari ke arahnya dan memeluknya erat.

"Sora! Lee Sora, bangun!" Aku menampar pipinya lembut, berharap yang dia akan segera bangun. Tubuh badannya penuh dengan luka luka. Di wajahnya jugak terdapat calar balar.

Aku semakin gementar apabila melihat dia masih tidak menyedarkan dirinya. Dengan segera, aku mendukungnya dengan cara bridal style, air mataku sudah mengalir pantas kerana terlalu takut jika apa apa berlaku pada Sora.

Nasib baik lah aku ingat jalan untuk pergi ke tapak perkhemahan. Sesampai sahaja aku di tapak perkhemahan, semua orang berbisik bisik kerana terkejut melihat tubuh Sora yang terkujur, penuh dengan luka dan darah.

"Mr. Siwon, saya dah jumpa Sora!" Jerit aku kuat. Mr. Siwon memandang aku dengan pandangan yang terkejut. Semua pelajar mengerumuni aku dan Sora, termasuklah Jungkook dan Mina.

"Dah semua, tepi! Bagi laluan!

Kemudian, aku membawa Sora ke khemah yang diarahkan oleh Mr. Siwon tadi. Aku membaringkannya dengan perlahan perlahan. Sementara pihak yang bertanggungjawab merawat luka luka Sora, aku keluar daripada khemah tersebut.

Aku memandang Jungkook yang sedang merenung ke arah khemah dengan yang sayu. Aku pergi ke arahnya dan..

Pummm.

Sekali lagi, aku menumbuk mukanya. Aku memang takkan puas menumbuknya sehinggalah dia minta maaf kat Sora semula.

Dia mengelap luka kecil yang berada di bibirnya, akibat tumbukan padu aku tadi.

"Manusia jenis apa kau ni?! Apa yang kau dah buat dekat Sora hah?!" Jerit aku sambil memandangnya dengan renungan tajam.

"A-aku"

"Kau apa?!"

"Fine. Aku tampar dia sebab dia tolak Mina. Dah, puas?!" Balas Jungkook.

Mendengar sahaja jawapannya, aku menggenggam tanganku dan cuba untuk menumbuknya lagi. Tetapi, ada tangan yang menghalangku.

Kim Taehyung. Dia menarikku daripada terus bergaduh. Thanks Taehyung, kalau kau tak ada, mesti Jungkook ni dah mati tak cukup nafas kena tumbuk dengan aku.

Aku memandang wajah Jungkook yang masih terdiam dan aku yakin, mesti dia rasa bersalah.

"Jeon Jungkook, aku tak selesai lagi dengan kau. Aku dah pesan awal awal tadi, apa apa jadi dekat Sora, kau yang kena bertanggungjawab!" Jerit aku lagi dengan wajah yang bengis.

Kemudian aku meninggalkan mereka semua dan pergi ke khemah dimana Sora ditempatkan.

---

Aku masuk ke dalam khemah dan tersenyum memandang Sora yang masih nyenyak tidur. Luka lukanya telah pun dirawat dengan baik. Aku memegang erat tangannya.

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang