Part 44

4.1K 404 22
                                    

[Sora POV]

"Kau okay tak balik sorang ni?" Tanya Taeyeon dengan risau. Aku hanya tersenyum riang dan mengangguk.

"Ofcourse lah aku okay, aku dah 19 tahun kot!" Balas aku.

"Kau nak aku hantar tak? Hari pun on the way gelap ni hah, kau dah lah banyak luka tu. Nanti apa apa-"

"Yah Mingyu, mulut kau ni aku cili jugak kang ey! Aku okay lah, sampai bila korang asyik nak bertanya je ni? Aku dah bosan. Aku nak balik." Aku mula memuncungkan mulut tanda bosan dengan pertanyaan mereka.

Ini Lee Sora lah, kalau ada orang kacau aku, aku tembak je dia guna shotgun memandangkan aku sentiasa membawa shotgun itu kemana mana sahaja aku pergi.

Ok tipu. Aku nak pegang pisau pun dah takut. Takut terbunuh diri sendiri, daheck Sora.

"Tu hah ahjussi teksi tu dari tadi tunggu kau je. Kesian aku tengok." Kata Mingyu sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

Tak guna punya tiang lampu. Tadi dia yang banyak tanya sangat.

"Korang lah ni, buat ahjussi tu tertunggu tunggu. Aish, aku gerak dulu lah. Annyeong!" Aku melambai tanganku ke arah mereka bertiga.

Oh, tidak lupa juga Taehyung pun ada tapi maaf, dia langsung tidak bercakap dengan aku malah hanya merenung sahaja ke arahku.

Si sotong dan biskut tu aku taktahu ke mana dan bukannya hal aku pun. Nak terkulai dekat laut sana pun aku tak kesah. K.

"Wait" tiba tiba sahaja alien dengan senyuman kotak bersuara. Ya, siapa lagi kalau bukan Kim Taehyung.

"Wohoho aku akan rindu kau, Sora! Selama ni, kita mana pernah berpisah. Dari sekolah rendah sampai sekarang, kita selalu sama kelas. Tengok keadaan kau macam ni, membuatkan hatiku terluka namun wajahmu membuatkan hati aku bertiup kencang-"

Eh kejap, macam mana hati dia boleh bertiup kencang? Okay faham, dia alien. Aku mengetuk kepalanya dan ketawa besar mendengar ayat ayat jiwangnya itu.

Aku syak dia copy paste ayat dari twitter je ni, jadi aku tak adalah rasa terharu sangat hiks.

"Pabo! Lusa kita jumpa balik lah Taehyung. Kau tak payah nak berdrama depan ahjussi teksi ni. Mesti ahjussi ni rasa nak termuntah. Kan ahjussi?" Aku berkata kepada Taehyung dalam nada memerli. Manakala Taehyung hanya menghadiahkan senyuman kotaknya kepadaku.

Aku melihat ahjussi teksi yang dari tadi kelihatan pasrah sahaja. Mana taknya, dari tadi nama dia asyik kena petik je. Famous uolls.

"Okay kali ni betul betul. Aku betul betul nak balik. Annyeong!" Aku melambai ke arah mereka bertiga buat kali yang kedua, sama seperti tadi.

"Sora!" Kata Mingyu tiba tiba.

Aish, ada je orang nak halang aku balik rumah. Ada jugak bom yang mendarat dekat tapak perkhemahan ni nanti.

"Apa?" Tanya aku dengan nada yang marah.

"Take care!" Mingyu mengenyitkan matanya kepadaku, aww so kiyoot. Aku menganggukndan tersenyum manis ke arahnya. Kemudian, aku meletakkan segala beg apa jadah ke dalam bonet teksi dan aku terus masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku melelapkan mataku. Jujur dari hati, hari ini adalah hari yang paling memenatkan. Kena tolak jatuh atas tanah, kena tampar, terlanggar ranting kayu dan terlanggar pokok besar yang berada dihadapanku.

Sebab tu aku punya muka boleh calar balar. Disebabkan penat, kalau boleh semua pokok dalam hutan tu aku nak langgar masa tu.

Dalam anggaran 2 jam kemudian, akhirnya aku pun sampai di tempat kediaman aku, eh bukan. Maksud aku, di tempat menunggu teksi yang telah disediakan.

Bagasi dan barang barangku dikeluarkan daripada bonet. Aku membayar kos semasa perjalanan teksi tersebut dan menunduk hormat terhadap ahjussi itu.

Aku berjalan lemah untuk balik ke rumah. Memandangkan kawasan rumahku agak berada di pedalaman, jadi aku hanya menyuruh ahjussi itu memberhentikan aku di tempat teksi yang telah disediakan.

Lagipun dia dah tua okay, kesian lah dia kalau tersesat nanti.

Aku berjalan terencut encut sambil menarik bagasi aku. Aku memandang diriku sendiri yang penuh dengan tampalan plaster.

Ni kalau eomma tahu aku ada luka banyak banyak macam ni, mesti eomma jadi singa kelaparan.

"Cheer up baby, cheer up baby" telefonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Aku meletakkan bagasi dan segera mengeluarkan telefonku. Aku memandang nama yang tertera dan.. Oh god.

-My Lovely Eomma-

Macam mana umur eomma boleh panjang sangat ni? Hek, kau ni Sora. Mulut boleh tahan.

"Annyeonghaseyo, eomma!" Jawabku teruja. Aku fikir eomma dah lupa anak dia. Dah berapa lama tak call ni.

"Nae, Sora. Kamu hidup lagi?" Tanya eomma sambil menahan ketawa. Aku mendengus geram.

Apa lah eomma ni, nak makan penumbuk Mingyu ke macam mana ni.

"Yah eomma! Na bogosipeo.." Aku mula membuat suara comel. Nasib baik sekeliling aku dah sunyi, tak adalah orang memandang aku pelik.

"Eomma gurau je. Hmm nado. Anak eomma sihat tak? Macam mana duduk dengan Jungkook, okay tak?"

Tak okay langsung. Seriously dia menyakitkan hati aku je 24jam , suka sangat cari gaduh. Sehari tak gaduh memang tak sah. Dan apa yang paling teruk sekali, dia tampar aku hanya disebabkan Mina sotong tak guna tu. Okay lah tu, biskut hancur hancurkan lepastu campur dengan sotong yang telah direbus.

Iyek, tak sedap langsung.

"Sora, are you still there?" Mahu tercampak telefonku apabila mendengar suara eomma yang masih berada di talian. Aku terlalu bengang sampai terlupa yang aku dan eomma masih dalam talian.

"Nae, okay je. Sora selesa sangat duduk dengan Jungkook. Tak sia sia eomma suruh Jungkook yang tolong jagakan Sora!" Sedaya upaya aku cuba untuk melafazkan ayat ayat durjana itu.

Sesungguhnya, semua ayat ayat tu tipu belaka. Aku tak pernah selesa duduk dengan Jungkook, boleh sakit jiwa.

"Ohh baguslah kalau macam tu, eomma letak dulu ye. Annyeong, jaljayo."

"Annyeong, goodnight too eomma."

Tet tet tet. Dan tamatlah perbualan antara aku dan eomma.

"Penipu. Selesa konon. Padahal hari hari kau buat masalah." Suara seseorang tiba tiba menerjahku dari belakang. Aku menjadi seram sejuk.

Dah lah kawasan ni sunyi, aku pun satu bengong sangat, yang pergi bergayut dekat tengah jalan ni kenapa? Perlahan lahan, aku memandang ke arah belakang dan..

"Biskut?!" Jerit aku tidak percaya. Oh my life.

---

Overnight semata mata nak update cerita ni 😂

Read, comment & vote ~



Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now