[Bambam POV]
Sedang fokus aku membuat kerja sekolah yang bertimbun, tiba tiba suara eomma kedengaran.
"Bambam-ah, turun ke bawah sekejap. Eomma dengan appa ada benda nak dibincang." Jerit eomma dari bawah. Suara eomma memang kuat. Sebab tu kalau eomma marah, aku dah bersiap sedia pakai earphone huhuhu.
"Nae" jawab aku. Aku segera mengemas buku buku yang berselerak di atas meja belajarku.
Kemudian aku terus pergi ke ruang tamu seperti yang disuruh eomma.
Aku mengerutkan dahi tanda pelik. Kenapa Auntie Lee dengan Uncle Lee pun ada sekali? Hatiku tertanya tanya.
"Annyeonghaseyo." Sapa aku sopan. Auntie dan Uncle Lee tersenyum ke arah aku. Aku membalas senyuman mereka.
"Hah meh sini duduk. Eomma nak bincang sesuatu ni." Kata eomma dalam nada serius.
Aku mengangguk dan mengangkat kening kepada appa dengan makna 'kenapa ni?'. Namun, appa hanya membuat muka yang tak berperasaan.
"Bambam-ah, sekejap lagi kita kena berangkat ke Jepun." Kata eomma tiba tiba.
Dengar sahaja kata kata eomma, aku terkejut. Takkan lah pindah lagi? Baru je pindah Korea tak sampai berapa hari.
Aku mengerutkan dahiku. "Hah? Buat apa pergi Jepun?" Tanya aku pelik.
Tiba tiba, Uncle Lee bersuara. "Aigoo Bambam-ah, kamu jangan lah terkejut sangat. Ini cuma outsation je."
Aku mengeluh lega. Nasib baik bukan pindah. Eh kejap..
"Tadi eomma kata petang ni kita kena berangkat ke Jepun? Erm kita?" Aku masih lagi tidak faham dengan kata kata eomma.
"Kamu kena ikut kami sekali, yelah kamu ni kan anak bongsu. Nanti jadi apa apa, kan susah." Kata kata appa membuatkan aku ternganga luas.
Kenapa aku kena ikut pulak? Habistu hyung?
"Erm habistu hyung macam mana? Sora Noona pulak? Takkan dia tinggal sorang kot?" Tanyaku yang masih tak berpuas hati dengan keputusan eomma dan appa yang tiba tiba.
Bukan tu je, aku risau dengan noona. Kalau dia tinggal sorang, kan bahaya? Pasal hyung, aku takde lah risau sangat. Dia lelaki, lagipun dia pandai jaga diri dia.
"Hah ini lah yang kami nak bincangkan ni. Buat masa ni, Jungkook dan Sora akan tinggal bersama di rumah uncle." Kata Uncle Lee dengan teratur.
Aku hanya mengooohkan kata kata Uncle Lee.
Eh sekejap.
Hyung? Noona? Tinggal kat rumah Uncle Lee? Serumah? Berdua je? What the...
"Yah Bambam, kamu jangan fikir macam macam pulak. Ni pun untuk keselamatan noona kamu jugak. Kamu sayang noona kamu tu kan?" Suara appa kembalikan aku di dunia nyata.
"Apa appa ni? Mana ada Bambam fikir apa apa. Ish dah la Bambam nak kemas baju." Balas aku seperti ingin mengelak.
Memang nak mengelak pun. Apa lah appa ni. Cakap macam tu depan Auntie dengan Uncle Lee. Malu aku ugh.
End Bambam's pov
---
Seperti biasa, Sora akan pulang ke rumah bersama dua orang kawan alien nya, tetapi apabila sampai di pertengahan jalan, mereka akan berpecah.
Setelah lima minit berjalan, akhirnya dia sampai di depan pintu rumahnya.
Dia mengetuk pintu rumahnya dengan malas.
"Appa, eomma, Sora dah balik!" jerit Sora. Berkali kali dia mengetuk, namun tiada sesiapa yang membuka atau menyapa.
Dia mula hilang sabar. Dah lah penat, lagi taknak bukak pintu. Ergh.
Niatnya ingin menendang pintu rumahnya, terbatal. Dia tefikir tentang tombol pintunya. Dia terus memulas dan..
"Haih. Buat penat je aku ketuk macam nak roboh, rupanya tak kunci pun." Bebel Sora sendirian. Kasut sekolahnya segera dibuka.
Dia terus menuju ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaganya. Tiba tiba, niatnya terhenti.
Jantungnya berdegup kencang, tangannya menjadi sejuk beku. Terdapat satu susuk tubuh seorang lelaki di hadapannya. Dan yang paling menyeramkan adalah, dia sedang memegang pisau seperti..
Ingin membunuh orang ?!
Eomma, appa, where are youuuu ?!!
---
Read, comment & vote ~

ANDA SEDANG MEMBACA
Annoying Neighbour Jjk
Фанфик[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction