Dia tak pastu dia sedang bermimpi atau realiti sedang memecahkan ruang mimpi Lut dalam usaha nak mengejutkan Lut bangun daripada tidur. Tidur yang dirasakan sementara. Tidur yang tidak mencukupi. Dunia bergoncang hebat, muka-muka yang mula kabur. Lut cuba mencapai bayangan mereka tetapi makin pudar.
"LUUUUUTTT~~~~!!!! Bangun!"
Suara Lisa memecahkan segalanya, buat Lut menggulingkan badan jauh daripada Lisa. Tapi cengkaman Lisa kemas dibahu Lut menarik Lut untuk menghadapnya.
"Kau tidur lepas subuh?"
"Nnnn...."
"Lukey dear, wake the hell up. Kau kena ikut Lisa ambil dia kat airport."
"Nhhhhuh? S....apa...?" Lut balas malas, menarik bantal untuk menutup telinga dan juga matanya daripada cahaya matahari yang mencelah masuk dari luar.
"Just wake up! Dia nak jumpa kau first hand. Mandi cepat, we're leaving soon." Jawab Lisa tanpa menjawab soalan cepu emas Lut. Lisa dengan mudah menarik Lut sehingga badan cekeding Lut terhempuk atas lantai memaksa Lut untuk bangun.
Rambut dia kusut masai, dahi berkerut cuba sedarkan diri yang masih mamai.
"Pukul berapa sekarang?"
"Doesn't matter. Siap cepat. I give you ten minutes."
Lut benamkan muka dalam bantal yang terjatuh sama dengan dia tadi dan mengeluh berat melihat Lisa keluar daripada biliknya. Dia menolak badannya untuk bangun dan mencampak bantal atas katil. Lut menarik tuala dari sebelah loker dan masuk dalam bilik air untuk bersiap.
10 minit? Lut biasa siap 3 minit kalau dia liat nak mandi.
*
"Teruk kau ni." Komen Lisa bila Lut masuk dalam kereta.
"Tell me benda yang I don't know." Dia menjawab antara dengar dengan tidk sambil menyelesakan badan. Kepala disandarkan pada tingkap kereta dan tangan disilangkan kedada lepas memakai tali pinggang.
"Kau mandi tak?" Lisa bertanya sambil mengundurkan kereta.
"10 minit, I have the time of my life."
Lisa mengerling sekilas kearah Lut yang mula nak lelapkan mata.
"Mhm, sure you do." Dia gumam rendah dan memulakan perjalanan.
*
"Dia lambat." Komen Lut mula bosan tahap gila. Gerak tadi dalam pukul sembilan lebih, sekarang dah nak masuk pukul sebelas.
"Flight delayed. Tapi dia dah-"
Ringtone Lisa mula berbunyi dalam tangan Lisa. Sambil dia menjawab panggilan tersebut, dia bangkit dari tempat dia duduk. Lut sekadar memerhati.
"Jom," Lisa menggamit pada Lut.
"Sampai dah?"
Lisa sekadar mengangguk. Langkah dibuka besar dan pantas, tapi Lut tak rasa itu cara jalan Lisa yang biasa sebab kadang Lisa perlahankan langkahnya supaya Lut boleh catch up. Disebabkan Lut agak liat nak bergerak hari tersebut, nak tak nak Lisa kenalah menunggu Lut berjalan dengan sehabis pantas yang Lut mampu untuk hari tu.
Sesungguhnya Lut tak bersedia mental dan emosi untuk bertemu dengan lelaki yang seingat Lut bernama Fattah... (Ke Fateh? ... Fath something...)
Lisa hanya beritahu lelaki itu akan datang Khamis ni, bermakna harini, tak pula Lisa beritahu dia kena ikut sekali melainkan Lut yang kena ikut manusia Fateh ini yang berhasrat untuk membawa Erik bersama pulang ke zon barat nanti.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #