Aku memandang ke luar tingkap, sambil mendengar lagu di dalam headphoneku. Aku mengambil peluang ini untuk lelap seketika.
Tetapi, ada sahaja suara yang mengacau keamanan aku.
nae simjangsoril deureobwa
jemeosdaero neol bureujanhai
kkaman eodum sogeseo
neoneun ireohge biccnanikka
geu soneul naemireojwo save me save me
I need your love before I fall, fall..
geu soneul naemireojwo save me save me
I need your love befor I fall, fall.
"Diamlah monyet! Ni bukan tempat karaoke." Aku memandang Taehyung dengan pandangan tak puas hati. Suara dia memang sedap, tapi mengacau ketenteraman aku je. Aku nak tidur la ugh.
"Ey kau ni Jungkook, got no jams lah! Kalau aku duduk dengan Taeyeon, dia siap join aku lagi tau" balas Taehyung sambil menunjukkan muka menyampahnya terhadapku. Jelas sekali dia tak rela duduk dengan aku.
"Dah tu siapa suruh duduk dengan aku?" Aku menjelingnya tajam. Manakala Taehyung, segera bangun untuk menukar tempatnya.
"Sebab.. Hah entah. Yang penting sekarang ni, aku nak tukar tempat."
Taehyung pergi ke tempat Sora dan Taeyeon, yang sedang sibuk bergelak ketawa selang dua tempat duduk dibelakangku.
Entah apa yang mereka borakkan pun tak tahu lah.
Aku terfikir, dah kalau Taehyung nak duduk dengan Taeyeon, Sora nak campak mana?
Aku memandang mereka bertiga sekilas, sempat lagi aku mendengar perbualan mereka.
"Sora, blah. Aku nak duduk sini." Kata Taehyung selamba.
Kini, Sora memberi Taehyung renungan maut. Bengang lah tu.
"Asal pulak? Kau lah blah. Ni tempat aku!" Bentak Sora pula.
"Fine, jom main kai bai bo. Siapa menang, dapat duduk sini." tawar Taehyung kepada Sora.
Aku hanya memerhati mereka berdua. Makin galak pula permainan ini berlangsung. Aku malas ingin mengambil tahu dan terus memandang ke hadapan semula. Kepalaku dilentokkan sedikit ke tingkap, mengambil posisi yang selesa untuk tidur.
Baru sahaja ingin melelapkan mata, tiba tiba ada satu suara yang menyapa aku.
Haih, ada je orang nak kacau aku.
"Biskut-- eh maksud aku, Jungkook. Aku duduk sini boleh?" Aku memandang ke arah suara itu, Sora rupanya.
"Kau kalah eh?" Tanya aku. Sora hanya mengangguk, sempat lagi dia merenung Taehyung yang duduk di belakang.
"Er sekarang ni kau nak bagi aku duduk ke tak ni?" Tanya Sora sambil mendengus geram.
Aku tersentak akan pertanyaannya, tulah kau Jungkook, mengelamun sampai tak sedar yang Sora tengah bercakap dengan kau!
"Duduklah."
Keadaan aku dan Sora, semestinya kekok. Tiada lagi pergaduhan dan pertengkaran.
Pelik kan?
"Tadi eomma dengan appa ada call." Sora bersuara untuk memecahkan kesunyian dan kekok antara kami berdua.
Aku menjadi pelik, eomma dengan appa aku ke atau eomma dengan appa dia?
"Kejap. Eomma appa siapa?" Tanya aku sambil mengerutkan dahi tanda tidak faham.
"Eomma dengan appa aku lah!" Balas Sora.
"Oh. So apa kena mengena dengan aku?" Tanya aku lagi.
"Entahlah, eomma appa kata jaga Sora baik baik dekat sana nanti, jangan buat dia menangis, and bla bla bla. Pelik pelik je huh." Aku ketawa mendengar bebelan yang diberi oleh Sora.
"Harap je perangai boyish, tu pun aku nak kena jaga ke?" Ujar aku sambil ketawa kecil.
Sora diam dan memandang ke arah lain, mukanya kelihatan marah.
Aku gurau kasar sangat ke tadi? Rasanya tak.
"Yah wae?" Tanya aku risau.
"Kau lah, nak gurau pun elok lah sikit. Aku pun ada perasaan." Balas Sora sambil memuncungkan mulutnya. Melihat saja kelakuan Sora, aku ketawa besar.
Sejak bila lah Sora yang macam lelaki ni pandai terasa? Huh.
"Fine, sorry." Kata aku pendek sambil tersenyum, cuba untuk mencairkan hatinya.
"Sorry kau boleh naik lori." Balas Sora, dia menjelir lidahnya terhadapku.
Ey, sikap boyish Sora dah kembali.
Selesai sahaja berbual kosong dengan Sora, maksud aku bertengkar kosong dengannya, akhirnya aku terlelap.
Begitu juga dengan Sora.
Selang 2 jam, akhirnya kami telahpun sampai di tempat perkhemahan - Dadaepo Beach, Busan.
Semua pelajar telah pun keluar daripada bas tersebut, termasuk Taeyeon dan Taehyung.
Aku menggosok gosok mataku, masih dalam keadaan mamai. Bahuku tiba tiba terasa berat. Aku memandang ke arah sebelahku, rupanya Sora sedang tidur berbantalkan bahu aku.
Aku mengambil peluang ini untuk merenungnya, wajah putih dan licin tanpa sebarang parut dipandang.
Muka lawa, tapi perangai menyakitkan hati.
"Sora, ireona. Dah sampai." Kejut aku, menggoyang goyangkan badan kecil milik Sora.
Sora yang mendengar suaraku, terus kelam kabut bangun. Dia memandangku sambil mengelipkan matanya beberapa kali.
"Dah sampai? Mana yang lain? Kita kat mana ni?"
"Dalam bas. Diorang dah turun lah. Macam mana aku nak turun ni, kalau kau tak turun dari tadi." Dengus aku geram, macam macam lah minah ni.
Dia tersengih malu dan mengambil jaketnya yang diletakkan di penghadang kerusi tersebut. Selepas itu, kami berdua turun daripada bas.
Keluar sahaja daripada bas, aku ternganga melihat permandangan di hadapanku. Begitu juga dengan Sora, kagum dengan permandangan yang indah ini.
"Semua dah ada kan? Sekarang, berbaris ikut gred dan kelas masing masing. Saya akan bahagikan kumpulan." Kata Mr. Siwon selaku ketua perkhemahan yang diadakan ini.
Selesai sahaja semua pelajar berbaris, Mr. Siwon mula memanggil nama satu persatu, membahagi kumpulan.
"Park Chanyeol, Kim Taeyeon, Lee Hyunwoo dan Jung Eunji, satu kumpulan." Mr. Siwon mula bersuara.
Aku memandang Sora yang sudah menunjukkan muka kecewa, mungkin kecewa kerana tidak dapat bersama dengan Taeyeon.
"Seterusnya, Son Chaeyoung, Lee Jaehwan, Kang Seulgi dan Kim Taehyung."
Sekali lagi, Sora mengeluh kerana tidak dapat bersama dengan Taehyung pula.
"Jeon Jungkook, Kim Mingyu, Son Mina dan..
Lee Sora." Aku terkejut apabila nama aku dan Sora dipanggil sebagai satu kumpulan.
Aku dan Sora mengeluh sesama sendiri.
"Haih kau lagi?" Kata aku dan Sora serentak.
---
Fyi, author ambik Mina Twice as watak baru, tapi author tukar surname dia. And, Mingyu dari Seventeen pun watak baru dalam cerita ni. Hehe.
Read, comment & vote ~
YOU ARE READING
Annoying Neighbour Jjk
Fanfiction[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction