Part 36

4K 384 19
                                        

[Jungkook POV]

Sedang aku bersiap siap memakai baju, tiba tiba aku terdengar jeritan seseorang yang aku kenali. Sora!

"Yah Jungkook! Kau pergi mana?! Kau kata kau takkan tinggalkan aku! Kau dah janji kan?!"

Dengan segera aku berlari lalu membuka pintu Sora yang tidak berkunci.

Aku melihat Sora yang menjerit jerit seperti terkena histeria di atas katil.

"Kau tipu aku, Jungkook. Jangan pergi!" Jerit Sora lagi, air matanya laju mengalir.

Aku tersentak, kenapa ada nama aku pulak ni?

"Lee Sora! Sora bangun lah! Nanti kau lambat nak pergi kem!" Kejut aku sambil menggoyang goyangkan badannya.

Setelah menggoyangkan badan Sora dengan kuat, akhirnya dia terbangun juga.

Alangkah terkejutnya apabila Sora terus memelukku dan menangis teresak esak.

Aku mengusap belakang badannya dengan lembut. Tanpa aku sedari, timbulnya rasa sayang aku terhadap dia.

"K-kau hidup lagi kan? Kau tak mati kan? Sebab leukemia?" Tanya Sora bertalu talu. Aku tersentak mendengar soalannya, bila pulak aku mati ni?

"Yah Sora, kau mimpi buruk je tu. Jangan risau, aku ada lagi ni. By the way, boleh kau lepaskan aku? Aku tak boleh bernafas." Jawab aku, cuba untuk mengambil udara yang segar.

Sora hanya tercegat di hadapanku, merenung wajahku dengan tajam.

Dah kenapa minah ni?

"Kau bukan hantu kan? Kau biskut kan?" Tanya dia dengan selamba, sambil memegang wajahku yang ploles ini.

Hantu mana pulak pagi pagi ni?

Aku menjelingnya, cuba untuk menahan ketawa.

"Yah pabo, hantu mana ada pagi pagi lah! Kau pergi lah mandi, busuk ugh." Jawab aku sambil menutup hidung, sengaja ingin menyakat Sora.

Selalunya dia akan marah bila cakap macam tu, tapi kali ni dia tersenyum lebar.

"Yes, my old biskut is back!" Jawabnya lagi, sambil serabutkan rambutku yang sudah disikat tadi. Senyumnya kali ni nampak ikhlas, dan langsung tidak ada tanda untul mengejek aku.

Aku mengerutkan dahi tanda pelik dengan kelakuan Sora. Dia mimpi apa sampai boleh jadi macam ni? Weirdo.

---

Aku menyediakan sarapan untuk diri aku sendiri, dan untuk Sora.. Tak ada, maaf.

Aku ingin membuka peti untuk mengambil air, tiba tiba terdapat sehelai sticky note yang bertulis ;

"Halmeoni kena balik, sebab kena rawat kawan halmeoni sakit. Mianhae, halmeoni tak bagitahu awal awal. Jaga kesihatan dan jaga hati masing masing! - sincerely ; ur beautiful halmeoni."

Ketawa aku meletus sebaik sahaja membaca sticky note yang diberi oleh halmeoni.

"Ur beautiful halmeoni konon." Aku berkata sendirian sambil menggelengkan kepala. Tidak sedar dengan kehadiran Sora uang berada di sebelahku, dia tercengang melihat aku ketawa tadi.

"Apa yang lawak sangat tu? Bagi lah aku baca jugak! Eh mana halmeoni eh? Sunyi je." Kata Sora memberikan soalan bertalu talu kepadaku.

Dia fikir aku ni robot jawab soalan ke?

"Nah, baca sendiri. Hokayyy" balas aku lalu terus meninggalkan Sora sendirian.

"Pft. HAHHAHAHAHAHHAHA" Tersedak aku apabila mendengar gelakan puntianak di pagi hari.

Aish minah ni, dia gelak kuat mengalahkan aku.

Selesai ketawa, dia menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Sama seperti aku, dia hanya makan cereal yang dibeli pada malam semalam.

Aku terfikir tentang mimpi Sora, tiba tiba rasa ingin tahu terbit di dalam diri aku.

"Sora. Boleh aku tanya?"

"Boleh, tapi lima perkataan je. Tak lebih, tak kurang." Balasnya sengaja ingin mengejek aku.

Aku menjelingnya, dan cuba untuk berfikir macam mana aku nak pendekkan soalan tu kepada lima perkataan.

Aku mengangkat tanganku, dan mengira perkataan satu persatu.

Ah yes, got it!

"Kau. Mimpi. Apa. Malam. Tadi ?" Tanya aku, sambil mengangkat jariku di hadapan wajahnya satu persatu.

"Jawab dalam lima perkataan jugak." Balas aku sambil tersenyum jahat kepadanya. Heh, aku pun boleh buat lah okay!

Dia memandang aku dengan pandangan yang series.

"Aku. Mimpi. Kau. Dah. Mati." Jawabnya, tepat tepat lim perkataan. Aku kagum dengan kepandaian Lee Sora ni, tak perlu mengambil banyak masa pun untuk jawab.

But wait. Dia kata apa tadi?

Aku dah mati???

Terbeliak mataku mendengar jawapan Sora, aku cuba untuk menanya soalan dengan lebih detail.

"Bwo? Asal aku mati pulak?" Tanya aku dengan perasaan yang ingin tahu. Takut pulak bila dengar mimpi Sora ni.

"Sorry, dah limited 5 perkataan je." Balas Sora, sambil tersengih kemenangan. Aku hanya menjelingnya tanda tidak puas hati.

Lebih baik aku tak payah tanya tadi huh buat sakit hati je. Patut ke aku jadi orang mati dalam mimpi dia?

Bagilah aku watak prince charming ke, k-idol ke. Ni dia bagi aku watak yang dah mati pulak.

---

Aku melihat kawasan dewan sekolah yang penuh dengan pelajar dari beberapa gred, termasuk gred junior.

Mataku melilau mencari cari kelibat Taehyung dan Taeyeon. Kemudian, aku terlihat seorang perempuan dengan beg yang bersaiz besar dan berwarna biru.

Ah, tu beg Sora. Kalau ada Sora, mesti ada Taehyung dengan Taeyeon kan?

Aku terus mendekati Sora dan sangkaan aku tepat apabila Taehyung dan Taeyeon juga berada di situ.

Sora yang sedang kusyuk bermain phone, tak sedar akan kehadiran aku.

Melihat phone milik Sora, aku teringat akan tali strap yang aku beli pada hari itu.

Aku terfikir, nak bagi ke tak nak? Nanti kalau aku bagi, dia perasan aku suka dia pulak?

Ugh.

---

Monday is totally not coool, i hate monday ;')

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang