"Dia ada dengan aku tadi, pergi jalan jalan dalam hutan."
Aku memandang ke arah suara tersebut.
Jeon Jungkook.
"Jalan jalan?!" Muka aku dah berubah menjadi merah, tanda marah. Kemarahan yang membuak buak di dalam diriku cuba ditahan.
"Chill. Tak payah lah over sangat." Kata Jungkook lagi.
Mendengar kata kata Jungkook, aku langsung tidak boleh tahan api kemarahan aku dah.
"Chill kau kata? Hah memang chill lah kan, korang berdua jalan jalan ala ala pergi honeymoon, bersweet sweet dalam hutan. Lepastu tinggalkan aku sorang je pasang khemah. Nasib baik ada Mingyu yang tolong aku. Mana pergi tanggungjawab korang berdua? Fikir aku dengan Mingyu ni kuli korang? Tolonglah, jangan pentingkan diri sendiri je." Kata aku dengan nada yang tinggi. Aku dah tak kesah dengan pelajar sekeliling yang memandang aku dengan pelik.
Jungkook dan Mina, kedua duanya mendiamkan diri. Mungkin terkejut dengan kata kataku sebentar tadi.
"Kenapa diam?! Jawablah!" Jerit aku lagi. Disebabkan mereka berdua, terbongkar sudah sikap panas baran aku di depan pelajar pelajar sekolah.
"Dah lah Sora, kau nak marah pun tak ada guna.." Bisik Mingyu cuba untuk menenangkan aku, dia menarik tanganku untuk beredar dari situ.
Aku sangat berterima kasih kerana Mingyu ada pada masa tu, kalau tak.. Aku tak tahu apa dah jadi dekat Jungkook dan Min tu.
Mungkin dah jadi mayat yang terkulai di lautan. Bak kata Mingyu, kita campak aje.
Mingyu membawa aku ke tempat yang lebih jauh daripada tapak perkhemahan. Kami berdua masing masing duduk di atas batu yang sederhana saiznya.
Aku dan Mingyu, masing masing mendiamkan diri. Aku cuba untuk melupakan perkara tadi, hanya bunyi desiran ombak kecil yang kedengaran.
Aku memandang ke arah lautan biru yang terbentang luas dihadapanku sambil memejamkan mataku. Tiba tiba sahaja, air mataku mengalir apabila mengingati perkara tadi.
Inilah aku. Selepas marah, aku akan menangis. Aku tunjuk kuat di depan semua orang, tapi sebenarnya aku lemah.
"Y-yah, kau nangis?!" Tanya Mingyu terkejut. Cepat cepat aku mengesat air mataku dan cuba untuk menyorokkan wajahku. Tetapi, air mataku tetap juga ingin mengalir.
"Mana ada! M-mata masuk habuk!" Aku mencari alasan untuk mengelak. Namun, Mingyu tidak habis habis memerhatikan mataku.
Kemudian, dia meletakkan tangan kanannya ke bahu aku. Aku terkejut dengan tindakannya, tetapi tangan suamnya membuatkan aku rasa lebih tenang dan selesa.
"Menangislah kalau nak menangis. Semua orang ada kelemahan masing masing. Macam kau. Depan orang ramai, kau kasar. Tapi bila belakang? Hati kau jadi lembut. Kau menangis lepas kau marah pasal tadi." Kata Mingyu sambil menepuk nepuk bahuku. Tindakannya itu membuatkan aku dua kali ganda lebih tenang daripada tadi.
"Susah sangat ke dorang nak faham aku? Senang lenang je bagi alasan jalan jalan. Yang kita ni? Terkial kial pasang khemah. Lepastu dorang datang, tidur je. Ingat kita berdua ni maid dengan butler ke? Tak adil." Aku meluahkan segala galanya terhadap Mingyu.
Walaupun aku dan Mingyu baru sahaja berkawan selama beberapa jam yang lepas, tetapi aku dah selesa berkawan dengannya.
"Life is so unfair." Balas Mingyu sambil membuat gaya penceramah yang petah berkata kata.
Aku ketawa besar melihat Mingyu yang menggelengkan gelengkan kepalanya dan memejamkan matanya dengan penuh perasaan.
"Anyway, thanks lagi sekali. Kau selalu tolong aku." Aku memandang ke arah Mingyu, sambil tersenyum lebar. Manakala Mingyu, hanya mengangguk dan membalas senyumanku.
Setelah beberapa minit berborak kosong, akhirnya aku dan Mingyu kembali ke tapak perkhemahan. Sempat lagi Mingyu membuat fighting sign kepadaku. Aku membalasnya dengan mengangguk dan tersenyum.
"Wah Sora, jodoh baru eh?" Datang pula Taeyeon yang tiba tiba menyergahku dari belakang.
Aku membalas kata katanya dengan jelingan tajam. Kemudian, aku dan Taeyeon ketawa bersama.
"Tadi, semua orang cakap pasal kau. Aku curious, so aku cari lah kau. Tapi kau hilang pulak, kau pergi mana hah?" Tanya Taeyeon lagi. Aku hanya tersengih sepertu kerang busuk.
"Rahsia!" Balasku sambil menjelirkan lidah kepadanya.
"Ey kau ni. Eh mana Taehyung eh? Tak nampak pun dia." Mendengar kata kata Taeyeon, aku sudah tersengih jahat.
"Ada je tadi, dia busy dengan group dia lah. Rindu ehhhh?"
"Y-yah!" Taeyeon cuba untuk mengetuk kepalaku, tetapi malangnya aku sudah berlari membawa diri terlebih dahulu.
---
Setelah bermacam macam perkara yang terjadi pada petang itu, akhirnya matahari telahpun melabuhkan tirai. Kini, tibalah masa untuk makan malam.
Aku mencari Taeyeon dan Taehyung, tetapi tidak jumpa. Lalu, dengan langkah yang berat, aku terpaksa pergi ke tempat makan seorang diri.
Aku memandang Mr. Siwon yang sibuk membuat BBQ. Perutku pula sudah berbunyi tanda lapar. Aku terus pergi ke arah Mr. Siwon untuk mengambil BBQ tersebut.
Setelah selesai, aku duduk di tempat yang berjauhan sedikit daripada pelajar pelajar yang lain. Supaya senang untuk aku makan dengan aman.
"Nak join?" Aku terkejut dengan suara yang tiba tiba menyergahku. Aku memandang ke arah makhluk yang berani menyergahku. Nak aje ketuk kepala dia guna kuali d.o
"Oh Mingyu rupanya, duduklah." Kataku sambil tersengih.
Mendengar kata kataku, Mingyu terus mengambil tempat dan duduk di sebelahku. Dia hanya memerhati aku yang sedang makan. Disebabkan aku tidak selesa, aku membalas pandangannya pula.
"Nak ke?" Kata aku sambil menayangkan seketul sosej dihadapannya. Dia menggelengkan kepalanya tanda tak nak.
"Dah tu kenapa pandang?" Tanya aku pelik.
"Siapa pandang kau, aku pandang 'benda' yang duduk dekat sebelah kau tu." Balas Mingyu sambil tersenyum senget atau lebih dikenali sebagai smirk.
"B-bwo? Benda apa??" Aku menjadi gelabah mendengar kata kata Mingyu tadi.
"Semut." Jawabnya pendek.
Tak. Guna. Punya. Kim. Mingyu.
"Yah! Kau ni kan!" Aku memarahi Mingyu dan memukul mukul lengannya. Sampai hati dia kenakan aku.
Aku fikir 'benda' tu hantu. Menyeramkan.
---
Read, comment & vote ~
ANDA SEDANG MEMBACA
Annoying Neighbour Jjk
Fanfiction[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction
