[Sora POV]
Aku masuk ke kelas bersama Jungkook dengan hanya memakai kemeja putih yang diberi olehnya. Dan semestinya, pelajar kelas aku memandang aku pelik.
Memang pelik weh pakai kemeja Jungkook yang labuh ni, tanpa blazer pulak tu. Lepastu tambah lagi dengan skirt sekolah yang kotak kotak ni. Serious aku macam badut sarkas.
"Tapi, bau baju dia wangi weh bau perfume vanilla ohmylifeee" aku jerit keriangan di dalam hati.
Aku menjadi semakin pelik apabila semua classmates aku menjadi diam. Selalunya riuh rendah. Mungkin disebabkan perkara tadi kot?
Well, classmates aku semua baik baik. Tak ada sorang pun yang terlibat dengan adegan tadi. Aku rasa dorang tengok pun dari web sekolah je kot. Maklumlah, sekolah ni ramai paparazi dan mamarazi.
"Ehem. Satu dua tiga"
"Congratulation, Jeon Jungkook dan Lee Sora!" Jerit mereka semua serentak termasuk lah Taeyeon dan Taehyung. Kemudian, mereka semua bertepuk tangan sambil bersorak sorak. Habis riuh rendah jadinya.
Eh kejap, congrats untuk apa ni?
"Sampai hati kau kan, bukan nak bagitahu aku!" Taeyeon menghentakkan kedua dua kakinya seperti nak bertanding dalam kawad peringkat antarabangsa.
"Kejap aku tak faham. Tahniah untuk apa ni?" Aku mula menunjukkan muka blank aku. Mereka juga mengikut aku, membuat muka blank.
Heh, aku buat muka blank. Korang pun ikut. Aku hempuk jugak kang.
"Tahniah untuk hubungan kau dengan Jungkook lah. Last long!" Seolhyun tersenyum manis ke arahku.
Seolhyun is back gais. Ingat tak dia nak pergi kem sebab nak tengok boy shirtless je? Hahahaha xD
Aku memandangnya dengan pandangan terkejut.
"Bwo?! Eh masa bi-" jari telunjuk Jungkook cepat sahaja menutup mulutku.
"Chagi, tak payah nak sorokkan dah. Semua orang dah tahu. Saranghae!" Jungkook tersenyum nakal ke arahku. Kemudian, selamba sahaja dia mencium dahiku depan khalayak ramai.
Omg dia cium aku?! Aku rasa nak meletup dah ni omg omg.
Pernah tak rasa bila crush korang senyum kat korang? Ha macam ni lah perasaan dia.
Muka aku dah naik merah, tapi cepat cepat aku cover. Aku tetap dengan perangai ego aku. Aku menjelingnya dan kemudian memberi senyuman palsu. Tapi sebenarnya senyuman itulah senyuman paling manis aku pernah bagi.
Hikhok.
Disebabkan dia berlakon, aku pun kena berlakon sekali.
Tapi best jugak- eh hell no. Okay aku dah gila.
"Wahhhh" mereka semua tepuk tangan keriangan. Aku rasa, kalau Mr. Siwon datang kejap lagi. Dah lama kena cepuk dorang ni.
"Walaweh, nanti jangan lupa invite kitorang datang majlis kau." Kata presiden kelas aku pula. Aku memandangnya dengan pandangan sebut-lagi-ayat-keramat-tu-dan-aku-akan-flush-kau-dalam-jamban.
"Member dah bahagia, kita bila lagi wahai Taeyeon?" Taehyung tiba tiba menyampuk sambil meletakkan tangannya ke atas bahu Taeyeon.
"Tak payah pandang aku macam tu. Aku tak nak dapat keturunan alien macam kau." Taeyeon menjelingnya.
Dengan itu, satu kelas ketawa bagai nak rak apabila mendengar kata kata Taeyeon.
---
"Jungkook, gomawo sebab tolong aku. Walaupun aku nampak macam badut sekarang ni but thanks!" Sempat lagi aku mengusik Jungkook. Jungkook menaikkan pandangan matanya ke atas tanda menyampah.
"Since aku dah tolong kau tadi, so aku nak mintak satu permintaan boleh?" Aku menganggukkan kepalaku.
As long as kau tak mintak benda pelik pelik sudah lah.
"So apa permintaan kau tu?"
"Kita.. Jadi kawan?" Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku.
Kecewa pulak. Aku fikir dia nak confess ke apa tadi. Tapi kena friendzone pulak. Sis redho.
Aku menyambut tangannya dan mengangguk setuju.
"Yep, kita kawan. Dah jom masuk, aku nak tukar baju. Rimas pakai baju badut ni." Sengaja aku mengenakannya tetapi sebenarnya dalam hati, nak aje aku simpan dia punya kemeja ni dalam kotak harta pusaka aku.
Jungkook tergelak kecil dan mengikut aku dari belakang.
Tiba tiba, aku terasa sesuatu yang bergegar di poketku.
Okay takyah suspen sangat, phone aku vibrate je.
Aku memandang nama yang tertera di dalam phone aku. Mataku membulat besar dan aku terlompat teruja.
"Yeobose-"
"Omg Bambam! Wehhhh rindunya. Finally, call jugak. Kenapa tak call sebelum ni? Penat noona tunggu tahu tak!" Selepas menekan butang jawab, aku memecut laju seperti pelumba kereta F1.
"Noona ni, chill lah. Kredit habis sebab tu tak call, kedai topup dekat sini pun macam harem."
Hek, Bambam bagi alasan yang tak berguna langsung.
"Banyaklah kedai macam harem. Bila balik?"
"Lusa kitorang balik dah. Semua kerja dah siap, cuma nak buat cuti cuti sikit dekat sini." Jawab Bambam selamba.
Hamboi, cuti cuti konon.
"Ni Jungkook ada dekat depan noona, ada nak cakap apa apa tak?" Dari tadi lagi, Jungkook memandang aku dengan muka derpnya itu.
Apa masalah dia pun aku tak tahu lah.
"Ada ada, pas dekat hyung kejap." Kata Bambam. Aku memberi Jungkook phone aku, seperti yang disuruh oleh Bambam. Sempat lagi aku membuka loud speaker, nak dengar jugak apa yang Bambam kata.
"Hyung, Bambam nak kirim salam maut je. Bye."
Tet tet tet. Panggilan telahpun dimatikan.
"Erk. AHHAHAHAH salam maut weh" aku ketawa besar mendengar kata kata Bambam tadi. Pandai jugak dia buat lawak hambar dia.
"Yah, aish. Balik nanti aku belasah kau cukup cukup." Kata Jungkook lalu menjeling ke arah phone aku. Bukan ada muka Bambam pun dalam phone aku.
---
ATTENTION, PLEASE READ.
Dear my lovely readers, I really need your helpppp. Ai nak buat 3rd fanfic memandangkan this fanfic pun dah nak habis. Tapi ai tak decide lagi nak buat ff Jimin or Yoongi.
So, can you guys pls comment dekat sini? Silent readers pun, mohon activekan diri anda sekejap sebab ai memang perlukan bantuan korang.
Comment anda amat saya hargai <33
YOU ARE READING
Annoying Neighbour Jjk
Fanfic[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction