Part 28

4.1K 426 1
                                    

[Jungkook POV]

"Lee Sora, what are you doing here?!" Marah Mrs. Seon.

Aku melihat Sora yang hanya menunduk ke lantai, siapa je tak seram melihat singa tengah marah.

"8 pusingan di padang, now!" Sergah Mrs. Seon lagi.

Aku terkejut, pasal lambat je. Denda dia kemain lagi.

"Tapi--"

"No excuses in my class. Now, go!"

Aku hanya melihat Sora yang menunduk hormat kepada Mrs. Seon dan pergi dari situ. Rasa bersalah terbit di dalam hatiku.

Mesti dia kelam kabut cari kasut dia tadi.

Flashback.

Semasa memakai kasut untuk ke sekolah, aku terlihat kasut sekolah Sora yang putih suci bersih.

Idea jahat terlintas di fikiran. Aku segera mengambil kasut itu dan menyorokkannya di bawah sofa yang berhadapan dengan tv.

Sejenak aku berfikir, kalau aku letak kat sini, mesti Sora jumpa kan?

So aku terus berlari ke bilik untuk menyorokkan kasut Sora dengan harapan yang Sora tidak jumpa kasut itu.

Selepas membuat jenayah kecil itu, kelam kabut aku berlari untuk ke sekolah.

End Flashback.

Disebabkan rasa bersalah sangat, aku pun mengambil keputusan untuk teman Sora.

"Miss!" Panggil aku sambil mengangkat tangan.

"Yes?"

"Saya tak siap kerja sekolah yang miss berikan, so saya pun kena lari lah kan?" Kata aku selamba. Aku tahu, keputusan ni agak pelik tapi tak apa lah.

Semua pelajar memandang aku dengan pandangan yang tidak percaya.

"Oi, kau kenapa? Demam ke?" Tanya Taehyung kepada aku. Aku hanya tersengih senget.

"Kenapa tak siapkan?! Kamu pun, 8 pusingan!" Bahu aku terhenjut selepas ditegur begitu. Jeon Jungkook, kau memang cari nahas.

---

Dari koridor sekolah, aku dapat melihat Sora yang sedang penat berlari. Aku turun ke bawah untuk menyertai pertandingan berlari di padang 8 pusingan. Lol.

"Hi, Lee Sora." Tegur aku selamba sambil memberi senyuman yang paling ikhlas.

Sora kelihatan terkejut dengan kehadiran aku namun dia hanya mengendahkan aku. Senyuman aku mati, mesti dia merajuk.

Aku mengekorinya dan lari bersebelahan dengannya.

"Uik"

"Kau kenapa badmood semacam aje?"

"Lapar eh?"

"Atau, ada masalah?" Tanya aku banyak kali. Aku taktahu ni dah kali keberapa aku cuba menegurnya. Namun, apa yang aku terima adalah jawapan dinginnya.

"Diamlah." Jawabnya dingin.

"Alah, sorry lah Sora pasal kasut tu." Aku terus meminta maaf kepadanya, mana tahu dengan meminta maaf hati dia jadi lembut.

"Ah so kau mengaku lah yang kau sorok kasut aku eh?" Tanya Sora tiba tiba.

Gulp.

Aku dah menelan air liur, kenapa aku bodoh sangat terlepas cakap tadi.

---

SORA POV

Tiada jawapan dari Jungkook, aku tahu yang dia buat semua tu. Cuma nak tengok dia jujur ke tak.

"Erm sebenarnya, memang aku pun yang buat." Jawabnya takut, aku ingin ketawa tapi ditahan.

"Oh so sebagai denda, meh sini rambut kau." Langkahku dah semakin depan untuk mencapai rambutnya. Matlamat aku adalah hanya untuk menarik dan mengusutkan rambutnya itu.

Langkah Jungkook pula dah semakin kebelakang, mungkin taktik untuk melarikan diri.

Belum sempat aku mencapai rambutnya, dia terus berlari pecut. Aku pula tidak kurangnya, mengejar dia dari belakang.

Memang sah, keadaan kami berdua sekarang ni bagai polis mengejar peragut di jalan raya.

"Yah, Jungkook! Kau sini kau!" Jerit aku sambil termengah mengah.

Setelah penat membuat sesi kejar mengejar, akhirnya aku dan Jungkook terbaring di padang tersebut.

Aku lagi gembira kena denda macam ni, daripada melihat muka Mrs. Seon seperti singa itu, kecut perut aku.

"Sora-ah, sasaran ada dekat sebelah kau je sekarang ni" seperti ada suara yang membisik kepadaku. Aku tersenyum jahat. *dah macam nak buat jenayah pulak kau ni Sora.

Aku melihat Jungkook yang dah memejamkan mata di sebelahku. Dengan perlahan, aku mengusutkan rambutnya. Perbuatan aku membuatkan Jungkook terjaga.

"Yah, apa ni Sora??" Tanya Jungkook dengan nada yang terkejut.

"Tu balasan kau sorok kasut aku tadi. Deal kan?" Balas aku sambil tersengih.

Jungkook hanya membuat muka pasrah. Setelah habis melakukan denda, tepat loceng rehat berbunyi. Aku dan Jungkook jalan berdua untuk pergi ke kafe sekolah.

Tidak lupa juga, aku lambat ke sekolah sebab Jungkook yang menyorok kasut sekolahku.

Sebagai denda, aku menyuruh dia belanja semua makanan yang aku nak. Heh, kejam tak aku.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now