"Biskut?!" Jerit aku seperti tidak percaya. Dia memakai serba hitam, dengan cap dan mask dipakainya.
Hengkau hingat hengkau hipster lettuw.
Kejap, kenapa dia pun balik jugak?
Tapi, aku tak yakin dia ni Jungkook atau biskut hancur yang aku kenal. Macam hantu aje. Aku merenungnya dengan lebih tajam. Kalau kau hantu, nyah kau dari sini!
"Okay aku tahu kau tengah fikir yang aku ni hantu. But, aku Jungkook yang betul okay. Jeon Jungkook yang kau selalu panggil biskut tu." Terangnya panjang.
Fuh, buang air liur kau je Jungkook. Aku tengah pakai earphone ni, jadi aku langsung tak dengar apa yang dia cakap. Yang aku tahu, mulut dia tengah berkumat kamit seperti bercakap dengan aku.
Okay gais, jangan tanya dari mana aku dapat earphone tu. Author campak tiba tiba tadi, mungkin nak selamatkan telinga aku dari bebelan biskut ni kot ╮(─▽─)╭
Aku membuka earphone yang dipakaiku. "Kau ada cakap apa apa ke?" Tanya aku pelik. Dari tadi dia memandangku dengan tajam, aku musykil jadi terpaksa lah aku membuka earphone aku ni.
"Monyet betul. Buang air liur aku je bercakap dengan kau." Jungkook memberi jelingan tajam kepadaku. Aku menaikkan bahu tanda tidak faham, dan terus menarik bagasiku ke arah tempat kediamanku.
"Sora, kau marah lagi ke pasal pagi tadi??" Tanya Jungkook tiba tiba. Oh k, baru aku teringat pasal aku kena penangan tampar daripada Jungkook.
Kenapa aku boleh bercakap dengan dia ni? Aku still marahkan dia. Aku hanya mendiamkan diri, tak menjawab pertanyaannya dan terus masuk ke rumah.
"Sor--"
"Shut up." Kata aku dingin dan meninggalkannya yang terdiam seribu bahasa.
Aku tak tahu lah, bila teringat balik macam mana dia tengking aku, macam mana dia marah aku, macam mana dia.. Tampar aku depan Mina. Aku jadi bengang. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku, tak dapat nak kawal perangai panas baran aku.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk meninggalkannya sebelum diri aku ni bertindak di luar jangkaan.
Sesampai sahaja di bilik, aku melemparkan tubuhku di atas katilku yang empuk. Aku memandang kosong ke syiling bilikku dan berfikir seketika, patut ke aku maafkan Jungkook?
Aku rasa berbelah bahagi. Otak kata jangan maafkan, tapi hati kata maafkan. Mana yang patut aku ikut? Aku menggelengkan kepalaku sendirian, malas nak fikir semua ni.
Aku segera mengambil tuala dan membersihkan diriku. Aku mengerang kesakitan semasa mandi, luka luka yang terkena air membuatkan ianya rasa lebih pedih daripada biasa.
Selesai mandi, aku meletakkan ubat yang Mingyu beri lalu baring di atas katil. Sedar tak sedar, akhirnya aku telah pun melelapkan mata. Huh, hari yang sangat meletihkan.
---
Aku terjaga apabila aku terasa titisan air kecil merecik ke mukaku. Dalam keadaan mamai, aku membuka mataku.
"Macam mana lah aku boleh lupa tutup tingkap ni haih." Keluh aku sendirian. Aku lupa sebelum tidur tadi aku ada bukak tingkap nak buang plastik roti, maklumlah malas nak pergi buang dekat tong sampah.
Jangan jadi seperti saya.
Baru sahaja aku ingin menutup tingkap, tiba tiba debommmm.
"Gosh siapa yang baling bom dekat rumah aku ni?!" Dengan tidak sengaja, aku termeletah dengan kuat disebabkan petir yang sedang sambar menyambar. Jantungku dari tadi berdegup dengan laju.
Kenangan bersama Hanbin berputar di dalam kepalaku. Aku masih ingat, dia yang membantuku semasa ribut melanda di taman permainan dulu.
Dia yang selamatkan aku daripada dihempap pokok yang disambar petir. Sejak dari hari tu, aku takut kilat. Boleh dikatakan fobia akan kilat.
Aku rindu kau..
Lamunan aku terhenti apabila bunyi guruh semakin kuat. Aku menjadi semakin takut dan menutup telingaku sendiri. Walaupun aku dah berumur 19 tahun, tapi fobia aku terhadap kilat dan bunyi guruh, tidak pernah hilang.
Dang
Dang
Dang
Aku tidak tahan mendengar bunyi guruh yang kuat, seperti sengaja ingin mengenakanku dan menakutkanku. Aku menangis teresak esak.
Aku segera meninggalkan bilikku dan mengetuk pintu bilik Jungkook yang berada di hadapanku.
"J-jungkook, bukak pintu ni.." Aku mengetuk pintunya kuat dan masih lagi tersedu sedu menahan nangis. Apabila dia membuka pintunya, cepat cepat aku memeluknya dengan erat.
Kalau lah ada eomma dan appa, dah lama aku lari dekat mereka berdua. Peluk mereka erat erat. Tapi, sekarang aku hanya ada Jungkook.
"Sora, kenapa ni?" Tanya Jungkook pelik dan membalas pelukanku. Dia mengusap usap belakangku lembut supaya aku dapat bertenang.
"A-aku takut.. Bunyi kilat tu, kuat sangat. Boleh aku tidur dengan kau?" Tanya aku dengan suara yang bergetar. Gaduh tak gaduh, musuh tak musuh, belakang cerita.
Apa yang penting sekarang ni, aku memerlukan seseorang yang teman aku untuk tidur. Aku tak sanggup tidur keseorangan dengan bunyi kilat yang kuat.
Jungkook kelihatan terkejut mendengar kata kataku. Tapi dia mengangguk faham. Dalam kegelapan yang samar samar itu, aku dapat melihat dia tersenyum ikhlas.
"Tidurlah sini, sebelah aku." Jungkook menepuk nepuk tempat disebelahnya. Aku hanya mengangguk setuju memandangkan aku tengah takut sekarang ni.
Jantungku masih lagi berdegup laju, bagai nak meletup. Tapi kali ini bukan sebab guruh. Sebab jarak wajah aku dan Jungkook dekat sekali.
Aku menukarkan posisi diriku, membelakangi Jungkook. Aku cuba melelapkan mataku. Namun, tiba tiba ada satu tangan memeluk pinggangku erat. Aku jadi kaku, di dalam pelukannya.
Jantung aku berdegup dengan lebih pantas kali ini, tunggu masa nak meletup je.
"Jung-"
Dia memotong percakapanku.
"Shh. Tidur je, kau mesti penat lepas apa yang aku dah buat dekat kau sebelum ni. Mianhae." Jawabnya dengan suara yang serak basah.
Aku segera menepis perasaan pelikku dan akhirnya, aku telahpun terlelap.
---
Fulamak chapter ni terlebih sweet pulak urm ;-; By the way, next update malam ni ye gais. Ai nak buat homework yang bertimbun, still tak siap lagi 😭
Read, comment & vote ~
YOU ARE READING
Annoying Neighbour Jjk
Fanfiction[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction