Part 7

6.2K 680 51
                                    

"Rompak? Biskut? Apa yeoja cantik ni mengarut?" Kata hati lelaki itu.

"Hah kenapa kerutkan dahi? Tengah fikir macam mana nak lari daripada aku ke? Heh" Kata Sora megah. Yea, I am Lee Sora ~

Lelaki tersebut ketawa terbahak bahak.

"Apa awak mengarut ni. Saya bukan perompak atau pencuri ok. Saya Bambam, adik Jungkook." Terang Bambam sambil tersenyum lebar.

Yeaaa, terima kasih author sebab ambik saya jadi watak tambahan, tapi tak lama lagi saya akan jadi watak utama cerita ni muahahaha.

In your dream, bambam. Jungkook tetap jadi hero cerita ni, okay!

Kali ini, Sora pula mengerutkan dahinya. Adik? Biskut ada adik ke? Aku tak pernah nampak pun.

"Erk, yeke? K-kenapa awak takde masa hari yang baru pindah tu?" Tanya Sora, pelik. Kena hati hati, entah entah ni taktik dia nak merompak kot?

"Ah pasal tu, saya datang lambat sikit. Pakcik saya yang hantar. Sebab masa tu, saya ada pertandingan badminton. Hehe" Bambam tersengih.

"Oh." Jawab Sora pendek. Malu woi malu. Author, kenapa buat aku macam ni?!

Sorry Sora, kerana terpaksa aku relakan...

"Err so, awak dah tak syak apa apa kan? Umur awak berapa? Siapa nama awak?" Tanya Bambam yang cuba bermesra dengan jiran barunya itu.

"Hee mian. Saya ingatkan siapa tadi. Saya Lee Sora, 19 tahun." Jawab Sora yang juga tersengih. Tersengih apa? Tersengih malu sebab salah sangka. Huh, tak guna punya author.

"Ohh, so u're my noona!"

"Hah? Noona? Berapa umur awak?"

"Saya baru 18 tahun hehe"

Sora mengangguk faham. Tak sangka pula dia lagi muda dari aku, muka dah matang mengalahkan biskut tu.

"Apa nama awak? Bambam?" Tanya Sora.

"Yep. Bambam" jawab Bambam sambil menganggukkan kepala.

"Comel." Kata Sora perlahan.

"Hah? Apa awak cakap?"

"T-takde apa apa."

Sedang seronok mereka berdua berborak melalui tingkap, datang pula seorang makhluk yang menyakitkan hati ni.

"Oii bambam, apa ni bilik bersepah dengan lukisan kau niii" Bebel Jungkook seperti makcik yang menjual nasi lemak di simpang tiga.

Namun bebelan Jungkook dibalas dengan bunyi cengkerik krik krik.

Mata Jungkook tertumpu ke arah Bambam yang seperti sedang berborak dengan seseorang.

Jangan kata dia tengah borak dengan hantu. Sampai tak dengar aku membebel.

Jungkook terus mendekati adik lelakinya itu.

"Ohh dating dengan minah ni rupanya. Kau pergi kemas bilik ni sekarang. Tengok lah, bersepah lukisan kau. Sana sana, situ lagi." Bebel Jungkook.

Wow Jungkook, aku taktahu pula kau ni satu spesis dengan Sora. Kuat membebel. Kahwin jelah, lepastu the end, aku malas nak cerita panjang panjang.

Lol, takdelah. Gurau je ╯◇╰

Bambam hanya pasrah mendengar bebelan abangnya itu. Beza kami setahun je, tapi abangnya suka membebel macam makcik goreng pisang.

"Jalja, noona!" Kata Bambam. Sempat lagi dia mengenyitkan mata kepada Sora.

Jungkook mendengus geram. Noona? Sejak bila pulak dia dengan minah ni jadi rapat?

"Dah dah. Kau fikir ni drama akasia ke?" Marah Jungkook. Dia segera melabuhkan langsir tingkap biliknya dengan harapan Sora ingin menegurnya.

Belum sempat dia melabuhkan langsir, namanya dipanggil.

"Biskut!" Panggil Sora.

Jungkook berpaling wajah ke arah Sora.

"Apa?" Kata Jungkook dengan nada yang malas. Padahal suka. Ceh pigi laaaa

"Adik kau tu cute !" Kata Sora laju kemudian turus menutup tingkapnya.

"Tch. Aku lagi cute lah!" Bentak Jungkook keseorangan.

---

"BANGUN BANGUN BANGUNNNN" Suara yang kuat itu telah membangunkan Sora daripada tidurnya.

What the.. siapa kacau aku tidur ni ?!

Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook ~

Sora membuka langsir tingkapnya dan tekaan author memang tepat. Ugh, mamat biskut tu.

"Good morning, noona!!" Ucap Bambam. Wow, cutenya dia.

Jungkook menjeling tajam ke arah Bambam. Bambam pula membalas jelingan Jungkook dengan 'Apa? Nak ucap pagi pun salah?'.

Sora tersenyum sampai ke telinga.

"Mandi lah weh, busuk!" Ejek Jungkook.

Ye, kalau tadi memang dia senyum sampai ke telinga, tapi sekarang.. telinganya tiba tiba keluar asap seperti Thomas and The Friends.

Sora mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya. Tuala yang digantung berhadapan dengan katil, segera dicapai.

"Jangan lupa tutup tingkap, nanti tak pasal pasal aku dapat tengok freeshow".

Sora menjeling tajam.

"Byuntae. Gila!!" Jerit Sora kuat.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now