Part 9

5.7K 623 4
                                        

Enjoy it :)

---

Jungkook memandang Sora yang sedang sibuk bermain phone disebelahnya. Pasal semalam tu.. Nak tanya ke taknak eh? Huh.

"Sora.." panggil Jungkook dengan perlahan. Sora yang mendengar panggilan Jungkook, terus memalingkan wajahnya ke arah Jungkook.

"Apa?" Tanya Sora seraya menjeling.

"Semalam kan.."

Sora hanya focus mendengar apa yang ingin dikatakan Jungkook.

"Ah takde apa apa lah." Sambung Jungkook malas. Kemudian, dia bangun dari tempat duduknya dan terus keluar dari kelas.

Sora hanya menaikkan bahu tanda tidak tahu apa apa. Dah kenapa biskut ni? Moody semacam je. Period ke? Eh dia lelaki lah. Bengong kau ni Sora --"

"Goodmorning everyone!" Mendengar saja sapaan Mr. Siwon, semua pelajar di dalam kelas 3-1 kelam kabut ke tempat duduk masing masing.

Krik krik krik.

Sora menaikkan kening kirinya. Ni mamat mana pulak sesat dalam kelas aku ni? Dah la excited semacam je.

Mr. Siwon menggosok belakang lehernya tanda malu. Dia punya lah excited nak mengajar kelas baru, tapi kena bunyi cengkerik yang keluar? Hm.

"Ehem. Nama saya Mr. Siwon. Saya akan menggantikan Mrs. Yein sebagai guru kelas kamu. Buat pengetahuan kamu semua, Mrs. Yein perlu pergi ke America selama 2 bulan kerana ada urusan. So--"

Belum sempat Mr. Siwon berkata kata, pelajar bersorak gembira. Siapa tak gembira? Mrs. Yein takde huhuhu ~

Papp. Mr. Siwon mengetuk meja dengan kuat. Wow, boleh tahan garang jugak. Semua pelajar kini mendiamkan diri.

"Sekarang ni saya nak ambil kedatangan kamu semua. Sila beri perhatian" kata Mr. Siwon tegas. Semua pelajar mengangguk faham.

"Yang Yoseob"

Saya.

"Kim Nayeon"

Saya.

"Lee Sora"

Saya!

"Dan akhir sekali, Jeon Jungkook"

...

---

Jungkook merayau rayau di sekitar sekolah sendirian. Kawasan sekolah kini sunyi memandangkan sekarang adalah waktu belajar.

Jungkook mengeluh berat.

"Kenapa aku nak marah eh? Biarlah minah tu nak ada boyfriend ke crush ke apa ke, siapa kesah. Kan?" Kata Jungkook sendirian. Dia juga keliru dengan dirinya. Bukan ke dia menyampah dengan Sora tu? Ugh serabut.

"Biar jelah. Malas nak fikir." Sambungnya lagi.

Berangan punya berangan, baru dia teringat sesuatu. Jam tangan dipandangnya. What the..

Aku dah lambat.

Lambat apa?

Lambat masuk kelas lah! Mati akuuuu! Mesti kena denda dengan Mrs. Yein ni. Jungkook memecut laju untuk masuk ke kelas.

---

"Dan akhir sekali, Jeon Jungkook"

...

Semua pelajar dan Mr. Siwon memandang ke arah meja Sora. Sora hanya menaikkan bahunya tanda tidak tahu ke mana Jungkook pergi.

Tiba tiba, pintu kelas dibuka dengan kasar. Pandangan Mr. Siwon dan semua pelajar kini tertumpu ke arah gerangan yang berada di hadapan pintu kelas.

"M-mian. Saya Jeon Jungkook!" Kata Jungkook dengan nada yang termengah mengah. Penat. Gila tak penat? Aku buat pecutan laju gila tadi. Huh. Aik? Yang ni siapa? Mana Mrs. Yein?

Mr. Siwon mengerutkan dahi. "Awak dari mana?" Tanya Mr. Siwon.

"S-saya pergi tandas tadi." Jawab Jungkook dengan perlahan.

"Okay. Kali ni saya maafkan. Dah, pergi duduk."

Jungkook mengangguk dan tersenyum kecil. Dia membongkokkan sedikit badannya tanda meminta maaf.

Sora memandang wajah letih Jungkook.

"Kau pergi mana tadi? Oh aku tahu, lumba lari eh? Tak ajak pun.." kata Sora memuncungkan mulutnya.

Jungkook menjeling tajam. Tangannya laju menyerabutkan(?) rambut milik Sora. Pasal semalam tu, ah lantak lah. Aku tak kesah pun huhu.

"Yah. Habis lah rambut aku!" Marah Sora.

"What? Takkan kau tak ingat? Masa first meet kita, macamtu lah kau buat kat aku!" Balas Jungkook kembali.

Sora ikut ketawa. Oh nak balas lah ni? Okay fine.

---

Selamat petang! ❤

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang