Part 38

4K 381 16
                                    

[Sora POV]

Aku mengeluh apabila mendapat tahu yang aku akan sama kumpulan dengan Jungkook, tapi dalam masa yang sama, aku gembira sebab aku sama kumpulan dengan Jungkook.

Pelik. Mungkin sebab Jungkook je satu satunya orang yang aku rapat selain Taeyeon dan Taehyung.

"Aktiviti pertama kita adalah.. Memasang khemah!" Kata Mr. Siwon teruja. Semua pelajar yang teruja sebentar tadi, mula mengeluh apabila mendengar perkataan 'memasang khemah'. Sama juga seperti aku, melepaskan keluhan berat.

Pasang khemah ni nampak je senang, tapi sebenarnya susah.

Aku pergi ke tapak khemah yang sudah disediakan oleh Mr. Siwon sebentar tadi, dua pasang khemah yang belum dipasang ditenung. Satu khemah untuk lelaki, dan satu khemah untuk perempuan.

Aku memandang sekeliling, mencari ahli ahli kumpulanku. Tetapi memandangkan aku tak kenal Mina dan Mingyu, hanya Jungkook saja lah kawan sekumpulan yang aku ada.

Cari punya cari, aku langsung tak nampak kelibat Jungkook. Sekali lagi, aku melepaskan keluhan berat. Aku mula mengambil khemah dan cuba memasangnya.

Memandangkan aku sudah mempunyai pengalaman memasang khemah sebelum ini, jadi kerja aku akan jadi lebih senang.

Baru sahaja ingin memulakan kerjaku, tetapi niat aku terbatal apabila datang seorang pelajar lelaki yang berdiri tegak disebelahku. Jelas sekali dia lebih tinggi daripada aku, beza ketinggian kami mungkin dalam 7cm. Aku terpaksa mendongakkan kepalaku sedikit untuk memandang pelajar lelaki tersebut.

"Nuguya..?" Tanya aku pelik, namun tetap bertanya dengan sopan.

"Kim Mingyu. Aku sama kumpulan dengan kau." Balasnya sambil menunjukkan muka tidak berperasaan dan memandang ke arah lain.

"Oh. Dari gred mana? Kelas apa?" Tanya aku bertubi tubi walaupun aku tahu ini bukan masa yang sesuai untuk menjadi polis yang sedang menjalankan siasatan.

"Gred 3, kelas 3-2." Jawabnya seperti robot. Dia ni memang tak ada perasaan ke apa?

Aku hanya mengangguk faham. Ah, sama gred dengan aku. Eh wait. Otakku cuba untuk memproses sesuatu kemusykilan.

"..SERIOUSLY???" Jerit aku bagai nak tercabut anak tekak, terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh lelaki yang bernama Mingyu dihadapan aku ini.

"Huh?" Tanya Mingyu tidak faham.

"Urm tak, maksud aku.. Kau gred 3? Sama dengan aku? 3-2 tu kelas sebelah aku tapi kenapa aku tak pernah nampak kau? Nama pun tak pernah dengar?!" Tanya aku lagi sambil membulatkan mataku sebesar besarnya.

"Well, jangan risau. Aku pun tak pernah nampak kau actually. Nama kau pun aku tak tahu. So.. Dikira kita berdua ni dua kali lima je lah kan?" Balas Mingyu sambil tersenyum mesra. Aku fikir dia ni tak ada perasaan, susah nak senyum. Akhirnya, senyum jugak.

Setelah berlaku perbalahan tersebut, akhirnya aku dan Mingyu berjabat tangan dan bersetuju untuk menjalinkan persahabatan selama berada di kem ini.

"Lee Sora."

"Kim Mingyu."

Selepas itu, aku menyambung aktiviti aku yang terbatal tadi, iaitu memasang khemah. Aku rasa Mingyu ni bukan jenis orang yang rajin nak memasang khemah, sebab sekarang ni dia hanya tercegat sahaja melihat apa yang aku lakukan.

"Kau nak aku tolong ke?" Tanya Mingyu tiba tiba.

Oh please, soalan apakah ini ?

"Kau rasa?" Tanyaku semula.

"Aku rasa tak kot. Dari segi pemerhatian aku lah, kau ni perempuan yang mempunyai kekuatan fizikal yang kukuh. Jadi, kau tak perlukan aku." Jawabnya selamba. Tercengang aku mendengar jawapan yang diberi oleh Mingyu. Jawapan yang sangat menyakitkan hati ini huhu.

Aku harap aku dapat bertahan selama berada di kem ni. Baru hari pertama, dah terlalu banyak cabaran dan dugaan yang aku kena tempuhi.

"Kidding. Ofcourse aku kena tolong kau, khemah ni nanti aku jugak yang nak duduk." Balasnya sambil ketawa kecil. Aku juga turut ketawa apabila mendengar kata katanya.

Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi. Beruntung jugak aku dapat ahli kumpulan macam Mingyu ni.

30 minit telah berlalu, akhirnya aku dan Mingyu telahpun siap memasang khemah yang berwarna merah dan biru itu. Tetapi, aku masih bengang dengan Jungkook dan Mina yang langsung tidak menolong kami berdua.

Aku memandang sekelilingku, nampaknya semua kumpulan telahpun siap memasang khemah. Dan aku rasa, kumpulan aku adalah kumpulan terakhir yang siap.

Aku memandang Mingyu yang sedang mengelap peluh pada lengan bajunya.

"Thanks Mingyu! Kalau takde kau, mesti tulang belakang aku dah patah nak pasang dua khemah ni."

"Haha No problem. Kita kan satu kumpulan! Tapi kan, mana lagi dua orang makhluk kumpulan kita eh?" Tanya Mingyu pula.

Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu, makin bengang pula dengan sikap dua makhluk yang tak reti memunculkan diri.

"Entah. Biarlah dorang tidur luar malam ni. Bukan nak tolong, tahu nak ambil kesempatan je!" Kataku tidak puas hati.

Mingyu hanya ketawa kecil melihat wajah tidak puas hati aku. Takkan dia tak bengang langsung?

"Campak jelah dorang dekat laut sana, lagi aman."

Mendengar sahaja kata kata Mingyu, aku ketawa besar. Ya, lagi sekali, aku rasa beruntung sebab Mingyu sama kepala dengan aku!

---

Pada petang itu, selepas selesai membersihkan tubuh badan, aku kembali ke khemah untuk menyimpan barang barang yang aku gunakan untuk mandi tadi.

Aku melihat kelibat seorang perempuan yang ingin masuk ke dalam khemahku, sambil membawa begnya. Dengan segera, aku berlari ke arah perempuan itu.

Aku memandangnya pelik, selamba gila dia masuk khemah aku? Setelah dia keluar, aku terus berkata kepadanya.

"Nugu? Kenapa masuk tanpa kebenaran?" Tanya aku dengan nada yang jelas tidak puas hati.

Perempuan dihadapanku ini menjeling ke arahku.

"Khemah kau? Tak ada tulis nama pun, so tak payah nak perasan. Anyway, aku Mina. Ahli kumpulan ni. Ada apa apa lagi?" Katanya dengan nada yang gedik.

Euw, kau ke Mina? Geli mak.

"Ada. Khemah ni aku yang pasang. And kau? Tak tolong apa apa, menghilangkan diri. Mana kau pergi hah?" Tanya aku lagi. Aku cuba untuk mengawal kemarahanku yang sedang mendidih ini.

"Dia ada dengan aku tadi, pergi jalan jalan dalam hutan." Ada pula satu suara yang menyampuk alam pertengkaran kecil ini.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now