Sora POV
Aku terbangun daripada tidurku. Jam ditanganku dilihat.
"Dah 12:30 tengahari, kenapa takde orang pun dalam kelas?" Tanya aku sendirian.
Pelik. Tiada sorang pun pelajar yang duduk di dalam kelas. Nak kata waktu rehat, waktu rehat dah habis tadi.
Tiba tiba, mata aku tertumpu pada sticky note yang berada di atas mejaku.
Mianhae, Lee Sora.
"Eh wait ni siapa punya pulak ni?" Tanya aku pelik. Aigoo macam macam.
Aku mengeluh sendirian dan mengambil keputusan untuk berjalan sekitar sekolah, menenangkan fikiran walaupun aku tahu perbuatan ni dah melanggar peraturan sekolah.
Sticky note tadi disimpan di dalam pocket blazerku.
Aku berjalan dan berjalan sehingga jumpa sebuah mesin tin minuman. Senyuman nakal terukir di wajahku.
"Tak salah kan kalau aku jadi budak jahat untuk sehari je?" Tanya aku sendirian. Dengan berhati hati, aku memasukkan duit aku di dalam mesin tersebut, butang air sprite ditekan.
Krik krik.
Tiada apa pun yang keluar.
"Yaish mesin, janganlah mainkan aku! Dah lah Jungkook mainkan aku, kau pun sama jugak ke?!" Marah aku kepada mesin tersebut. Aku menendang nendang mesin tersebut kerana bengang.
Sesiapa sahaja yang melihat aku, mesti fikir aku ni orang gila.
Tiba tiba sahaja aku mengalirkan air mataku. Entah untuk keberapa kali aku menangis hari ni.
"Kenapa lah dunia ni penuh dengan orang fake? Sekejap kata suka, sekejap kata benci." Adu aku sendirian.
Aku tahu tiada sesiapa disini, memandangkan semua pelajar sedang belajar dikelas.
Tempat ni sunyi, jadi aku bebas untuk bercakap apa apa je.
"Pabo Sora, habislah rosak mesin tu." Suara seorang lelaki dari belakang tiba tiba mensergahku.
Bahuku terenjut kerana terkejut.
Jeon Jungkook?
"Apa yang kau buat dekat sini? Menangis sorang sorang dah macam orang gila.. Aish jom lah ikut aku." Jungkook memegang tanganku dan menarik aku dengan kuat.
"Yah lepaslah!" Bantah aku kesakitan. Tetapi dia tetap menarik aku seperti aku ni patung.
Dia berhenti, begitu juga dengan aku. Kami berdua berhenti di suatu tempat yang gelap.
Aku segera menepis tangan Jungkook.
"Apa lagi yang kau nak? Semua orang sama je, penipu !" Jeritan aku bergema di tempat tersebut.
Plap.
Tiba tiba sahaja, lampu terbuka. Tempat tadi rupanya ialah dewan basketball. Aku mengerutkan dahi apabila Jungkook mula tersenyum.
Saengil chukka hamnida,
Saengik chukka hamnida,
Saranghaneul Sora-ah~ ,
Saengil chukka hamnida !
Semua pelajar kelasku, Taehyung, Taeyeon, Jungkook, termasuk eomma dan appa, ada dekat sini. Suasana di dalam dewan tersebut sangat meriah, penuh dengan belon belon.
Siapa punya birthday ni?
Aku terdiam, masih memproses apa yang terjadi dalam fikiran.
"Hari ni 13/8, takkan tak ingat birthday sendiri kot?" Tanya Jungkook sambil tersenyum kepadaku.
Aku sudah menepuk dahiku sendiri, macam mana aku boleh lupa birthday sendiri ni ?
"So, rupanya-
"Yeap, semua tu hanya lakonan semata mata je. Kau tanya lah namjachin kau ni sendiri, dia yang bagi idea merapu tu, aku ikut je." Mingyu datang memeluk bahuku.
"Hee mianhae chagi!" Jungkook membuat wajah comelnya kepadaku.
Aku menjeling kedua dua Mingyu dan Jungkook.
Buang air mata aku je menangis tadi, dan buang tenaga aku je tendang mesin air tin tadi!
Mianhae, mesin tin air 😭
"Jangan lupa, dua ekor beruk tu pun terlibat sekali." Kata Mingyu lagi sambil menunjuk ke arah Taeyeon dan Taehyung.
Taeyeon dan Taehyung tersengih sambil membuat tanda peace di tangan mereka.
Aku sudah bersedia untuk berlari ke arah mereka, manakala Taeyeon dan Taehyung sudah bersiap sedia untuk berlari marathon.
1, 2, 3..
"YAH KIM TAEYEON, KIM TAEHYUNG! HOW DARE KORANG PUN TERLIBAT SAMA ?!" Jerit aku sambil mengejar mereka berdua.
"EOMMAAAAA!!" Jeritan mereka berdua kedengaran di dalam dewan.
Sorang suara nyaring, sorang lagi serak basah. Sesuai gila nak masuk duet festival tu hah.
Semua pelajar kelas aku, eomma, appa, Mingyu dan Jungkook ketawa melihat gelagat kami bertiga.
19 tahun tapi perangai macam 9 tahun, well bak kata BTS Forever Young 😌😌
---
Aku berjalan dengan Jungkook untuk pulang ke rumah. Mingyu, Taeyeon dan Taehyung ketiga tiganya balik bersama tinggalkan aku keseorangan.
Katanya nak bagi ruang dekat aku dengan Jungkook. Hampeh punya kawan.
"Alolo birthday girl ni kenapa muka masam je? Happy lah sikit" Jungkook memeluk bahuku, tapi aku hanya endahkannya.
Teringat pula pasal Jungkook dengan seorang perempuan di rooftop pagi tadi.
"Chagi jealous eh pasal Yeonju pagi tadi tu? Jungkook tak buat apa apa pun lah, sentuh hidung pun tak okay. Tu sengaja je berlakon." Jungkook menghadap di hadapanku, membuatkan langkah aku terhenti.
Serta merta aku membuat muka menyampah dan menjelingnya.
"Ee tolonglah, siapa nak jealous dengan benda kecik macam tu?" Balas aku semula.
"Ye ke? Habis tu kenapa sampai menangis dekat mesin air tadi?" Jungkook mengejekku.
"Nae? Ah tu sebab mesin tu telan duit." Jawab aku pendek. Nak cover je ni sebenarnya.
"Eyyyy tipu! Sora still tak terima maaf Jungkook ke? Jungkook dah siap bagi sticky note tau!"
Kata katanya membuatkan aku terhenti lagi.
"Sticky note?" Tanya aku pelik.
"Yeap, mianhae, Lee Sora~" ujar Jungkook sambil melakonkan gaya seperti meminta maaf daripada aku.
Aku tergelak melihat gelagatnya. Dulu, muka ni lah yang paling aku rasa nak sepak, nak tendang, nak tampar, nak semuanya lah.
Tapi sekarang, muka dia lah yang paling aku suka tengok.
Haih, love change everything ~
"Jangan risau lah, kan Jungkook dah kata Jungkook takkan tinggalkan Sora. Biskut ni kan sayang Sora. Janji!" Kata Jungkook sambil melaga lagakan kepalanya dengan kepalaku.
Aku menolaknya kerana jarak kami terlalu dekat. Lagipun ramai orang lalu lalang disini.
Kemudian aku ketawa kecil melihatnya.
"Stop it Jeon Jungkook!" Ujar aku, kononnya nak marah, tetapi akhirnya aku ketawa apabila melihat muka Jungkook yang sudah memuncung seperti itik.
Aku segera menggenggam tangannya dan berjalan seiringan dengannya. Jungkook tersenyum kepadaku lalu mencubit pipi aku yang bagaikan marshmallow ni.
Well, Jeon Jungkook. Aku harap kau takkan mungkiri janji kau. Untuk selamanya.
---
Yassss finally My Annoying Neighbour already completed with special chapt 💕💕 So lepasni I'll just focus dengan fanfic math pulak.
Thankyou sebab sudi tunggu special chapt ni even author lambat gila update. And sorry kalau tak best :(
Lots of love, chae ❤❤
ANDA SEDANG MEMBACA
Annoying Neighbour Jjk
Fanfiction[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction
