Part 41

3.9K 408 69
                                        

"Aish aku dah janji dengan Sora! Pabo lah kau ni, Jungkook!" Aku mengetuk kepalaku tanda bengang dengan diriku sendiri. Aku memandang wajah Sora yang kini telah berubah menjadi dingin.

Baru je semalam minta maaf, tapi harini buat lagi. Haih.

"Waeyo oppa? Kenapa ketuk kepala sendiri ni?" Mina mengusap usap kepalaku manakala aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum pahit. Memandangkan dia junior aku, jadi aku tidak berani untuk memarahinya, aku akan rasa bersalah.

"Macam ni lah, kita tak payah berpecah, kita jalan sama sama, tapi berpasangan. Memandangkan Jungkook dengan Mina, so aku dengan Sora lah." Terang Mingyu menjadi ala ala kapten di kapal lanun. Aku hanya mengangguk faham.

Bagus jugak idea Kapten Mingyu ni.

"Aish, tadi kata berpecah berdua?! Malas lah nak jalan dengan minah So--" belum sempat Mina menghabiskan ayatnya, Mingyu sudah memotong.

"Dan kau, Son Mina. Tak payah nak menggedik sangat boleh tak? Aku campak kau kat laut nanti, terkulai terus." Sambung Mingyu sambil menjeling ke arah Mina. Aku cuba menahan ketawa apabila mendengar kata kata Mingyu.

Tetapi, Sora..

"HAHAHAHHAHAH campak je lah perempuan tu dalam laut, buat mata aku tercemar je!" Sora ketawa besar sambil menepuk nepuk bahu Mingyu. Manakala aku, hanya diam walaupun hakikatnya aku nak je tergelak besar, tapi tak sampai hati pulak.

"Shut up. Jom lah oppa, tak payah layan minah gila ni." Kata Mina bengang dan terus menarik tangan aku untuk beredar dari situ. Aku dapat rasa kedua dua mereka sekarang ni sedang memandang aku tajam.

"Tch, kau boleh buat, aku pun boleh buat lah! Jom lah Mingyu oppa, tak payah layan pasangan sakit mental ni, nanti kita pulak yang berjangkit." Selamba sahaja Sora berkata, perkataan 'Mingyu Oppa' ditekankan sedikit supaya aku dan Mina terasa.

Aku menjeling Sora tajam, kenapa lah aku satu kumpulan dengan perempuan ni ?!

Setelah pertengkaran kecil itu berlaku, akhirnya kami berempat mengambil keputusan untuk segera menjalankan tugas yang diberi.

Aku dan Mina, berjalan di belakang manakala Mingyu dan Sora, berjalan dihadapan kami.

"Kau takut lipas tak?"

"Tak"

"Tch yelah tu, perempuan mana yang tak takut lipas?"

"Fineee, aku bukan takut, tapi geli je. Kau tahu tak, kaki dia berbulu bulu tu ew menggelikan.."

Menyampah apabila melihat pasangan bahagia di hadapanku ini, sibuk berborak pasal lipas pulak. Aku segera memandang ke tempat lain, mengelakkan pencemaran mata yang berlaku di hadapanku ini.

"Oppa? Mina cakap dengan oppa ni!" Jerit Mina tiba tiba menyentakkan aku dari lamunan.

"Huh? Apa Mina cakap tadi?" Aku terlalu sibuk mengelamun, sehingga tak dengar apa yang Mina cakap tadi.

"Mina tanya ni, dekat sekolah.. Oppa ada suka sesiapa tak?" Tanya Mina dengan mengejut.

"Ada." Aku tersenyum lebar.

"Siapa?!" Tanya Mina tidak sabar.

"Sor-- er tak tak. Maksud oppa, Mina lah orang yang oppa suka!" Aku tersengih kekok sambil menggosok belakang leherku.

Aigoo, macam mana nama Sora boleh terlintas dalam fikiran aku tadi? Aku harap Mina tak anggap jawapan aku tu serious. Aku main main je huh.

"Ah jinjja? Saranghae oppa." Jawab Mina sambil membuat mini love terhadap aku. Aku hanya membalasnya dengan tersenyum palsu.

Jangan taruh harapan dekat aku, Son Mina.

"Aku tak tahulah korang buat drama lovey dovey apa dekat sana, tapi boleh tak hentikan sekejap? Kita dalam hutan ni, bukan dalam kapal titanic. Menyampah aku tengok." Sora yang berada di hadapan, tiba tiba sahaja menyampuk sambil memandang ke arah kami berdua.

"Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Ergh tahulah kau ni boyish, tak ada siapa nak suka kau. Kan? Kesiannya." Aku menjelingnya. Aku tak tahu, macam mana ayat tu boleh terkeluar daripada mulut aku.

"Haih dah lah. Aku pun bosan dah tengok korang gaduh. Aku ada nampak kayu kayu dekat sana tu, aku rasa boleh dipakai untuk buat kayu api. Tapi kawasan tu macam juram sikit, so girls, korang tunggu sini sekejap. Biar aku dengan Jungkook yang pergi." Seperti biasa, Mingyu adalah satu satunya orang yang bertanggungjawab untuk mengelakkan aku dan Sora bergaduh.

Aku mengangguk setuju dan terus pergi meninggalkan kedua dua gadis itu.

---

[Sora POV]

"Euw banyaknya nyamuk, mana oppa ni. Lambatlah!" Mina bersuara dengan nada yang gedik. Nadanya yang gedik itu cukup untuk membuatkan bulu roma aku meremang.

"Duh biasa lah, hutan kan. Lain kali tak payah masuk hutan kalau taknak nyamuk gigit. Dah macam sotong aku tengok kau ni." Kata aku sambil menjeling ke arah Mina.

"Sotong tu okay lagi, daripada kau? Perempuan tapi perangai lelaki. Jungkook pun tak nak lah dengan kau!" Mendengar kata katanya, aku cuba untuk menahan diriku daripada marah.

Sabar Sora, jangan tunjuk panas baran kau tu depan dia. Nanti tak pasal pasal ada jugak anak orang mati dalam hutan ni.

"Kenapa diam? Kecewa?"

"Tadi Jungkook oppa kata dekat aku, dia tak suka perempuan macam kau. Dia suka aku lah, Son Mina."

"Perangai lelaki macam kau ni, siapa je yang nak? Heh." Mina tidak habis habis ingin mencabarku dengan kata katanya yang menyakitkan hatiku, tetapi aku tetap diam dan bersabar.

"Mesti parents kau pun sama macam kau kan? Buruk. No wonder lah anak dia pun buruk." Apabila Mina tidak habis habis melibatkan parents aku, aku tak dapat menahan kemarahanku lagi.

"Shut up, bitch." Aku mula memandangnya dengan renungan yang sangat tajam. Namun, dia tetap tersengih sinis.

Tiba tiba sahaja, Mina bangun dan terus tolak aku dengan kasar sehingga terjatuh. Aku mengerang kesakitan.

"Kau cari gaduh dengan orang yang salah, Son Mina!" Jerit aku. Aku takkan mengalah dengan perempuan ni, aku bangun dan ingin menolaknya semula.

Tetapi, belum sempat aku menolaknya, dia sudah jatuh terkulai di atas tanah. Dia mengerang kesakitan dan mengusap usap lututnya.

Inilah dia, sotong berupa manusia.

"Lee Sora! Apa yang kau buat ni?!" Terangkat bahu aku mendengar suara seseorang yang menerjahku dengan suara yang kuat. Aku memandang dia dengan pandangan yang tidak percaya.

"K-kau tampar aku?!" Aku menangis kesakitan.

Aku bodoh sebab selama ni aku percaya kau.

---

Homaigod chapter ni terlalu tragis. Kalau boleh author nak je buat Mina mati kena bunuh dalam hutan *lol jk*.

Btw, get well soon jin :( sedihnya bila tengok video jin tahan sakit sebab leher dia tu hwaaa😭

Annoying Neighbour   JjkCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang