Part 14

5.2K 567 16
                                        

Sora menarik kerusinya dan duduk di sebelah seatmatenya iaitu Jeon Jungkook. Sora dan Jungkook, kedua duanya mendiamkan diri.

Sorang ke timur, sorang lagi ke barat.

Termenung, termenung dan termenung.

Tiba tiba, datang pula suara yang garau dan agak serak menegur mereka berdua.

"Yooo. Korang berdua langsung tak bergaduh harini. Wah ada apa apa ke ni?" Tanya Taehyung sambil menaikkan keningnya.

Alien dah sampai. Mari kita dasi run run run.

"Mana ada!" Sora dan Jungkook menjawab serentak.

Kemudian, mereka memandang antara satu sama lain.

"Tch. Takde kerja ke tiru orang." Kata Sora perlahan. Malangnya, pendengaran Jungkook yang tajam itu dapat menangkap kata kata Sora.

Jungkook tidak membalas kata kata Sora sebaliknya hanya menjeling tajam ke arah Sora.

Begitu juga dengan Sora. Dia membalas jelingan Jungkook.

Taeyeon menggelengkan kepalanya. 'Ni tak lain tak bukan mesti sebab gaduh ni.' Fikir Taeyeon seperti tahu dengan keadaan Jungkook dan Sora yang sedang bergaduh 'manja'.

"Apahal duh krik krik je ni?" Tanya Taehyung lagi. Okay, Taehyung ni still tak faham keadaan sebenar.

"....."

"Okay aku bla dulu." Taehyung meninggalkan mereka bertiga. Taeyeon mengeluh melihat Taehyung yang merajuk itu.

'Dah 19tahun pun nak merajuk. Tengok. Aku jugak yang kena pujuk!' Luah hati Taeyeon. Dia kemudiannya kembali ke tempat duduknya dan menggoyangkan bahu Taehyung.

"Taehyung-ah ~" panggil Taeyeon manja.

Taehyung hanya buat tak tahu seperti tidak mendengar apa apa.

'Haih tak boleh jadi ni. Aku kena guna jugak senjata aku. Taeyeon fighting!'

"Taehyung Oppa~ buing buing~" Taeyeon memanggil nama Taehyung dengan manja. Dia berusaha sedaya upaya untuk membuat aegyo.

1 2 3

"Hahahahhahahahhaha kenapa kau ni ahhahahhahah" berdekah dekah Taehyung ketawa apabila melihat Taeyeon yang ingin memujuknya. Hidungnya dikembangkan akibat tidak cukup udara kerana gelak banyak sangat.

"..." Taeyeon masih mendiamkan dirinya seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi di hadapan matanya itu.

"Kau buat muka macam tu, lagi nak muntah aku rasa ahhahahahhaha" sambung Taehyung lagi.

Taeyeon memasamkan mukanya. "Kau ni langsung tak hargai pujukan aku. Jaga lah sikit hati aku ni"

Taehyung segera berhenti ketawa apabila mendengar kata kata Taeyeon.

Kemudian..

"Hahhahahhahahahah kau ada hati ke? Setahu aku kau pun alien macam aku ahhahahhahah" gelak ketawa Taehyung menjadi semakin kuat. Author pun taktahu apa yang lawak sangat -.-

Keluarga Tae, hashtag alien4lyfeu.

"Eyy diam lah!" Marah Taeyeon.

---

Jungkook's pov

Aku dan Sora, masing masing mendiamkan diri.

Awkward nya bila sehari tak bergaduh ni.

Pupp. Sora tiba tiba melanggar bahu aku. Aku memandangnya pelik.

'Dah kenapa tiba tiba nak langgar? Tempat luas kot haih.' Kata hatiku.

"M-mian. Nak ambik pembaris jatuh tadi, lepas tu terlanggar kau pulak. Hee" jawab Sora kekok.

"Eleh cakap jelah yang kau memang nak langgar aku kan?" Sengaja aku mencari topik untuk bergaduh dengannya. Aku melihat muka Sora yang sudah merah seperti tomato.

Bukan sebab malu, tapi sebab marah.

"What? Aku nak langgar kau? Euw tolonglah not my taste!" Balas Sora sambil menaikkan tangannya di bahu dan membuat muka seperti Diva AA.

"Mesti rindu aku sebab tu langgar" bisik aku perlahan.

Matanya membulat dengar kata kataku. Err kuat sangat ke aku cakap tadi?

"Eee siapa nak rindu kau? Aku ada banyak lagi benda nak kena buat." Balas Sora. Masih lagi dengan muka azwan ali dia tu.

Baru sahaja aku ingin membuka mulut, dia dah memotong

"Rindu kau tak berfaedah tahu tak. Lain lah kalau rindu Chanyeol Oppa aku tu. Berfaedah sikit. Eh bukan sikit, banyakkk"

Chanyeol Chanyeol Chanyeol. Apa yang special sangat dengan cendol ni eh?

"Kau--"

Lagi sekali, aku tak sempat lagi nak bukak mulut, dia dah potong.

"Lagi satu, aku nak rindu kau? Huh memang takkan terjadi dalam hidupku ini muahahhaha" kata Sora lagi. Gelak pun macam Adudu dalam boboiboy.

Minah ni, aku cakap sepatah je, ni berpatah patah pulak dia jawab. Aigoo.

Aku terus menunjal dahinya. "Diamlah." Kataku dengan dingin. Sekali sekala jadi dingin apa salahnya.

Sora memegang dahinya. Sakit sangat ke? Aku buat perlahan je kot. Sinetron je lebih dia ni.

"Okay fine!" Balas Sora seperti marah dengan perbuatanku. Jelingan tajamnya diberi kepadaku.

Dalam tidak sedar, aku telahpun tersenyum kecil atas kemenanganku.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang