Part 32

4.3K 414 1
                                        

This is the last update bcs i'm got to study for my mid-year exam next week. So enjoy it!

---

[Sora POV]

Sampai sahaja di rumah, aku kelam kabut pergi ke meja makan tanpa membuka begnya. Hidangan yang disediakan oleh halmeoni dipandang.

"Woaaa." Sorak aku teruja sambil menghidu bau masakan halmeoni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan, okay line clear!

Tanganku mahu sahaja mengambil salah satu daripada makanan itu, tapi malangnya ada tangan lain yang memukul tanganku.

"Aww." Keluh aku. Aku memandang halmeoni yang tercegat dihadapanku, dengan mukanya yang seperti marah. Tapi tak marah pun sebenarnya, acah je lebih halmeoni ni.

"Apa kamu ni, balik balik je terus nak pegang makanan. Beg tak bukak. Stokin tak bukak. Belum mandi. Tangan lagi lah, langsung tak basuh!" Bebel halmeoni. Aku hanya tersengeh mengherot dengar bebelan halmeoni.

Tak dinafikan lagi, memang perangai aku ikut perangai halmeoni. Membebel nombor satu.

Tiba tiba sahaja aku teringatkan Jungkook. Aku memandang halmeoni yang sedang membuat air di dapur.

"Halmeoni, mana Jungkook?" Tanya aku pelik. Selalunya aku yang balik lambat. Maklumlah, aku ni memang suka berjalan lambat. Dalam kata yang lebih jelas, slow walker.

Taehyung dan Taeyeon pun ada juga menasihati aku supaya berjalan lebih laju. Tapi aku hanya mengendah. Aku lagi suka jalan slow slow.

Laju laju nak pergi mana kan?

"Entah, dia belum balik lagi." Jawab halmeoni yanh sedikit menjerit dari dapur. Aku hanya meng oh kan jawapan halmeoni itu.

"Jungkook dah balik!" Jerit Jungkook dari pintu utama. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut.

Dia membalas pandangan aku. "What? Tahulah aku handsome, janganlah pandang macam tu. I malu." Kata Jungkook dengan nada yang gedik.

"Euw sejak bila kau jadi gedik ni? Takde lah, aku pelik. Baru je cakap pasal kau tadi, kau dah muncul."

".. Entah entah, kau bukan Jungkook kot. Kau hantu eh?!"

"..Halmeoni ! Hulurkan Sora garam! Ada hantuuuu!" Jerit aku dengan bersungguh sungguh. Nak dikatakan, satu rumah itu bergema dengan jeritan aku je.

Halmeoni di dapur hanya mengendahkan aku. Halmeoni ni, orang mintak garam, tetapi dibaginya bunyi cengkerik pulak.

Lakonan aku sia sia sahaja apabila Jungkook langsung tidak menunjukkan reaksi apa apa.

Malah, dia memandangku dengan pandangan yang tajam.

"Pabo Lee Sora." Selamba sahaja dia membalas lakonan aku macam tu, tambahan dengan pakej menunjal dahiku.

Muncung aku memanjang. Penat aku simpan strategi nak jadi pelakon cerita seram yang hebat. Namun, dahiku ditunjal pula.

Tanpa membuang masa, aku terus mengejar Jungkook yang sedang menaiki tangga untuk masuk ke biliknya.

Sampai sahaja dibelakangnya, aku spontan menarik bajunya. Tindakan aku membuatkan dia tertarik ke belakang.

"Eh ada hantu siang siang!" Latah Jungkook. Ketawa besar aku dibuatnya apabila mendengar latahan Jungkook. Ternyata, dia melatah pasal watak hantu yang aku lakonkan tadi tu.

"Yah, kau kenapa hah?!" Tanya dia tak puas hati.

"Tu balasan untuk dahi aku tadi. Hehe no war, let just peace!" Kata aku sambil menunjukkan sebaris gigi dan senyuman yang menawan.

Belum sempat Jungkook ingin membalas, kedengarn halmeoni pula menjerit dari ruang tamu.

"Sora, Jungkook. Apa yang kamu buat kat tangga tu? Dah pergi mandi, lepas tu turun makan."

"Nae halmeoni" jerit Jungkook dengan suara yang mendatar. Manakala aku hanya mengangguk faham tanpa menjawab.

Satu, dua, tiga..

Aku dan Jungkook kelam kabut berlumba untuk masuk ke bilik, tak lupa juga Jungkook yang terjatuh berdekatan dengan tangga disebabkan menolak aku tadi.

Dengan segera, aku mandi dan turun ke bawah semula.

---

Aku, halmeoni dan Jungkook. Ketiga tiganya makan tanpa bersuara. Tiada apa ingin dibualkan, lagipun takut nanti tercekik pula.

"Ehem." Jungkook berdehem, seperti ingin berkata sesuatu.

Aku mengendahkannya dan terus makan dan makan.

"Er Sora, teman aku pergi beli barang untuk kem nanti boleh tak?"

Jungkook mintak tolong dekat aku? Okay mungkin aku salah dengar.

Aku memandang halmeoni, dan halmeoni memandang aku semula.

"Apa?" Tanya aku kepada halmeoni.

"Tu hah Jungkook tengah bercakap dengan kamu, yang kamu diam tu kenapa?" Marah halmeoni. Aku hanya tersengih kambing.

Aku fikir Jungkook cakap dengan halmeoni tadi, suruh temankan dia beli barang kem. Huh.

"Taehyung kan ada? Ajak lah dia" kata aku malas, memang malas nak menapak ke mall.

"Alah. Dia... Keluar dengan Taeyeon lah." Jawab Jungkook, acuh tak acuh.

Tch Taehyung ni, dating dengan Taeyeon bukan nak ajak aku.

Sekali lagi, Jungkook memandang aku dengan penuh harapan. Sempat lagi dia membuat aegyo.

"Fine aku teman kau. Tak payah nak buat aegyo sangat, hodoh aku tengok." Kutuk aku selamba.

"Pabo." Kata Jungkook seakan akan merajuk. Aku dan halmeoni ketawa besar melihat dia dengan muncung itiknya itu.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang