[Sora POV]
Hentakan kaki seseorang bergema di ruang tamu. Siapa lagi kalau bukan Jungkook.
Dia memakai baju mickey mouse yang aku bagi tadi. Hahaha cute!
Dia turun ke bawah sambil memberi death glare yang menakutkan kepadaku. Aku memandangnya sekilas.
"Asal pandang aku macam tu?"
Masih dengan renungan tajamnya, dia menjawab. "Kau tengok baju kau ni, mickey mouse!"
"So?"
"Eee jatuh kelakian aku tahu tak!" kata Jungkook ala ala merajuk.
Pfttt. Aku sedaya upaya menahan ketawa. Nanti gelak takut dia terasa pulak.
"Kira okay lah, kalau aku bagi baju barbie? Nak pakai takkk?" Tanya aku seperti ingin memujuk.
Tapi, nampaknya dia semakin marah. Aku tak pandai pujuk orang ok so.... Lantak lah biskut tu.
Aku baru nak sambung bercakap, dia dah tinggalkan aku sorang sorang.
"Aish this boy.. Aku dah tolong, dia balas macam ni pulak. Aigoo" aku membebel sendirian.
"Yah Sora, palliii" jerit Jungkook dari pintu depan. Aku berjalan sambil menunjukkan muka menyampah. Tak reti sabar ke? Ergh
Setelah penat berjalan secara perlahan lahan, akhirnya kami berdua sampai di tempat yang dituju, iaitu di hadapan rumah Jungkook.
Perlahan lahan, aku dan Jungkook ingin membuka pintu rumah dan.. Berkunci.
Tahu tak, berkunci?
Aku memandang Jungkook pelik. "Oi, mana kunci?" Tanya aku. Rumah dia sendiri, tapi masuk macam pencuri. Haih.
Jungkook menggosok gosok dagunya seperti detektif.
"Erm.. Entah?" Jawabnya sambil menaikkan bahunya. Plus, dia buat muka tak bersalah.
Aku menepuk dahiku. Dia ni kadang kadang lurus bendul jugak kan.
"Dah tu macam mana nak masuk kalau takde kunci?! Eh kau nii"
"Hmm kejap. Bagi aku fikir. Kau, duduk situ diam diam!" Marah Jungkook semula. Tch, tak guna. Aku nak tolong, aku yang kena marah. Huh sabar Sora.
Aku hanya duduk bersila dan termenung menunggu Jungkook berfikir.
Selang 15 minit,
"Oi. Berapa lama lagi aku nak tunggu kau fikir ni?" Tanya aku bengang. Gila tak bengang, dah 15minit dia berfikir.
"Ermm ha!"
"Ha apa?" Aku mula teruja. Mesti dia dah tahu kat mana kunci!
"Dalam beg sekolah aku. Aku lupa yang aku memang ada spare kunci dalam beg." Jawabnya selamba.
Aku mendengus geram. Dah tu 15minit tadi dia fikir apa je? Memang buang masa aku jelah.
"Dah dah pergi lah ambik kunci, cepat sikit. Aku nak sambung tengok exo showtime." Aku berdiri dan terus menolak badannya.
"Exo exo exo. Baju aku lagi penting tahu tak!" Marahnya.
"Ah takde takde, exo lagi penting." Jawabku selamba. Jungkook pergi tanpa membalas kata kataku. Heh finally.
---
Author pov
Jungkook pergi ke arah begnya yang berada di bilik tetamu. Sambil dia mencari kuncinya, sambil dia membebel.
"Apa lah. Baju aku lagi penting tahu tak"
"Kalau takde baju nanti, nak pakai apa? Huh"
"Exo bukan kenal minah tu pun"
"Buang masa je minat"
"Tak ada faedah"
"Lebih baik minat aku je"
Setelah menjumpai kuncinya, dia segera memusingkan badannya untuk keluar daripada bilik itu.
Alangkah terkejutnya apabila melihat Sora dihadapan matanya. Lagi terkejut apabila hidungnya telahpun terlanggar dengan hidung Sora. Jarak antara wajah mereka berdua hanya beberapa inci sahaja. Keadaan menjadi kekok seketika.
"Ehem" Jungkook berdehem dan menghentikan lamunan mereka berdua.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Jungkook dengan sedikit kekok. Lain pula dengan Sora, dia sedikitpun tiada rasa malu atau kekok.
"Aku? Aku bosan duduk kat luar, lagipun sejuk. So aku masuk dalam rumah. Hehe" jawabnya selamba sambil membuat gaya peace kepada Jungkook. Jungkook mengangguk faham.
"ah choo!" Tiba tiba sahaja Sora terbersin.
"Yah, ee apa ni?! Menjijikkan lah!" Marah Jungkook.
Sora menjeling. "Salah kau lah, siapa suruh langgar hidung aku. See? Dah selsema pulak. Huh" balasnya.
"Salah aku pulak? Er apa apa jelah." Kata Jungkook dan meninggalkan Sora. Sora ketawa kecil tanda kemenangannya.
---
Lamanya dah tak updateeee omg rindu korang semua! Sorry, author takde masa nak update ~ apa apa pun, happy holiday guys! :)
Read, comment & vote ~
YOU ARE READING
Annoying Neighbour Jjk
Fanfiction[completed] is that true? hate can become love? Started ; Dec 15' End ; July 16' Highest Ranking - #19 in fanfiction