Part 16

4.8K 516 6
                                        

"Eomma appa, where are youuuu?!!" Jerit Sora ketakutan di dalam hati.

Dia cuba memberanikan dirinya untuk mendekati lelaki itu.

Langkahnya semakin dekat dengan lelaki tersebut. Tangannya perlahan lahan memegang bahu lelaki itu dan

"Ahhhhhh"

"Ahhhhh"

Sora dan lelaki tersebut menjerit kuat bagai nak gegar dapur dibuatnya.

Kedebuk. Bunyi seperti nangka tergolek ke tanah kedengaran.

Kedua dua mereka tergolek ke atas lantai kerana terhantuk kepala sesama sendiri.

"Appo.." Kata Sora perlahan menggosok kepalanya yang terhantuk tadi. Kemudian, dia membuka matanya dan kembali ke dunia nyata. Terasa seperti ada orang menjerit kesakitan. Dan suara itu adalah suara seorang lelaki.

"Aww sakitnyaa yah yah bangunlah pabooo!!" Lelaki tersebut menolak nolak tubuh kecil Sora yang sedap sahaja menghempapnya.

Sora merasakan yang tubuhnya kini bergoyang. "Huh. Gempa bumi ke?" Kata Sora ketakutan.

"Yah Lee Sora, bangunlah woiii. Sakit weh sakit!!" Jerit lelaki itu. Dia sudah tidak tahan lagi. Habis tulang belakangnya sakit menampung berat badan gadis di atasnya itu.

Sora tersentak dengan suara yang menjerit di telinganya. Suara itu, amat dekat dengan telinganya. Dah macam cerita horror pulak xD

Kemudian, dia terfikir. Kenapa aku takde rasa sakit kat badan sedangkan aku jatuh kat lantai?

Sora kelam kabut bangun apabila perasan akan lelaki yang berada di bawah badannya.

"Yah apa yang awak buat ni?? Pervert!" Jerit Sora kuat. Baru sahaja ingin jerit meminta tolong, mulutnya lantas ditutup.

Membulat mata Sora apabila melihat lelaki yang dianggap pembunuh itu adalah Jeon Jungkook.

"J-jungkook?? Apa kau buat kat sini hah?!!" Tanya Sora terkejut. Siapa je yang tak terkejut bila tiba tiba ada orang masuk ke rumahnya. Tambahan lagi orang itu adalah musuh ketatnya.

Jungkook menjeling tajam ke arah Sora tanda bengang. "Kau--" Jungkook menunding jari ke arah Sora.

"Kau tahu tak, kau dah hempap aku tadi. Sakit lah pabo!" Marah Jungkook. Kelihatan asap kemarahan telahpun keluar di kedua dua belah telinganya.

"Bwo?! Jangan nak tukar topik okay, kau jawab dulu soalan aku. Kau nak merompak eh?" Dengan selamba, Sora menuduh jirannya itu

Jungkook apa lagi, makin naik api kemarahannya. Namun, dia cuba untuk bertenang. In, out, in, out. Jungkook menarik nafas sambil memejamkan matanya.

Sora masih lagi menunggu jawapan daripada Jungkook.

"Eomma dengan appa kau suruh aku duduk dengan kau--

"Bwo?! Untuk apa? Kenapa? Kenapa aku mesti duduk dengan kau? Mana eomma dengan appa?" Bertubi tubi soalan yang diberi oleh Sora.

Jungkook mendengus geram. Orang belum habis cakap lagi, dia dah menyampuk!

"Dengar lah dulu. Eomma dengan appa aku, eomma dengan appa kau, dan Bambam, pergi outstation dekat Japan. So, aku kena tinggal dengan kau buat masa sekarang ni." Terang Jungkook panjang.

Sora mengerutkan dahinya. Yeke ni? Appa dengan eomma takde bagitahu pun?

"Okay aku tahu apa yang kau fikir sekarang ni. Yeke ni? Appa dengan eomma takde bagitahu pun? Kan?" Teka Jungkook.

Ternganga Sora dibuatnya. Macam mana dia boleh tahu?

"Ah tak kira. Biar aku call eomma untuk pastikan betul ke tak apa yang kau cakap ni" Sora yang masih meragui Jungkook mengambil tindakan untuk menelefon Mrs. Lee bagi memastikan kata kata Jungkook betul atau salah.

Jungkook hanya membuat muka selamba dan tersenyum sinis. Dia tahu dia akan menang juga. Sebab..

Flashback -

Jungkook sudah sedia untuk masuk ke rumah, namun pintunya berkunci. Aik? Jarang pulak rumah ni berkunci kalau ada eomma dengan appa.

Dia mengetuk ngetuk pintu rumahnya dengan kuat, namun tiada siapa yang membukanya.

Telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor Bambam segera didail.

Tutt tutt

"Hello Bambam, kau pergi mana? Eomma dengan appa mana? Cane aku nak masuk rumah ni kalau takde orang?" Tanya Jungkook gelabah.

"Eomma dengan appa outstation dekat Japan, Bambam ikut sekali. Hyung duduk dekat rumah Uncle Lee tau. Ada kunci dekat bawah carpet tu. Jaga noona elok elok ye. Annyeong." Setelah membebel panjang, Bambam terus mematikan panggilan.

"Hello. Hello. Woi Bambam!" Jungkook mendengus geram dengan Bambam yang selamba mematikan panggilan itu. Tak percaya betul, aku kena duduk dengan minah kpop tu.

End Flashback.

---

Wohoo untunglah Sora tinggal serumah dengan Jungkook :'D

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang