Part 49

4.1K 420 21
                                    

Aku mengeluh. Nampaknya terpaksa lah aku dukung si Sora ni dekat belakang aku.

Kesian tulang belakang aku.

"Yah Sora, jom lah balik. Aku piggyback kau." Aku menunduk hormat ke arah ahjussi tersebut dan keluar daripada restoran itu.

Aku mendukung Sora dibelakangku dan nasib baik dia ni tak berat sangat. Kalau tak, mahu patah tulang belakang aku ni.

"Jungkookie, aku sakit.." Dari tadi lagi Sora asyik mengulang ayat yang sama tetapi aku tetap diam. Dia sakit apa sebenarnya?

Dan, sejak bila dia panggil aku Jungkookie ni?

"Kau sakit apa? Nak aku bawak pergi klinik tak?" Tanya aku prihatin. Kesian pula dengan Sora ni, aku sendiri pun tak tahu sebab apa dia pergi minum soju tu. Sekolah pun belum habis, pandai pandai pergi minum pulak.

Eh, bukan dia kata dia pergi jumpa manusia yang apa nama dia tu? Hambin? Henbin? Ah, Hanbin.

Patutnya dia gembira lah sebab dapat jumpa manusia tu. Ni yang stress semacam je kenapa?

Oh no, terlalu banyak soalan.

"Penyakit ni tak boleh rawat, aku sakit hati weh." Kata Sora masih dalam keadaan mabuk.

Oh, sakit hati rupanya. Aku lagi sakit hati kena dukung kau ni.

Kami berdua diam seketika. Kawasan rumah menjadi sunyi dan hanya bunyi cengkerik yang kedengaran.

Aku tak dapat nak bayangkan kalau masa malam malam buta ni, Sora balik sorang sorang. Nasib baik dia call tadi.

"Em Sora.. So macam mana? Kau dengan budak yang nama Hanbin tu?" Aku bersuara untuk memecahkan kesunyian. Tiba tiba sahaja, Sora menangis teresak esak. Habis baju di bahagian bahu basah kerana air matanya.

"Yah, yang kau menangis ni kenapa?"

"Hanbin dah mati" Kata Sora, masih lagi menangis. Langkahku terhenti seketika, terkejut dengan kata kata Sora.

Hanbin dah mati?

"Bwo?!" Tanya aku tidak percaya. Kemudian Sora ketawa pula.

Dapat bayangkan tak, daripada dia menangis tadi, dia boleh ketawa pulak. Aku yang dukung dia ni pun rasa seram sejuk.

"Tak nak lah cakap pasal orang yang dah tak ada. Yang penting sekarang ni aku masih ada kau. Jeon Jungkook yang menyakitkan hati."

"Walaupun kau pernah tampar aku, buat macam macam dekat aku, tapi aku senang senang je nak maafkan kau. Pelik kan? Sebab aku ni bukan orang yang pemaaf."

"Tapi, sejak adanya kau, aku terus berubah."

Dup dap dup dap. Aku hanya mendiamkan diri, mendengar segala luahan hati Sora.

Aku rasa aku akan dapat serangan jantung tak lama lagi. Dia selalu buat aku macam ni, selalu buat jantung aku berdegup dengan pantas.

Tapi aku tahu, dia cakap benda mengarut macam ni pun sebab dia mabuk. Dia tak ada perasaan dekat aku. Aku pun, patut buang perasaan pelik aku tu jauh jauh.

"Jungkook, please. Please stay with me?" Sambung Sora lagi.

Aku memalingkan wajahku ke belakang dan hidung aku dan Sora, bersentuhan. Disebabkan terkejut, aku cepat cepat memandang ke hadapan semula.

"Ye, aku akan stay dengan kau tak kira apa pun terjadi. Arraso?" Sora ketawa kecil mendengar kata kataku. Aku rasa, tak ada benda yang lawak pun, aku tengah serious ni.

"Jungkook-ah"

"Nae?" Aku tersentak lagi apabila dia memanggil namaku dengan nada yang lembut sekali.

"Sarang-" belum sempat dia menghabiskan perkataan itu, dia sudah pun tertidur di bahuku.

See? Nampak sangat dia langsung tak ada perasaan dekat aku. Aku suka kau lah Sora, tapi kau tak pernah sedar.

Aku melepaskan keluhan berat dan bersuara kembali.

"Nado saranghae, paboya."

Sampai sahaja di bilik Sora, aku membaringkan dirinya ke atas katil. Selimutnya aku tarik untuk menyelubungi dirinya.

Aku melihat wajahnya yang sedang tidur, nampak sangat tenang.

"Aku harap kau kuat hadapi cabaran ni. Aku tahu, kau kecewa bila dapat tahu berita pasal Hanbin. Kau kena kuat tau?" Kataku sendirian.

"Goodnight." Ucapku lagi. Mataku tertancap di bibir kecil milik Sora. Aku mendekatkan wajahku kepada wajahnya dan chup.

Bibirku telahpun mendarat di bibir kecil miliknya. Saranghae.

---

Keesokan paginya, aku terbangun apabila jam loceng berbunyi. Aku mendengus malas, seluruh badanku sakit akibat dukung Sora semalam.

Pintu bilikku dibuka, aku terlompat apabila melihat wajah Sora telah terpampar di hadapanku.

"Yah, terkejut aku! Kau buat apa dekat sini?" Aku menjauhkan diriku dari dirinya, bau alkohol masih lagi melekat di tubuhnya.

Dia tak mandi lagi.

"Aku pening."

"Dan lapar." Katanya pendek. Pft, so tujuan dia datang bilik aku sebab nak bagitahu dia pening dan lapar je? Wow, tak ada terima kasih?

"And then?"

"Masakkan bubur untuk aku."

Eh eh, sedap sedap kau je eh.

"Banyak cantik kau punya dahi. Ah takde takde, kau tahu tak badan aku sakit sebab dukung kau semalam? Huh, dah dah. Pergi mandi, bau soju tu menikam aku punya hidung." Bebel aku dan menolak bahu Sora untuk masuk ke dalam bilik air.

Dia ni memang macam kerbau sikit, berat kaki nak mandi.

Setelah selesai kerja aku, aku turun ke dapur untuk membuat bubur. Nak taknak kena buat jugak lah, kesian pulak aku tengok minah tu.

10 minit kemudian, bubur telahpun siap dihidang di atas meja. Sora turun daripada biliknya dan duduk di atas kerusi. Dia menaikkan kedua belah keningnya dan tersengih ke arahku.

Okay, dah kenapa budak ni?

"Buang tabiat ke kau ni?"

"Sayang jugak kau dekat aku kan." Kata Sora, tak habis habis membuat senyuman peliknya itu. Dia makan bubur yang aku buat dengan selera sekali.

"Jungkook, gomawo. Sebab dukung aku. Serious best, naik kuda malam malam." Semangat je Sora bercerita dengan nada teruja. Aku menjelingnya tajam.

Ada ke patut dia panggil aku kuda? Kalau unicorn aku boleh terima lagi.

"Eh tapi semalam kan.."

"Apa lagi? Banyak betul cerita kau ni."

"Alah dengar lah dulu. Aku mimpi ada orang curi first kiss aku. Dan orang itu adalah..

Kau!" Dia menunding jari ke arahku dan kemudian memberi aku renungan tajam.

Gulp. Ni yang seram ni.

"S-Sora aku boleh jelaskan-"

"Tak payah jelaskan, tu kan mimpi. Nightmare betul weh, dengan kau pulak tu. Kenapa lah bukan dengan Chanyeol Oppa ke? Ew geli gelemen."

Mendengar kata katanya, aku tersengih lega. Tapi kemudian, hatiku terasa sakit.

"Ew geli gelemen."

Jangan taruh harapan dekat dia atau kau akan kecewa.

---

I think nak buat 3rd fanfic. But terfikir jugak, ada ke yang nak support? Em em tak sure lagi nak publish ke tak kehkeh  ;-;

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now