Part 51

4K 426 65
                                    

Selepas pergi ke locker, aku menuju terus ke kelas keseorangan sebab Jungkook kata dia nak pergi tandas. Semasa berjalan di koridor, aku menjadi pelik apabila ramai pelajar yang menjenguk ke tingkap.

Aku hanya abaikan mereka dan teruskan berjalan. Tiba tiba, ada satu cecair yang melekit terkena di kepalaku.

Papp.

Sebiji telur busuk dibaling ke arahku. Bayangkan, telur yang keras tu terkena dekat muka aku, sakit gila.

Papp.

Kali ini, aku dibaling tepung pula. Aku merengus geram.

"HAHAHAHAHHA"

"Weh busuk jauhkan diri kau daripada aku"

"Go away, bitch!"

Semua pelajar di koridor itu mentertawakan aku apabila melihat aku sudah pun bermandi telur dan tepung. Malangnya pada masa itu, Taeyeon dan Taehyung tak ada di dalam kelas, dorang pergi ke bilik guru kerana ada urusan.

Aku tertanya tanya, apa salah aku? Kenapa aku yang kena semua ni?

Apa sebenarnya rancangan Mina?

Aku tak larat untuk bersuara, aku hanya mendiamkan diri. Biarkan diri aku diketawakan, dicaci dan dihina oleh mereka semua.

"Tu, balasan kau sebab menggatal dengan Jungkook." Kata Mina. Dia tersenyum sinis.

Tangan aku sudah membentuk penumbuk, aku melangkah ke depan dan menggenggam blazernya dengan kuat.

"Apa masalah kau?!" Jerit aku. Satu koridor itu bergema dengan jeritan nyaring aku.

Kemudian, Mina mengeluarkan phonenya. Dia menunjukkan sebuah gambar yang telah tersebar di halaman sekolah aku.

Dengan perlahan, aku melepaskan genggaman dan mengundurkan diri ke belakang.

"Slut. Aku tahu Jungkook takkan suka orang macam kau, mesti kau goda dia kan?" Kata kawan kepada Mina pula, Yoonjae.

Air mataku mengalir apabila mendengar cacian mereka. Siapa yang pandai pandai buat fitnah ni?

"Bila aku cakap tu, jawablah bitch!" Jerit Mina lalu mengangkat tangannya untuk menampar aku. Aku menutup mata dengan erat kerana takut.

Kenapa aku lemah sangat masa ni?

[End Sora POV]

---

[Jungkook POV]

"Apa masalah kau?!" Terhenjut bahu aku apabila mendengar jeritan tersebut. Tapi jeritan tu, macam aku kenal. Aku menggelengkan kepala dan menepis perasaan pelik aku tu. Malas nak masuk campur.

Semasa berjalan di koridor untuk ke kelas, ramai pelajar yang berkumpul di situ. Aku mengerutkan dahi tanda pelik.

Dorang buat rusuhan apa ni?

Ada seorang perempuan yang dibaling telur dan tepung, dan lagi seorang sedang memarahinya. Aku tak dapat melihat wajahnya kerana dia membelakangi aku. Jadi, aku hanya menyaksikan adegan itu dengan diam.

"Slut. Aku tahu Jungkook takkan suka orang macam kau, mesti kau goda dia kan?"

Eh? Apahal nama aku ada ni? Setahu aku, dalam sekolah ni aku sorang je nama Jeon Jungkook.

Dan itu macam, suara Mina ?!

Aku terus merempuh pelajar pelajar di situ dan alangkah terkejutnya apabila melihat perempuan itu adalah Sora.

Lee Sora.

"Bila aku cakap tu, jawablah bitch!" Mina yang berada di hadapan Sora sudah mengangkat tangannya untuk menampar Sora. Aku merengus geram dan terus berlari mendapatkan Sora.

Aku pernah jugak dengar khabar berita dari budak sekolah ni, dorang kata aku ada psycho fan.

Dan aku tak sangka pula Mina adalah orangnya. Gila punya perempuan.

Baru sahaja tangan Mina ingin mendarat ke pipi Sora, aku sempat menahannya. Aku merentap tangannya dengan kuat.

"O-oppa?" Mina terus menunjukkan wajah takutnya. Dia memandang ke arah lantai.

Aku tersenyum sinis memandangnya.

"Son Mina? Ah so kau lah fan aku yang psycho tu?"

"A-anni, jangan salah sangka op-"

"Stop calling me oppa, you're so pathetic, bitch." Aku memberinya renungan tajam.

Dia tersenyum sinis lalu menunjuk satu gambar, aku bersama Sora di locker. Jarak kami sangat dekat, tapi sumpah. Aku langsung tak buat apa apa dekat dia.

Aku ketawa kecil memandang gambar tersebut. Semua pelajar di koridor itu memandang aku pelik.

"Aku simpati lah dengan korang semua. Semuanya bodoh. Boleh tak korang siasat sesuatu benda tu dulu sebelum percaya?!" Jerit aku. Aku memegang tangan Sora dengan erat, aku tahu Sora dalam ketakutan kerana tangannya menggigil.

Manakala semua pelajar yang berkumpul sambil bersorak tadi, semuanya mendiamkan diri.

"Son Mina, aku tahu semua ni kerja kau." Aku membisik dengan nada yang marah ke telinga Mina. Mina terus terkaku, seperti ais batu.

"Ehem. Buat pengetahuan korang lah kan, Sora ni yeochin aku."

"Eoh?" Mereka semua menunjukkan wajah terkejut apabila mendengar pernyataan aku. Begitu juga dengan Sora.

"Yes. Dia yeochin aku, sejak minggu lepas. So, salah ke kalau aku nak kiss dia pun? Alah tahu lah korang jealous. Right?" Aku tersenyum sinis lagi. Lama kelamaan, jumlah pelajar pun semakin sedikit. Mungkin rasa malu dan bersalah selepas mendengar pernyataan aku.

"And kau, Son Mina. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau boleh berambus." Satu tamparan hinggap di pipi Mina. Dia terduduk dan menangis.

Mesti dalam hatinya berkata sis redha.

Selepas itu, aku terus menarik tangan Sora untuk beredar daripada mereka semua. Aku membawa Sora untuk pergi ke locker aku. Nasib baik aku ada kemeja sekolah lebih.

"Nah, pergilah tukar dulu baju kau." Aku memberinya satu senyuman manis.

"Gomawo, Jungkook-ah." Dia memeluk aku dengan erat. Aku harap dia takkan rasa degupan jantung aku.

---

Omg Jungkook jadi manly dalam chapter ni duh i kennot 😍

Read, comment & vote ~










Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now