Part 42

3.8K 415 33
                                        

"Lee Sora! Apa yang kau buat ni?!" Lelaki di hadapanku ini menengking aku lalu menampar pipiku.

Ya, Jeon Jungkook. Dia yang menampar aku.

"K-kau tampar aku?!" Aku menengkingnya semula. Tidak sangka, kawan yang aku percaya selama ini, menampar aku hanya disebabkan seorang perempuan.

Perempuan yang baru sahaja dia kenal.

"Yang kau pergi tolak Mina tu kenapa?!"

"Aku tak tolak pun lah!" Aku membantah pernyataannya yang sememangnya salah.

Sumpah, aku langsung tak sentuh Mina. Aku tak tahu macam mana dia boleh terjatuh tiba tiba.

"Tak payah tipu lah, aku nampak dengan mata aku sendiri. Kenapa kau berubah sampai macam ni? Kalau kau jealous pun, jangan lah sampai macam ni!" Kata Jungkook lagi.

Air mataku hampir tertumpah, tapi aku tahan. Aku takkan menangis lagi hanya disebabkan oleh seorang lelaki. Aku kuat.

"Aku? Jealous? In your dream. Aku menyesal sebab percaya kau, Jeon Jungkook." Kata aku sambil tersenyum sinis terhadap Jungkook. Sempat lagi aku memandang Mina yang tersenyum tanda kemenangan lakonan yang dilakukannya tadi.

Dia memang patut dapat Anugerah Pelakon Sotong Wanita Terbaik, 2016.

Aku tabik ah kalau dia dapat anugerah tu, sebab bukan senang sotong nak berlakon jadi manusia. Kan?

Akibat bengang dengan Jungkook dan Mina, aku terus meninggalkan mereka berdua dalam keadaan terpinga pinga.

Malangnya waktu aku bergaduh tadi, Mingyu tak ada dengan aku. Kalau tak, mesti dia orang pertama yang pertahankan aku.

Aku berjalan menuju ke tapak perkhemahan. Aku terfikir, agak agak nanti apa lah Mr. Siwon cakap bila aku tak ada bawak kayu api yang dia pesan tu. Mesti kena marah punya, gerenti.

Aku berjalan, berjalan dan berjalan. Aku yakin aku akan sampai ke tapak perkhemahan, memandangkan aku ingat jalannya. Tetapi, aku tetap berada di tempat yang sama.

Aku mengerutkan dahiku. "Tempat ni bukan aku dah lalu ke tadi?" Tanya aku sendirian.

Sedar tak sedar, hari telah pun menjadi semakin gelap, kakiku pun semakin penat setelah berjalan tanpa henti. Jangan kata aku.. Sesat?!

Akhirnya, aku terduduk di atas tanah kerana terlalu penat. Luka yang berada di lutut dan tapak tangan aku dipandang seketika. Semua luka ini disebabkan Mina yang menolak aku jatuh ke tanah tadi.

Tidak lupa juga, kaki aku pun terdapat luka yang agak besar, akibat asyik terlanggar ranting kayu.

Tiba tiba sahaja, air mataku mengalir. Aku cuak apabila aku tahu diriku ini telah pun sesat di dalam hutan yang penuh dengan serangga pelik. Lagi lagi apabila seluruh tubuh badanku penuh dengan luka luka, membuatkan aku tidak berdaya lagi untuk berjalan.

Aku harap.. Tak ada harimau. Aku menangis lagi, sambil memeluk lututku.

Macam mana kalau hujan? Nanti bunyi petir kuat? Homaigod, aku fobia dengar bunyi petir!

"J-jungkook, tolong aku!" Aku menjerit sambil tersedu sedu. Aku sendiri pun tidak tahu macam mana namanya boleh terkeluar daripada mulutku, tapi aku harap dia datang selamatkan aku.

Aku menggelengkan kepalaku. "No Sora, dia takkan selamatkan kau. Dia benci kau. Dan.. Aku pun benci dia." Kata aku sendirian sambil melepaskan keluhan yang amat berat sekali.

Sesiapa sahaja, tolonglah selamatkan aku.

Kerana terlalu letih, akhirnya aku terlelap hanya beralaskan daun daun.

---

[Mingyu POV]

"Jungkook, kau pergilah tengok sekejap Sora dengan Mina tu, aku rasa tak sedap hati pulak." Aku mengarahkan Jungkook dan Jungkook hanya mengangguk faham.

Setelah Jungkook beredar, aku menyambung tugasan aku, mengutip kayu kayu yang boleh dijadikan kayu api.

Selepas sudah puas dengan jumlah kayu api yang aku kutip, akhirnya aku pun beredar dari situ dan pergi ke tempat dimana Sora, Mina dan Jungkook berkumpul.

Apabila sampai, aku dapat rasa suasana dingin di antara mereka berdua. Aku mengerutkan dahi.

"Jungkook Oppa, Mina takut!" Mina menggosok gosok lututnya sambil menangis.

Aku tahu air mata tu hanya air mata palsu. Dah dah lah tu berlakonnya, Son Mina.

Aku memandang mereka berdua sambil menggelengkan kepalaku. Wait.. Dua orang je? Mana Sora?
Aku mula gelabah apabila melihat Sora yang tidak bersama mereka.

"Jungkook, mana Sora?" Aku bertanya dengan tenang walaupun hakikatnya aku tengah gelabah nak mati sekarang ni.

Namun, pertanyaan aku tadi dibiarkan. Jungkook dan Mina, kedua dua mereka mendiamkan diri.

Aku mula rasa tidak sedap hati dan gelisah.

"Aku tanya kau ni, mana Sora?!" Tengking aku sambil mencapai baju di bahagian dada Jungkook.

"Dia.. Dah pergi balik ke tapak perkhemahan. Alah, biarlah dia. Dia dah besar kot, pandai pandai lah jaga diri." Kata Jungkook selamba, cuba untuk memihak terhadap dirinya sendiri.

Aku percaya, Jungkook, Sora, dan Mina ada bergaduh tadi. Kalau tak, tak ada maknanya Sora akan balik ke tapak perkhemahan tanpa sebab. Walaupun Jungkook kata Sora dah balik ke tapak perkhemahan, aku masih rasa tidak sedap hati.

Aku terus meninggalkan mereka berdua dan menuju ke tapak perkhemahan. Setelah sampai sahaja, kelam kabut aku meletakkan kayu yang dipegang tadi, aku mencari Sora di merata tempat.

Melihat kelibat Taeyeon dan Taehyung, aku percaya mereka berdua adalah rakan karib Sora. Aku pergi ke arah mereka dan bertanya.

"Ada nampak Sora tak?" Tanya aku risau. Mereka berdua menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Aku cuba untuk menenangkan diriku sendiri dan pergi ke arah Mr. Siwon.

"Mr. Siwon, Sora hilang!" Belum sempat aku memberitahu perkara itu ke Mr. Siwon, sudah ada salah seorang guru yang melaporkan kepada Mr. Siwon.

Aku memandang Jungkook yang masih leka berborak dengan Mina. Sampai sahaja di depan mereka berdua, tanganku laju menumbuk wajah Jungkook.

"Sora hilang! Apa yang kau dah buat dekat dia?!" Jerit aku. Jungkook pada mulanya ingin membalas tumbukanku, tapi dia terhenti apabila mendengar nama Sora.

Lagi sekali, aku menghadiahkan tumbukan yang tepat di bahagian mulutnya.

"Kalau apa apa jadi dekat Sora, aku takkan maafkan kau!!" Jerit aku lagi dengan wajah yang bengis. Kini, semua pelajar berkerumun menyaksikan pergaduhan antara aku dan Jungkook.

Aku meninggalkan mereka semua dan masuk ke dalam hutan semula, untuk mencari Sora.

Aku harap kau tak cedera, Lee Sora.

---

Homework pun tak siap lagi, dah sibuk buat fanfic hewhew.

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang