Part 47

4.1K 402 15
                                    

A/N ; Maybe some of you dah lupa pasal Hanbin kan? Hanbin ada muncul dekat chapter 3. So dalam chapter ni, I'll story all about Hanbin (:

Kalau nak feeling, author suggest korang mainkan lagu yang sedih dalam chapter ni. Hee enjoy it.

---

[Sora POV]

"Eomma?!" Jerit aku terkejut. Aku terus bangun dan memeluknya erat. Aku tersenyum lebar sewaktu memeluknya, sudah sekian lama aku tidak merasakan pelukannya.

Orang di sekelilingku memandang kami berdua pelik. Ye lah, siapa je tak pelik bila tengok drama akasia dekat tengah tengah market ni. Tetapi aku langsung tidak kesah akan pandangan pelik yang mereka beri. Apa yang penting sekarang ni, aku dah jumpa eomma kedua aku semula.

Dia ialah Mrs. Kim Areum. Eomma kepada Hanbin dan juga eomma kedua aku. Walaupun dia merupakan eomma Hanbin, tapi aku dah biasa memanggilnya dengan panggilan eomma.

Hanbin. Kawan rapat aku sejak aku berumur 6 tahun lagi. Ramai juga yang salah sangka bahawa kami berdua adalah adik beradik.

"Omo, Lee Sora! Its been a long time tak jumpa kamu." Mrs. Kim meleraikan pelukan dan tersenyum manis ke arahku.

Aku mengangguk setuju dan membalas senyumannya. Aku rindu senyuman tu.

Ya, setelah lima tahun aku tidak jumpa Mrs. Kim, akhirnya kami berjumpa juga.

"Sora kau pergi mana, penat aku cari ka- eh annyeonghaseyo!" Datang pula Jungkook tiba tiba dengan kening yang berkerut. Dia menundukkan badannya dan tersenyum mesra ke arah Mrs. Kim.

Aku menjelingnya. Acah baik pulak biskut ni.

"Ah, annyeonghaseyo. Suami Sora ke ni?"

Damnnnn. Soalan apa yang Mrs. Kim bagi ni?

"Hah? Suami? A-anniyo! Ni Jungkook, dia jiran Sora jelah eomma. Aish eomma ni dari dulu sampai sekarang tak berubah." Aku dah tersengih malu mendengar kata kata Mrs. Kim.

Ada ke patut dia kata Jungkook ni suami aku? Tak layak k.

Aku memandang Jungkook yang sudah tersengih seperti kerang busuk. Dah kenapa mamat ni?

"Eomma? Kau dah kahwin ke?" Tanya Jungkook kepadaku. Pukk. Aku menghadiahkan dia seketul ketukan di kepalanya.

"Mana ada lah! Ni eomma kawan aku." Terang aku. Jungkook mengerutkan dahinya lagi.

"Fine fine." Balas Jungkook. Aku tahu dia masih banyak lagi soalan ingin bertanya, tapi disebabkan Mrs. Kim masih di hadapanku, dia jadi malu.

"Ah, kamu berdua nampak sesuai sangat. Eomma ingat dah kahwin tadi." Mrs. Kim sengaja lagi ingin mengenakan aku.

"Eommaaa" rengek aku. Eomma ni memang dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Ada sahaja lawak yang ingin dibuatnya.

Tiba tiba, aku teringatkan Hanbin. Aku memandang sekeliling, mencari Hanbin. Kalau ada eommanya, mesti ada dia sekali.

"Eomma, mana Hanbin?" Tanya aku pelik. Selalunya, Hanbin akan sentiasa berkepit dengan eommanya, kerana dia adalah satu satunya anak kesayangan eommanya memandangkan abangnya telah pun meninggalkan dunia ini.

"Sora nak jumpa Hanbin ke? Petang ni Sora free tak?" Tanya Mrs. Kim sambil tersenyum mesra lagi. Laju sahaja aku mengangguk. Walaupun kaki aku masih sakit akibat cedera, tapi aku takkan sia siakan peluang ini.

Lima tahun, aku tak jumpa kau Hanbin. Dan petang ni, aku akan berjumpa dengan kau semula! Tak sabarnyaaa.

"Pukul 3 petang. Tunggu dekat depan xxx cafe. Nanti eomma ambil kamu dekat sana. Arraso? Eomma kena pergi dah ni, annyeong. Jumpa petang ni." Aku mengangguk faham dan tersenyum manis. Selepas itu, Mrs. Kim terus meninggalkan aku dan Jungkook.

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now