[Jungkook POV]
Loceng berbunyi menandakan waktu makan tengahari telahpun berakhir. Semua pelajar berpusu pusu untuk masuk ke kelas.
Seterusnya adalah kelas Mr. Siwon. Aigoo cikgu poyo tu, menyampah pulak aku.
Aku mengeluh sendirian, dah lah kena tinggal dengan Sora tadi, kononnya emergency. Apa yang emergency nya aku pun tak tahu.
Aku membuka pintu kelas dan pupp! Tepat sahaja bola yang diperbuat daripada kertas tercacak di atas rambutku.
"Siapa yang baling ni?!" Tanya aku sedikit marah, nasib baik lah tak kena mata tadi.
"Ops sorry Jungkook! Janji tak buat lagi!" Kata Sora dengan bersungguh sungguh. Siap angkat tangan lagi lepas tu tunjuk telapak tangan. Ceh, janji konon.
Selepas sahaja meminta maaf kepadaku, cepat sahaja dia meninggalkan aku. Belum sempat aku menjawab, dia dah cabut lari.
"Yahh Taeyeon! V! Meh lah sini aku punya botol air!" Jerit Sora dengan suaranya yang nyaring, tapi masih tak boleh lawan highnote Jimin BTS.
"Ah kauuu, siapa suruh koyak buku aku?!" Balas Taeyeon pula, nadanya termengah mengah mungkin sebab penat.
"Ala aku ter okay terrr" Kini, Sora pula menjawab. Pasal benda tu pun nak gaduh ke? Huh.
Kemudian aku terpandang Taehyung yang masih berlari lari di dalam kelas. Lari tu aku tak pelik, tapi dia main kejar kejar dengan siapa pulak?
Nak kata Taeyeon dengan Sora, tak jugak. Sebab mereka berdua dah berhenti lari.
"Taehyung, kenapa kau lari tu?" Tanya aku pelik.
"Exercise selepas makan, nak join?" Jawabnya kembali. Hampir sahaja aku ingin ketawa besar, tetapi ditahannya.
"Takpelah weh, tengok kau pun aku dah penat." Jawab aku tanda tidak minat dengan aktiviti Taehyung yang kononnya 'exercise selepas makan' tu.
Kini, aku memerhati keadaan kelas yang aku duduki sekarang pula. Habis tunggang langgang jadinya. Dah macam tongkang pecah.
Aku hanya menggelengkan kepala melihat gelagat mereka. Umur dah 19tahun, tapi perangai macam budak budak.
Apabila pelajar lain masuk ke kelas, kelas pun menjadi aman seperti sediakala. Tak ada dah exercise dan tak ada dah gaduh pasal botol air dengan buku koyak. Pft.
Sementara menunggu Mr. Siwon masuk ke kelas, aku mengambil peluang ini untuk tidur sekejap. Almaklumlah, tak cukup tidur semalam.
Earphone terus dipakai di telinga. Dendangan lagu Love Is Not Over - BTS membuatkan aku hampir terlena.
Tell me why meoreojyeo ga why ,
ni nunen deo isang naega boiji ,
anhniuhsarangiran apeugo apeun geot yeah .
Aku menghayati setiap bait liriknya, semakin aku menghayati, semakin aku ingin terlena.
Tiba tiba, ada satu suara perempuan yang agak nyaring. Dia seperti sedang menyanyi. Aku tengah mimpi ke sekarang ni?
CHEER UP BABY ,
CHEER UP BABY ,
jom deo himeul nae ,
Yeojaga swibge mameul jumyeon andwae ,
Geuraeya niga nal deo johahage doelgeol .
Sekejap, aku rasa aku kenal suara ni. Aku pasti ni bukan mimpi.
Mata terus dibuka dalam keadaan terpaksa walaupun mengantuk. Aku memandang ke arah gerangan yang semangat menyanyi tadi.
Ya, memang betul pun tekaan aku. Lee Sora. Kelihatan dia sedang seronok menyanyi sambil mengibas ngibaskan kipas berwarna pink dia tu. Badan pula digoyangkan ala ala pasukan sorak sekolah.
Sejak bila minah Sora ni jadi feminin semacam? Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
Aku ingin memarahinya, tapi bila tengok dia semangat menyanyi macam tu, er tak jadi pulak.
Lebih baik aku sambung tidur lagi bagus.
"Good evening, world. Jeon Jungkook nak beradu seketika." Kata aku sendirian, sekali sekala perasan jadi putera, apa salahnya.
Aku pasti, minah Sora tu mesti tengah pandang aku pelik. Sebab dia dah berhenti menyanyi. Ah biarlah dia. Volume terus dikuatkan dan akhirnya aku terlelap dengan aman.
---
Srsly exam is coming, im dying ;-;
Read, comment & vote ~
ANDA SEDANG MEMBACA
Annoying Neighbour Jjk
Fanfiction[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction
