Sora POV
"Chagiya, ireona.. Kita nak sekolah ni" terasa seseorang sedang menggerak gerakkan badanku. Aku menggeliat malas.
Mengantuk sebab pukul 3 pagi tadi, eomma dengan appa call mengejut dah sampai dekat Seoul. Aigoo.
Eh kejap, chagiya?!
Aku cepat cepat membuka mataku dan apabila mata dibuka, aku melihat Jungkook sedang tersengih sehingga menunjukkan gigi arnabnya.
"Yah kau- eh maksud aku- aish awak buat apa dekat sini?" Tanya aku terkejut. Mana tak terkejutnya, macam mana Jungkook boleh lepas masuk dalam bilik aku?
Mustahil eomma dengan appa yang bagi kan? Oml.
"Awak ni Sora, asyik tersasul kau aku je. Kan semalam dah janji jangan guna kau aku dah!" Jungkook menjuihkan bibirnya.
Alolo comelnya dia ni, mana lah aku tak jatuh hati dengan dia.
"Mianhae, tak biasa lagi lah." Kata aku tersipu malu.
Erk, memang kekok bila guna bahasa saya awak dengan bekas musuh.
Even author cerita ni pun kekok nak tulis.
"Yelah chagi, untuk chagi semua boleh! Dah pergi mandi, bau busuk sampai menusuk hidung." Ejek Jungkook sambil menutup hidungnya.
Eyyyy sabar jelah dengan Jungkook ni tau.
Aku menjelingnya dan terus menolak Jungkook untuk keluar daripada bilikku. Kemudian, aku membersihkan diriku untuk ke sekolah.
---
Setelah siap untuk ke sekolah, aku turun ke bawah. Dahiku berkerut apabila melihat Jungkook tiada di meja makan.
"Eomma, mana Jungkook?" Tanya aku kepada eomma yang sedang menyiapkan sarapan pagi.
"Dia kata dia dah pergi dulu. Kamu berdua gaduh ke? Sebab eomma tengok Jungkook marah semacam je tadi." Terang eomma.
Dahi aku berkerut lagi. Seriously? Asal dia nak marah aku pulak? Aku ada buat salah apa apa ke?
Takkanlah sebab aku tolak dia keluar daripada bilik aku, dia nak marah kot? Ah apa apa jelah.
Habis sarapan, aku terus bergerak ke sekolah. Seperti biasa, aku selalu jadi tumpuan ramai di koridor, semuanya sebab Jungkook mengaku yang aku ni yeojchingu dia since minggu lepas.
Aku berjalan ke arah lockerku, untuk menyimpan buku buku yang tidak digunakan untuk pembelajaran hari ini. Kemudian, aku menuju ke kelas pula. Aku mengambil tempat dudukku di dalam kelas lalu memandang Jungkook dengan pelik.
"Jungkook, awak kenapa-"
"Diam lah kau." Belum sempat lagi menghabiskan kata kata, Jungkook sudah menjawab dengan wajah yang dingin.
Eh eh dia ni dah kenapa? Nak marah marah pulak. Haih, sabar Sora sabar.
"Awak ni kenapa nak marah marah?" Tanya aku, masih lagi dengan suara yang perlahan.
"Aku kata diam, diam jelah!" Jerit Jungkook dengan kuat. Aku terdiam, semua pelajar di dalam kelas memandang kami berdua.
Jungkook merenung aku, wajahnya yang bengis itu sudah cukup untuk menakutkan aku. Jungkook tak pernah marah sampai macam ni. Apa yang buat dia marah sangat?
Kerana tak tahan, aku terus keluar daripada kelas dan menuju ke tandas. Aku menangis keseorangan.
Baru je semalam dia luahkan perasaan dia dekat aku, tapi sekarang? Dia berubah serta merta.
Orang yang aku perlukan sekarang hanyalah Kim Mingyu seorang sahaja. Dia yang selalu faham aku.
Aku tersenyum apabila ternampak Mingyu yang baru sahaja keluar daripada tandas. Cepat cepat aku mengejarnya.
"Mingyu, Kim Mingyu!" Jerit aku sambil tersenyum gembira. Tapi.. Mingyu memandang aku dengan pandangan tiada perasaan.
"Kau nak apa?" Tanya Mingyu kasar. Wajah aku pun dia langsung tak pandang.
Kenapa dengan semua orang harini?
Aku terdiam. Hajat aku nak bercerita tentang masalahku, terus terbatal. Lagi satu masalah pulak yang datang.
"Huh, buang masa aku je lah kau ni." Kata Mingyu lalu meninggalkan aku keseorangan. Manakala aku, masih lagi kaku.
Mana Mingyu yang sentiasa ada untuk dengar masalah aku?
---
Kini tibalah waktu makan tengahari. Aku langsung tak jejak kelas, semua pelajaran aku skip.
Rooftop. Satu satunya tempat yang aman, tanpa manusia bertopeng. Pintu rooftop dibuka, aku memejamkan mata dan menghirup udara segar.
Aku membuka mataku, dan lagi sekali. Aku terkejut apabila melihat Jungkook sedang ketawa bersama dengan seorang perempuan yang tidak aku kenali.
Jarak wajah mereka sangat dekat, sehingga hidung mereka bersentuhan. Aku menahan diri daripada marah.
"Jeon Jungkook." Kata aku dingin.
Perempuan itu kelihatan terkejut melihat aku, tetapi Jungkook hanya menunjukkan muka tidak berperasaan lalu dia tersenyum sinis kepadaku.
"Apa semua ni?"
"Jangan sibuk lah dengan life aku, kau jaga je life kau tu baik baik." Jawab Jungkook dengan nada memerli.
Dang. Aku terkejut mendengar kata katanya. Pelik.
Jungkook semalam dan Jungkook hari ini, amat berbeza sekali. Aku menghempas pintu rooftop dan menuju ke kelas. Aku menangis dengan kuat memandangkan tiada orang pun di dalam kelas.
So.. Aku dah kena game dengan Jungkook? Dia tu sebenarnya player?
---
Jungkook POV
"Taeyeon, Taehyung. Tolonglah aku, berat ni." Aku membawa sekotak barang barang dan masuk ke dalam dewan. Mana tak bengangnya, dorang berdua boleh pulak senang lenang duduk rehat, semua kerja aku kena buat.
Selesai semua kerja, aku duduk di sebelah Mingyu. Biarlah orang lain buat kerja pulak, nak patah dah tulang aku kalau macam ni.
"Mingyu, aku jumpa Sora tadi. Kat rooftop." Kata aku perlahan.
"And then apa reaction dia bila nampak kau dengan.. Yeonju?" Tanya Mingyu kembali.
"Entahlah, dia macam nak marah. Tapi, dia diam and terus pergi dari situ." Terang aku. Mingyu hanya mengangguk faham.
---
Aku masuk ke kelas untuk membuat sesuatu. Mataku terpandang ke arah Sora yang sedang tidur beralaskan bukunya.
Matanya kelihatan bengkak. Aku mengeluh perlahan.
"Sora menangis ke?" Tanya aku sendirian. Aku menggelengkan kepalaku dan sambung kerjaku.
Aku menulis sesuatu di sticky note yang berwarna biru lalu melekatkan di meja Sora. Aku tersenyum sendirian lalu terus beredar dari situ.
Mianhae, Lee Sora.
---
Finally selepas berabad abad tak sambung cerita ni, harini baru update hahahha pfttt srsly idea nak buat special chapt hilang macam tu je xD
Harini tetiba idea muncul balik huhu maklumlah dah tua, idea sekejap datang sekejap hilang.
Bak kata quotes, idea come & go 😂😂
YOU ARE READING
Annoying Neighbour Jjk
Fanfic[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction