Part 53

4.4K 412 13
                                        

Tok tok tok.

Aku mengetuk pintu bilik Jungkook kemudian memasuki biliknya sebab tak berkunci. Aku duduk di atas katil yang empuk itu.

"Kau buat apa tu?" Okay aku tahu soalan aku ni agak kelakar.

"Basuh baju ni hah, nampak ni ada sabun lagi." Jawab Jungkook. Mendengar jawapan Jungkook, aku mencebik.

Sebenarnya dia tengah kemas baju dia ke dalam beg. Maklumlah, lusa eomma, appa dah balik. So, dia pun kena lah balik ke rumah dia semula.

"Ala nanti tak best la kalau tak ada kau." Kata aku tiba tiba dengan nada yang sedih.

Wait, apa yang aku cakap tadi?

Jungkook memandang aku dengan senyumannya yang nakal. "Cakap je lah kau akan rindu aku. Kan kan?" Dia menaikkan kedua dua belah keningnya.

Act, memang aku akan rindu dia pun.

"Alahai rilek lah, rumah aku dekat sebelah tu je hah. Bila bila masa je aku boleh datang rumah kau."

"Eh eh, nak buat apa datang rumah aku? Macam lah kau tak ada rumah." Aku pelik dengan kata katanya tadi.

Jungkook tersenyum nakal lagi kemudian dia bersuara. "Nak hantar rombongan meminang lah."

Habis muka aku merah sebab terlebih blushing. Ok chill Sora, dia gurau je tu. Kau tak payah nak melebih sangat eh.

Astaga, senyuman dia buat aku dup dap dup dap weh. Someone help mehhhh.

Aku menjelingnya walaupun hakikatnya aku suka apabila dia cakap macam tu. Okay childish gila aku ni.

Aku turun daripada katil dan terus mendekati Jungkook. Jangan fikir lain, aku just nak tolong dia kemas baju je eh.

"Aku tak tahu pulak kau ni rajin. Ingatkan pemalas sangat mengalahkan badak." Selamba sahaja Jungkook memerli aku. Dia ketawa besar apabila melihat aku yang mengembang dan mengempiskan lubang hidungku.

Kata dah kawan? Tapi still nak cari gaduh lagi!

"Kau ni, kata kawan. Lagi nak cari gaduh, aku hempuk kang!" Aku menjelingnya.

"Fineee, gurau je lah. Tapi kan, aku tak sangka kita boleh jadi kawan. Padahal dulu kita lah musuh yang paling kuat bergaduh kan?"

Aku mengangguk setuju. Kadang kadang, aku rindu jugak nak bergaduh dengan Jungkook macam mula mula jumpa dulu. Tapi, aku lagi suka keadaan macam sekarang ni.

"Sora, nak tanya satu benda boleh tak?" Jungkook kedengaran serious. Aku mengangguk tanda boleh.

"Kau.. Suka Mingyu eh?" Membulat mata aku apabila mendengar kata katanya. Pipi aku menjadi merah tanpa sebab. Mungkin aku terfikir yang Jungkook jealous kot? Eh jangan perasan lah Sora.

"Eh m-mana ada" bantah aku.

Aku suka kau lah weh, Jeon Jungkook bukannya Kim Mingyu.

Tapi aku taknak confess, sebab takut hancurkan friendship kita.

"Ye ke? Biar aku call Mingyu untuk kepastian. Nak tengok macam mana reaction kau." kata Jungkook sambil mencapai phone nya. Cepat cepat aku menghalangnya daripada taip nombor Mingyu.

"Woi janganlah monyettt, nanti Mingyu fikir lain lah." Aku menunjukkan muka comel aku, merayu selagi yang boleh.

"Alolo, betul lah kau tak suka Mingyu? Kalau tak Mingyu, kau suka aku lah kan?" Jungkook mengusik aku lagi.

Haih, sejak dah jadi kawan ni, aku asyik kena buli je.

Aku menggelengkan kepalaku.

"Aku suka Chanyeol." Aku tersengih kepada Jungkook. Dah lama jugak aku tak mention nama Chanyeol dalam cerita ni.

"Ugh whatever."

---

"Yah Jungkook, boleh tak kita berhenti sekejap. Aku penat namatey ni weh!" Marah aku. Mana tak marah, tadi dia paksa aku keluar berjalan dengan dia. Kononnya nak spent time dengan aku.

Aku hanya memakai tshirt putih dan shortpant, dan juga converse berwarna putih.

Aku bersiap pun macam kartun tadi sebab dia kelam kabut sangat. Aigoo.

"Apa kata kita tengok movie nak?" Cadang Jungkook.

Aku berfikir sejenak, okay jugak kan.

Lalu, aku dan Jungkook berjalanlah pergi ke panggung wayang. Sampai sahaja di kaunter untuk membeli tiket..

"Kita tengok Finding Dori lah."

Aku mengangguk setuju. "Okay cun- eh wait what?! Tak best."

"Aish dah tu kau nak tengok apa?"

"Conjuring 2 ?" Aku tersengih, tetapi sengihan aku dibalas dengan.. Renungan tajam oleh Jungkook.

"Taknak. Finding Dori."

"Conjuring lah."

"Finding Dori!"

"Conjuring!"

"Ehem, ma'am & sir, kalau tak nak beli sila pergi dari sini. Ramai lagi orang yang beratur kat belakang tu." Tiba tiba, habang sado pekerja pawagam ni, menegur kami berdua.

"Fine, Conjuring. Bagi dua, couple punya sit."

Eh couple?!

Takpelah, as long as aku dapat tengok Conjuring, aku dah puas hati.

"Puas dah?" Aku tersengih puas apabila mendengar kata kata Jungkook.

---

Gaisss checkout my 3rd fanfic ; Mathematics.

Hero dia Jimin. Since yang comment pun tak tahu nak pilih Jimin or Yoongi, so I choose it by myself xD Anyway, tqsm siapa yang sudi comment tu ehehheheh.

Soooo, baca lah fanfic ai yang baru tu eh eh eh ( ˘ ³˘)♥

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang