Apa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud?Sesungguhnya, berada dalam situasi begitu memang teramat tidak menyenangkan apatah lagi bila Lut buka mata, wajah pertama yang menyapa pandangan adalah wajah manusia yang dia tak berapa gemar sangat nak jumpa. Jangan tanya kenapa. Kadang perasaan 'tak berapa nak gemar' wujud pun tanpa bersebab. Rasa 'tak berapa nak gemar' tapi bukan benci inilah yang buat Lut tak semena-mena kerut dahi dengan lebih dalam dengan keluhan halus terlepas daripada bibirnya.
"Kau fikir aku tak dengar kau mengeluh tu?"
Lut cuba tahan diri daripada julingkan mata 360 darjah. Kalau buta pun tak apa, asalkan tak perlu nak tengok muka minah yang menjengkelkan ni.
Malangnya, Minah Menjengkelkan tersebut tak segan silu menjulingkan mata, Lut berani sumpah mata hitam dia tak ternampak dalam pada minah tu buat begitu. Mata Lut mengecil, sebelah kening terangkat. Dia perhati aje sementara minah tersebut menarik kerusi bangku yang serasanya bangku untuk meja mekap (ada lagi zaman ni?). Dia melabuhkan duduk diatas bangku kecil itu, (Lut tak sangka punggung dia muat duduk atas tu. Harapnya tak patah kaki bangku tu) sedang Lut cuba bangun daripada pembaringan untuk duduk elok-elok dengan kaki dibiarkan terlunjur bawah selimut tebal atas katil single itu.
"Aku tengah ready nak jawab tembakan soalan daripada kau since aku jejak masuk tadi, tapi kau tak pula tanya memende."
"Tengok muka kau aku terus lupa semua benda yang aku terlintas dalam kepala otak aku," Lut balas, jemari dilarikan dalam rambutnya yang pendek, mata dibiarkan meliar kesekeliling bilik. Lut agak kagum sebab minah tu tak pula balas kenyataan direct dia.
Cuma, dia menjongketkan bahu, kemudian dia bangkit daripada duduknya atas bangku kecil itu. Ah sudah, silent treatment ke? Detik hati Lut bila minah tadi pusing kan badan mula mengorak langkah keluar daripada bilik kecil tersebut.
"Woi, Aiman, kau nak pergi mana lak tu?" laju Lut panggil, buat Aiman menghentikan langkah serta merta. Dia berdiri tegak, jongket kan bahu sekali lagi.
"Aku malas nak layan orang yang tak reti nak hargai usaha aku. Aku datang niat baik walaupun tak ikhlas mana, kau buat sakai dengan aku." Balas Aiman. Dia buka langkah lagi.
"Weh, sat! Okey, fine. Aku just jujur teramat, aku minta maaf okey? Kau- Kau balik sini semula." Lut memanggil, tangan menggamit supaya Aiman kembali kepadanya.
Aiman pusing dengan sengih sinis tertampal diwajah. "Kerek kau ni. Karang aku tarah luka kau semula, padan muka. Buat tahi lagi dengan aku." Muka smug gila. Separuh daripada diri Lut berasa agak menyesal sebab mengalah. Selebihnya malas nak melayan bila otak terasa berfungsi semula.
Aiman duduk semula atas bangku kecil tadi, mula tuangkan air kosong dalam gelas plastik. Tak perasan ada meja kecil sebelah katil dengan botol air mineral Cactus 1.5 liter dan gelas plastik Ikea warna biru kehijauan yang Aiman hulurkan pada Lut. Ada lampu tidur yang tidak menyala bersebelahan dengan botol mineral Cactus itu. Lut menyambut huluran Aiman, meneguk air yang dituang tadi. Tak sangka dia haus teramat sampaikan dia sendiri yang tuang air lagi dalam gelas kecil itu. Aiman sekadar memerhati sehingga air mineral dalam botol tinggal suku. Muka Aiman sedikit pun tak terkejut.
"Tho... aku rasa kau habiskan ajelah mineral tu. Ada je lagi kat dapur kalau kau nak lagi... Memandangkan kau dah black out like- almost three days straight." Ujar Aiman, berkira dengan jari sendiri.
Niat Lut nak habiskan air tersebut terbatal serta merta. Lambat-lambat dia angkat kepala, mata habis besar memandang Aiman.
"Tiga hari? Black out?"
Aiman jongket bahu lagi. "Aku rasa aku dah cakap dah tadi. Katang gak kau en, pusing badan macam tak sakit je luka kat sisi badan kau tu." Aiman mengangguk kecil.
Lut mengedipkan mata sekali, muka tak percaya. Lama-lama dia mengerutkan dahi. Dia mengangkat sedikit tee lengan pendek yang dipakai (yang baru dia sedar bukan miliknya). Sungguhlah ada balutan disisi kiri badannya. Patutlah rasa macam tak selesa. Kali ni, dia tengok sekeliling bilik tersebut. Berhadapan dengan katil terdapat tingkap dengan langsir hijau menghalang cahaya matahari masuk sepenuhnya.
"Oh, kau ada kat rumah aku. In case you are wondering. Untuk sementara waktu ni, kau stay je kat rumah aku. Bahaya kau duduk sorang kat rumah kau tu." Ujar Aiman, jenuh nak menunggu Lut buka mulut untuk bertanya.
Lut kerut dahi. "Weh, aku sumpah tak ingat apa jadi. Aku tak ingat macam mana aku dapat luka ni, aku tak ingat..."
"Dah." Kata Aiman sepatah. Aiman mengeluh kecil. "Aku dapat rasa kau tak ingat dengan muka confused kau tu. Kau rehat buat sementara waktu ni. Aku nak keluar kejap, nak cari AJ tak balik-balik lagi. Nanti aku datang balik. Kau jangan nangis pulak." Aiman berdiri semula.
"Aku rasa nanti Aki masuk nak check kau..." kata Aiman apabila dia berpaling kepintu.
"Aki?" soal Lut. Tak pernah Lut tak dengar orang gelarkan atuk mereka dengan gelaran sebegitu.
"Uhm... Aki... Grandfather- uhm, apa nama dalam melayunya..." sekali lagi Lut tahan mata daripada dijulingkan keatas. Bukan dia dungu sangat tak tahu Aki tu gelaran untuk apa.
"Atuk kau?" Lut membantu dengan rasa meluat dalam hati.
Aiman tersengih kekok. "Ha'a. Dia yang tolong tend- uhm... rawat luka kau tu." Beritahu Aiman, membetulkan silapnya sendiri.
Lut mengangguk. Malas dah nak melayan. Nak ditanya apa jadi beberapa hari lepas yang dia tak ingat apa terjadi pada Aiman, minah ni gamaknya seperti tak tahu menahu pun apa jadi. Rasa sesak dalam kepala macam ada budak tinggi paras pinggang menarik-narik hujung baju yang dipakai emaknya semata nak minta belikan ais krim. Pelik analogi, tapi itu lah kalau nak diibaratkan.
Aiman dah pun berdiri dimuka pintu, tapi dia terhenti sebelum menutup daun pintu. "Kalau kau nak tahu apa jadi, kau boleh kut tanyakan pada Aki apa jadi." Kata Aiman sebelum dia menghilang disebalik daun pintu. Lut hanya mampu mengharap dia silap dengar bahawa sekejap tadi Aiman menekan perkataan 'kut' yang selalunya menandakan benda yang tidak pasti. Siapa lagi yang boleh bantu Lut untuk berasa 'pasti' dengan apa yang menimpa diri Lut beberapa hari yang lepas? Disebabkan Lut tidak tahulah, Lut hanya mampu berharap Aki kepada Aiman dengan AJ boleh menceritakan kepada Lut apa yang jadi.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #