[Jungkoook POV]
Jam loceng Bambam mengejutkan aku daripada tidur.
"Ishhh Bambam! Tutup lah alarm kau tu. Memekak je." Marah aku. Memang lah marah. Aku tengah sedap tidur, dia kacau kenapa? Ergh.
"Hyung oh hyung" panggil Bambam mesra. Dah macam nak panggil katak oh katak dah.
"Kau nak apa? Aku nak tidur, dah jangan kacau!" Balas aku dingin. Dia ni memang tak serik serik lagi kena belasah dengan aku semalam.
"Hyung. Tak nak pergi sekolah ke? Bambam nak pergi dah, Noona dah tunggu tu. Annyeong.." Balas Bambam. Aku dapat rasa yang dia tengah tersenyum sekarang ni.
Oh yea? Pergilah dengan noona kau tu. Siapa kesah?
Mataku dilelapkan semula. Belum sempat masuk ke alam mimpi, baru aku teringat sesuatu. Tiba tiba, aku tak sedap hati.
Hari ni kan se ko lah.
Se ko lah.
Mataku membulat. "Okay mati kau Jungkook. Tulah, tadi adik kau dah kejutkan, kau buat taktahu je. Eyy pabo!" Aku memarahi diri sendiri.
Kelam kabut aku bersiap. Mandi ala ala cartoon sudah lah. Cartoon kan mandi laju. Sekejap je dah siap. Ha macam tu lah aku mandi.
Aku taktahu betapa selekehnya aku sekarang ni. Dengan rambut pun tak sikat. Habis fans aku lari nanti.
Takpe. Author sentiasa di sisimu.
Okay, terima kasih author. Tapi sekarang ni saya dah lambat. Tak boleh nak bersweet sweet.
---
[Sora POV]
Aku menunggu Bambam di depan pagar rumahnya seperti yang disuruh.
Kenapa aku pergi sekolah dengan Bambam? Okay macam ni cerita dia.
Flashback;
Aku bersiap siap untuk tidur. Bukan bersiap siap makeup apa semua tu. I mean bersiap siap dengan selimut pororo kesayangan aku ni.
Baru sahaja ingin memejamkan mata. Tiba tiba, telefonku berbunyi. Aku mencari cari telefon aku tapi malangnya tak jumpa.
Lagi malang bila kepala aku terhantuk dekat bucu katil. Aww sakit weh.
Okay. Macam mana nak cari telefon dalam gelap. Aku lupa, lampu aku tak bukak. Patutlah gelap semacam.
Ya ya, akhirnya aku jumpa jugak telefon aku. Nama Bambam tertera di skrin telefonku.
Nak apa pulak dia call ni. Nak mengadu yang Jungkook pukul dia lah ni.
"Yeoboseyo?" Jawabku perlahan.
"Noona! Bambam fikir noona taknak angkat tadi." Balas Bambam seperti merajuk. Alahai comelnya budak ni. Bukan macam abang dia, perangai mengalahkan beruk.
"Hee mianhae noona lambat. Tadi noona cari phone noona. Tapi tiba tiba hilang pulak. Hehee" kekok kan? Ha memang kekok. Nasib alasan ni okay sikit. Kalau aku kata kepala aku terhantuk dekat bucu katil. Mesti dia tergelak.
"Oohhh. Noona noona, esok kita pergi sekolah sama sama okay? Tunggu dekat depan pagar rumah Bambam tau. Goodnight. Saranghae noona~"
"Eh?---" belum sempat aku menjawab, dia dah matikan panggilan. Fuh. Sakitnya tuh disini.
"Goodnight. Saranghae noona~"
Saranghae.. Jantungku berdegup laju bila teringat kata kata Bambam tadi. Haih, jangan buat hal Sora.
Seraya itu, tiba tiba aku teringat dekat Jungkook. What?
No wonder lah. Aku bercakap dengan adik dia tadi, memang lah teringat dekat abang dia. Jangan fikir lain ye kawan kawan ~
End flashback.
"Yo noona whats up!" Suara Bambam mengejutkan aku. Dia ni nak ikut jejak Luhan ke? Yo yo yo.
Aku tersenyum memandang Bambam yang seperti teruja di pagi hari. Aku taktahu apa yang dia teruja sangat. Nak pergi sekolah pun teruja ke?
Bila berjalan dengan Bambam, aku rasa macam aku ada adik lelaki. Kan best ada adik lelaki macam ni.
"Noona. Apa yang noona mengelamun tu? Ingat kat boyfriend ehhh?" Tanya Bambam sengaja ingin mengenakan aku.
Aku menggeleng laju. "Mana ada. Noona takde boyfriend. Tapi noona ada husband. Nama dia Park Chanyeol." Balas aku pula sambil tersenyum lebar. Tadi dia kenakan aku, sekarang biarlah aku balas balik. Tak salah kan? Huhu
Bambam menggelengkan kepalanya. "Ish ish ish. Noona ni, berangan je kerja. Bila nak maju?"
Okay wait... Dia tahu ke yang aku tengah tipu dia?
"Bambam tahu lah, Park Chanyeol tu EXO punya member kan?" sambungnya lagi.
Gulp. Malunya aku.
Macam tahu tahu je aku tengah tanya soalan tu dalam fikiran aku. Dia ada kuasa magic ke?
"Jalan cepat sikit boleh tak? Lembap." Suara ni. Aku kenal suara ni.
---
Cerita ni makin lama makin krik krik. Takde semangat dah nak tulis hahahahahah ')
Read, comment & vote ~
YOU ARE READING
Annoying Neighbour Jjk
Fanfic[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction