Part 54 [End]

5.9K 484 72
                                        

FINAL ✨✨

---

[Jungkook POV]

"AHHAHAHHAHAHAH" Aku ketawa sampai tergolek golek di hadapan Sora. Orang disekeliling semua memandang kami berdua pelik.

"Pahal kau?! Ergh diam lah" Marah Sora lalu memberi jelingan tajam kepadaku. Aku membalasnya dengan menjelir lidah ke arah Sora.

"Tulah kau. Aku dah kata dah tengok je Finding Dori, kau nak sangat tengok Conjuring lepastu menjerit jerit dalam panggung tadi bila tengok valak tu hah." Aku masih lagi dengan sisa ketawa aku.

Okay stop Jungkook. Nanti Sora terasa pulak. Kejap, aku nak berhenti, tapi aku tak boleh tahan.

Boleh kan aku nak ketawa lagi?

"PFTTT HAHHAHAHAHHA kau patut tengok muka kau dalam panggung tadi!" Aku sambung ketawa lagi sambil menepuk nepuk tanganku.

Bila teringat balik Sora punya muka masa tu, serious kelakar weh.

"Bla lah kau, aku sumpah tujuh keturunan kau!" Ujar Sora lalu meninggalkan aku keseorangan di belakang.

Eh? Tujuh keturunan? Oh no, jangan sumpah hyung hyung aku.

Aku terus berlari untuk mendapatkan Sora.

"Ala Sora, kau marah ke?" Tanya aku sambil menarik tangannya lembut. Tetapi, dia menepisnya dengan kuat.

"Aku gurau je lah." Aku berkata dengan nada sedih dan membuat muka comel dihadapannya. Tapi, dia tetap endahkan aku seperti tiada orang di hadapannya.

Heh, masa ni lah aku nak beraksi.

Aku mendekatkan wajahku dengan wajahnya, mata aku dan Sora bertembung. Kemudian aku memandang bibir Sora dan tersenyum nakal.

Membulat mata Sora apabila melihat wajah aku yang dekat dengannya, dia segera menolak tubuhku jauh darinya.

"Yah micheosso?! Orang tengok lah!" Marah Sora lagi. Aku memandang wajahnya yang dah semakin memerah sebab aku menyakatnya tadi.

"Salah kau lah, kau tak nak maafkan aku." Balas aku dengan nada yang sedih.

Sora mengeluh perlahan lalu ketawa kecil.

"Fine. Aku maafkan kau, janji jangan buat lagi." Sora mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat pinky promise, begitu juga dengan aku.

Aku tersenyum puas. "Aigoo, macam ni lah kawan aku." Kata aku sambil mengusap usap kepalanya. Tetapi apa yang aku dapat adalah jelingan yang cukup tajam daripadanya.

"Buat macam tu lagi dan aku akan campak kotak popcorn ni dekat kau."

"Ala yelah. Dah jom balik." Aku terus memegang erat tangannya seperti tak nak melepaskannya.

"Jungkook, kenapa pegang tangan aku?" Tanya Sora tiba tiba.

Ohmy, aku nak jawab apa pulak ni.

"Er sebab takut kau hilang? Ha, takut kau hilang. Sebab kau tu dah lah kecik, comel pulak tu. Tak pasal pasal nanti kena culik." Sengaja sahaja aku mencari alasan padahal aku memang nak sangat memegang tangannya. Sora mengangguk faham.

Annoying Neighbour   JjkCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang