Part 18

4.5K 484 2
                                    

[Jungkook POV]

Aku melihat Sora yang tak habis habis menghentak kakinya sewaktu ingin naik ke tangga.

"..."

Okay hentakan gorilla tu dah berhenti. Aman sikit.

Aku kembali menonton siaran bola itu semula.

Tiba tiba, DUMMM.

"Eh mak kau kenapa tendang bola tak masuk gol?!" Aku terus melatah kuat apabila mendengar dentuman itu. Betul ke tadi aku? Aku mana melatah macam tu. Bersangka baik, mungkin biskut dalam badan aku yang melatah.

"Yah paboya Sora! Terkejut aku!" Jerit aku kuat. Tapi, apa gunanya menjerit kuat. Kalau minah tu tak dengar kan. Huh, biarlah dia. Buat sakit tekak aku je menjerit jerit ni.

Aku menenangkan diriku lalu kembali menonton siaran bola tersebut.

Oh ye, baru aku teringat yang aku pun belum mandi lagi. Jadi, dengan diri yang malas ini, aku segera menutup tv dan terus masuk ke dalam bilik tetamu yang telah disediakan. Dalam tu dah ada bilik air, so tak payah aku susah susah kena pergi tingkat bawah. Nampak tak pemalasnya aku ni?

Selesai sahaja mandi, aku membuka almari untuk mencari baju yang hendak dipakai. Tapi.. Almari tu KOSONG! Okay Jungkook, kau jangan over sangat.

Aku menampar dahiku. Bodoh jugak aku ni kan. Ni rumah Sora bukan rumah aku, sedarlah diri itu wahai Jungkook.

Aku lupa, baju aku kat rumah sebelah. Rumah sebelah tu maksudnya rumah aku lah! Huh.

Dengan keadaan yang hanya bertuala (half-naked) , aku terpaksa mengetuk pintu bilik Sora.

"Tok tok tok."

"Tok tok tok"

Dua round bersamaan enam kali aku ketuk pintu dia, tapi tiada sahutan. Dia still merajuk dengan aku ke?

Aku cuba memulas tombol pintu. Oh yea, tak berkunci. Sah, ni memang kes nak suruh aku pujuk dia. Eleh gedik.

Sora POV

"Tok tok tok"

Bunyi seperti seseorang sedang mengetuk pintu tiba tiba kedengaran. Aku membuka headphone ditelingaku.

Aip? Takde apa apa pun?

Aku mengeluh. Mungkin khayalan aku je kot. Aku memasang semula headphone di telingaku dan sambung tengok EXO SHOWTIME. Dah mamat biskut tu kacau aku tengok tv, aku tengok lah dalam laptop je. Huhu my ot12 ╥_╥

Sedang syok tengok exo showtime, tiba tiba aku nampak sesuatu dari ekor mataku. Ada seseorang yang sedang berdiri di sebelahku.

Aku memandang ke sebelahku. Betapa terkejutnya bila tengok orang yang berdiri kat sebelah aku ni ialah Jungkook.

Lagi terkejut beruk aku dibuatnya bila melihat dia hanya memakai tuala yang hanya dapat menutup sebahagian daripada tubuhnya. Wowow abs. Lol, sejak bila aku jadi pervert ni.

Aku membaling bantal ke arah mukanya.

"Yah! Kau buat apa ni hah?! Mana pergi baju kau?!!"

"Woa chill, aku bukan nak buat apa apa kat kau pun. Baju aku semua kat rumah sebelah lah. I mean rumah aku."

"Pabo, kenapa tak ambik terus tadi?" Tanya aku tak puas hati. Dia ni ada je masalah dia kan. Buat terkejut aku je.

"Nak ambiklah ni, jomm" balas Jungkook lalu menarik tangan aku untuk mengikutnya.

"Woii agak agak lah, aku perempuan kau lelaki, nanti jiran nampak dia kata apa pulak!" Aku memarahi Jungkook. Jungkook memuncungkan mulutnya.

"Alaa, temanlah aku.." Dia cuba untuk memujuk aku. Aku memandangnya dengan jelingan padahal dalam hati ; comel jugak dia ni. LOL.

"Aish fine, but first pakai lah baju dulu bengong."

"Ambik jelah baju aku dalam almari tu, takkan kau nak keluar dengan tuala je kot?"

Jungkook membulatkan matanya. "Bwo? Baju kau? Eyy kau perempuan taknak aku pakai baju kauuu!" Bentaknya.

Aku mendengus geram. "Eyy kau fikir aku suka sangat ke pakai baju girly?! Dalam tu semua baju design lelaki lah, dah dah pergi pakai. Aku tunggu kat bawah."

Jungkook mengerutkan dahinya. Aku tahu apa yang dia tengah fikir sekarang, 'peliknya, perempuan tapi pakai baju design lelaki'. Ni lah yang dia tengah fikirkan sekarang huhu.

Aku mengendahkan pandangan peliknya dan terus keluar dari bilik. Aku turun ke bawah untuk menunggu Jungkook.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now