Part 26

4.5K 415 21
                                    

[Sora POV]

Setelah siap menukar baju seperti yang disuruh tadi, aku, Jungkook dan halmeoni keluar untuk pergi makan

Tak lupa juga, pintu pagar dikunci dengan kemas. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak pencuri. Kebanyakannya pencuri hati lah.

Kami bertiga hanya berjalan kaki memandangkan kedai makan tersebut hanya dekat sahaja. Jungkook tak habis habis dengan earphonenya manakala aku dan halmeoni pula berborak.

Selang 15 minit berjalan, akhirnya kami sampai di tempat yang dituju. Aku dan Jungkook menarik kerusi yang sama dengan serentak.

"Aku punya kerusi lah." Marah aku kepada Jungkook.

"Aku yang dapat dulu!" Bantahnya pula.

"Penipu, aku yang dapat kerusi ni dulu lah!"

"No, aku." Balas Jungkook semula.

Halmeoni yang melihat pertengkaran kecil antara aku dan Jungkook segera meleraikannya. Semua pelanggan di dalam restoran itu memandang kami dengan pandangan yang pelik.

"Kamu berdua ni pun. Benda kecik macam ni pun boleh bawak gaduh. Dah Jungkook, bagi Sora duduk situ. Kat sebelah ni ada kerusi lagi kan." Tegur halmeoni dengan suara yang lemah lembut.

Aceyh, halmeoni acah lemah lembut di depan semua orang.

Aku tersenyum puas apabila halmeoni mula memihak terhadap aku. Sayang halmeoni ~

Seraya itu, aku menerima jelingan maut dari Jungkook. Aku terdiam. Seram pulak dia jeling macam tu.

Serupa macam Juon. Fuh.

"Waiter." Panggil Jungkook sambil mengangkat tangannya ala ala datuk yang beristerikan datin.

Kemudian, waiter itu memberi menu. Tak payah menu lah, aku dah tahu apa aku nak makan. Kimchi Jjigae! Huhu kesian aku masak tak sedap tadi, aku teringin sangat nak makan benda alah tu.

"So, kamu berdua nak makan apa?" Tanya halmeoni.

"Kimchi Jjigae!" Jawab aku dengan semangat. Ada juga satu suara yang minta makanan sama macam aku. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook tu.

"Yah! Tak payah lah tiru aku!" Marah aku. Pelayan itu memandang aku dan mukanya agak merah. Aku rasa dia tengah tahan gelak melihat aku yang tengah marah ni.

"Mana ada aku tiru kau. Ceh, dah lah perasan , gila pulak tu." Balas Jungkook selamba. Matanya masih tertumpu ke arah menu itu. Aku tak tahu apa yang dia tenung, macam nak tembus menu tu dibuatnya.

"Whatever!" Aku menyerah kalah. Malas aku nak gaduh dengan hantu Juon ni. Buang masa, buang tenaga, buang air liur dan seangkatan dengannya.

Setelah selesai memesan makanan dan minuman, pelayan itu beredar dari meja makan kami.

"Halmeoni nak pergi toilet sekejap ye. Nak touchup sikit." Kata halmeoni tiba tiba sambil membuat gaya touch up dia tu.

Pft halmeoni ni mengalahkan aku.

Aku dan Jungkook hanya mengangguk faham sambil menahan ketawa. Nanti kalau gelak, habis kena sekeh kepala dengan halmeoni.

Apabila halmeoni pergi, iphoneku terus berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Aip. Takkanlah halmeoni call sebab tak jumpa tandas kot?" Fikir aku.

Aku menekan button 'answer' dan meletakkan iphone di telinga.

Tiba tiba, iphoneku dirampas oleh makhluk durjana.

"Yah! Jeon Jungkook!" Marah aku.

---

[Jungkook POV]

"Yah! Jeon Jungkook!" Marah Sora dengan kuat. Aku menunjukkan muka selamba kepadanya.

"Yeoboseyo? Noona! Rindu noona~" apabila aku meletakkan iphone Sora di telinga, orang yang membuat panggilan itu menjerit teruja.

Macam kenal je suara ni?

Aku melihat nama yang tertera. "Bambam💖" Lah, Bambam rupanya. Ceh, siap ada emoji love lagi.

"Pft, kau rindu Sora je ke? Abang kau ni kau tak rindu?" Perli aku sambil memuncungkan mulut. Manakala Sora di hadapanku dah merenung tajam ke arahku.

"Eo hyung?! Mana noona?" Tanya Bambam. Haish budak ni, kenapa sibuk sangat nak cari Sora hah?

"Dia ada je dekat dalam bilik dengan aku." Sakat aku.

Mesti Bambam terkejut.

"Yah-- aish pabo! Meh sini phone aku!" Sora laju merampas iphonenya dari aku.

"Bambam? Sorry lah, Jungkook sengaja nak kenakan Bambam tadi. Sebenarnya kitorang ada kat kedai makan ni, nak dinner." Terang Sora panjang lebar.

Sekelip mata sahaja, Sora telah menjadi seorang wanita yang lemah lembut.

Fuh, mana Sora yang berwatak singa tadi tu?

"Nae.." Sora menjawab sambil tersenyum.

"Nado bogoshipeo" Puih, rasa nak termuntah pulak.

"Haha alright, jaga diri tau! Annyeong." Tamat sahaja panggilan tersebut, aku menjeling tajam ke arah Sora.

"Wae?!" Sergahnya.

"Lain betul cara kau layan aku dengan cara kau layan Bambam kan?" Tanyaku tak puas hati. Mana aci! Dia layan Bambam macam putera, tapi aku? Macam butler. Huhu.

"Suka hati aku lah." Marahnya kembali. Aku mengendahkan kata katanya. Malas lah nak berdebat.

Lebih kurang 8 minit kemudian, halmeoni pun sampai di meja makan kami. Begitu juga makanan yang telah dipesan tadi.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now