Part 21

4.7K 446 11
                                    

[Jungkook POV]

Baru sahaja ingin melelapkan mata di ruang tamu sekejap, tiba tiba aku terdengar satu suara jeritan yang datang dari dapur.

"Jungkookieeeee" jeritnya. Ni tak lain tak bukan mesti Sora. Ergh dia nak apa lagi lah.

Dengan malasnya, aku bergerak ke dapur. Sora yang dengan mulut muncung seperti itik dipandang.

"Kau kenapa? Terjerit jerit, nak tidur pun susah." Balas aku. Aku mengantuk sebenarnya ni. Huh.

Sora mencebik. "Yah, tadi kau suruh aku masak kan?" Tanya Sora.

Dia ni pekak ke? Kan tadi aku dah bagitahu. Siap bagi kiss lagi. Kes tak puas hati lah tu.

"Ya." Jawabku pendek.

"Tahu tak, barang dapur semua dah habis. Dah tu aku nak masak apa??"

Bla bla bla. Membebel lah kau Sora. Aku tengah tidur, walaupun mata masih terbuka.

Tiba tiba, badanku ditolak kuat oleh Sora.

"Ehhh." Teriakku cuba untuk mengimbangkan diri. Fuh, nasib tak jatuh. Kan aku dah kata tadi aku tidur sambil mata terbuka. Err.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Tanyanya.

Aku membuat muka blank, apa yang Sora cakap tadi? Someone tolong aku. Aku tak dengar tadi.

Sora mengeluh perlahan. Okay gais, kenapa dia mengeluh?

"Haih, mesti kau tak dengar kan. Biar aku ulang balik. Barang dapur dah licin habis, aku nak masak apa harini?" Terang Sora secara perlahan. Okay baru aku faham.

"Erk so?" Balasku. Dia memandangku dengan jelingan tajam yang mampu menakutkan aku. Lol.

"Sooo, kau kena ikut aku pergi market. Kalau tak ikut, aku masak untuk aku sorang je, tak pun aku makan kat luar. Hmm sedap jugak." balas Sora sambil mengusap dagunya. Oh so sekarang ni dia nak suruh aku teman dia? Er memang tak!

"Malas ah, aku nak tidur. Bye" jawabku dan terus meninggalkan dia di dapur.

"No dinner for tonight~" jerit Sora dengan suara ala ala opera. No dinner?! Kau gila? Nak aku mati kelaparan? Ugh.

"Fine fine, aku teman kau!" Jawabku. Terpaksa weh terpaksa. Mesti dia nak balas dendam sebab aku kiss cheeks dia tadi. Aku sengaja je nak gurau tadi huhu.

---

Aku berjalan seiringan dengan Sora. Selalunya memang bergaduh, tapi sekarang tak. Sebab apa? Sebab aku mengantuk, takde idea nak cari gaduh.

"Oit kau kenapa diam je?" Tanya Sora. Huh lagi nak tanya ke?

"Diam salah, bising salah. Taktahu lah apa yang betul." Jawabku dalam nada memerli. Aku melihat wajah Sora. Dia hanya menjeling dan mulutnya sedang berkumat kamit. Mungkin tengah menyumpah seranah aku kot.

Sampai sahaja di pasaraya tersebut, aku menarik nafas sepanjang panjangnya. Huhuhu ada aircond ~

Aku tahu yang aku tengah dapat renungan tajam dari Sora sekarang ni tapi ada aku kesah? Maaflah, nak kata aku jakun memang jakun pun. Aku jarang pergi market, kecuali kalau eomma paksa aku.

Aku melihat Sora yang sedang leka memlilih barang dapur. Ceh, barang dapur konon. Sebenarnya dia tengah pilih snek. Tahu tak makanan ringan amatlah tidak baik untuk kesihatan!

Dia meletakkan keropok pringles di dalam troli. Tapi, aku keluarkan balik.

Seterusnya, potato chips.

Air coke.

Mamee monster.

Seaweed.

Dan akhir sekali, yogurt.

Aku hanya mengambil seaweed dan yogurt, yang lain semua aku dah campak ke tempat lain. Hoho jahat tak aku? Tak, aku baik.

Macam aku cakap tadi, makanan ringan tidak baik untuk kesihatan.

Sedang aku bebel dengan author cerita ni, tiba tiba Sora memalingkan wajahnya ke arah aku.

Habis, matilah kau Jungkook. Harimau dah mengaum.

"JEON JUNGKOOK! MANA SNEK YANG AKU DAH LETAK TADI?!" Jerit Sora kuat. Kalau suara sedap macam IU takpe jugak, ni macam err baek hyung bila menjerit.

Minta maaf baekhyun hyung, saya tak berniat nak kutuk hyung.

Orang di sekelilingku semua memandang kami berdua pelik. Ada juga yang berbisik bisik. Mungkin terkejut melihat ketampananku.

Ok tipu je.

Hanya satu perkataan yang dapat aku kata sekarang ni, memalukan. Aku rasa macam nak gilis muka aku kat jalan tar dah ni.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now