Part 1

13.3K 973 114
                                        

[Sora POV]

"Lee Sora, bangun cepat! Nanti kamu lambat ke sekolah!" Jerit Mrs. Lee iaitu eomma aku, dari ruang tamu. Aku mengeluh perlahan, terasa berat mata aku untuk membuka.

Aku yang mendengar eommaku jerit bagai nak tercabut anak tekak, terus menyelubungi dirinya di dalam selimut.

Jeritan eommaku diendahkan. Sambung tidur lagi bagus.

Tok tok.

Pintu bilik aku diketuk

Wohoo, eomma is coming.

"Lee Sora! Eomma ulang sekali je lagi. Kalau kamu tak nak bangun jugak, NO INTERNET, NO KDRAMA AND NO--"

"Fineeee, Sora dah bangun ni lah!" Jerit aku mengalah dengan ugutan yang eomma berikan.

Aku dapat rasakan yang sekarang ni eomma tengah tersenyum bangga atas kemenangan yang dia dapat, heh.

Eomma memang macam tu, sikit sikit nak ugut.

Bagitahu appa nanti, padan muka!

Oh wait, appa pun dua kali lima je, sama dengan eomma.

Eh daripada aku bebel sorang sorang, baik aku pergi bersiap pergi sekolah.

Aku segera mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan kekotoran di tubuh badan.

30 minit kemudian, aku telah pun siap dengan uniform sekolah yang tergantung kemas di badan kecilku. Aku mengikat rambutku dengan gaya pony.

Kalau hari yang aku rajin, aku akan melepaskan rambutnya dan memakai cekak rambut. Tapi harini mood malasku datang pulak.

"Siap!" Kataku yakin. Aku terus turun untuk bersarapan pagi bersama eomma dan appa.

"Eomma, cereal je?!" Kata aku, tidak percaya.

"Yelah, kamu dah gemuk tahu tak. Cuba lah diet sikit." Balas eomma. Okay eomma, alasan ni memang tak boleh guna langsung!

Kata jelah eomma malas nak memasak pagi ni, aigoo this eomma.

Selesai makan, aku terus memakai kasut untuk pergi ke sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 7:55, okay bagus.

Sekarang kau ada lagi lima minit, sebelum kelas bermula. Agak agak sempat tak?

Tak. Mesti tak sempat punya. Doakan aku berjaya.

---

[Jungkook POV]

Setelah beberapa jam duduk di dalam flight, akhirnya aku telah sampai di tempat yang dituju, iaitu Seoul, Korea.

"Annyeonghaseyo (hello), Seoul. Jungkook imnida! (Nama saya Jungkook!)" jerit aku gembira bercampur dengan perasaan teruja, dilupakan sebentar perasaan sakit hati yang melanda diriku ini.

Beg yang aku pegang tadi diletakkan ke bawah sekejap. Tanganku didepakan dan matanya dipejam. Menikmati suasana di tempat baru.

Appa dan eomma memandangku sambil tersenyum.

"Kookie-ah, mianhae (maaf)" kata appa tiba tiba. Aku hanya memalsukan senyuman aku, cuba untuk menenangkan diriku ini.

"Na gwenchana (saya okay), jangan risau." Balas aku, sambil ketawa kecil.

Sebelum ni, aku duduk di China. Namun, aku harus berpindah ke Seoul atas urusan kerja appa dan eomma.

Kini, bermulalah hidup baru aku, sebagai sebahagian rakyat Seoul, Korea.

Appa, eomma dan aku menunggu kereta yang disewa oleh appa. Selang 15 minit, kereta tersebut telahpun sampai.

Suasana dalam perjalanan untuk ke rumah baru, sangat sunyi seperti tiada penghuni di dalam kereta. Aku pula, hanya mendengar lagu menggunakan headphone.

Tiba tiba, eomma membuka headphone yang aku pakai tadi.

"Waeyo? (Kenapa?)" Tanya aku pelik.

"Kookie okay tak?"

Tak. Tak okay. Lagi sekali, aku terpaksa meninggalkan kawan kawanku di China. Huh, what a sadlife.

Aku mengangguk sambil tersenyum manis, hanya untuk menjaga perasaan eomma.

"Jangan risau. Eomma percaya Kookie akan dapat kawan baru yang lebih baik nanti. Lagipun, jiran kita tu Mrs. Lee, kawan lama eomma. Dia ada sorang anak perempuan tau. Lawa lagi tu." Kata eomma, seperti ada makna. Aku ketawa kecil dengan gurauan yang eomma buat.

Perempuan dekat China lagi lawa lah.

Selepas berborak, aku pun terlelap akibat tidak cukup tidur di dalam flight tadi. Maklumlah, aku ni jenis orang yang tak selesa tidur, selagi tiada katil.

Selang 30 minit perjalanan, badanku digoyang goyang.

"Jungkookie, ireona. Kita dah sampai dah ni." Suara halus milik Mrs. Jeon, iaitu eommaku mengejutkan aku daripada tidur.

Aku terus keluar dengan keadaan yang mamai. Rumah di hadapanku, ditenung seketika.

Mataku digosok gosok untuk melihat rumah yang akan aku diami sebentar lagi.

"Wah besar." Fikir aku sendirian.

---

Chapter 1 ; already done!

Thankyou for reading, dont forget to vote & comment too.

Saranghaeyo, readers.

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang