20

129 8 5
                                    

"Assalamualaikum warah matullah, bro." Lut letakkan kedua belah tangannya dibelakang sambil menghampiri Erik.

Erik yang sedang merenung kosong kapsul kosong dari katilnya mengangkat muka sambil menjawab salam Lut dengan perlahan.

"Lut." Dia sebut sepatah mahu bangun dari duduknya tapi Lut cepat menahan, satu tangan diatas bahu Erik manakala yang sebelah lagi memegang lengan Erik. Mata mereka bertembung dan Lut perasan warna mata Erik tidak seperti yang dia selalu lihat.

Erik mengedipkan mata sekali dan mengalihkan pandangannya sekilas kemudian dia menunduk. Dahi berkerut dalam dan dia mengedipkan mata beberapa kali seperti cuba fokus.

"Kau tahu kenapa aku datang?" Lut tanya perlahan. Dia perasan Erik mengepal buku lima disisinya.

Lut melepaskan nafas, tak sanggup nak lihat Erik dalam keadaan begini dan menarik Erik dalam dakapan. Badan Erik kurus dan juga agak dingin daripada biasa. Wajahnya pucat dan matanya redup, kosong.

"Aku... Aku rindu kau." Erik bersuara lemah, dia terus membalas pelukan Lut. Memeluk Lut erat dan membenamkan muka diatas bahu Lut. Lut tersenyum nipis tapi memang tak sampai kemata sebab hatinya rasa seperti dipijak. Cuma dia belum tahu lagi kenapa dia rasa macam ni. Tangan Erik mencapai bahu Lut dan ditekan sedikit, seperti mahu memastikan kehadiran Lut memang realiti dan bukan sekadar bayangan dalam kepalanya.

"Ha'a, kau memang." Jemarinya dilarikan dalam rambut Erik.

Tiba-tiba Erik melepaskan pelukan dan meletakkan kedua belah tangannnya atas bahu Lut.

"Diorang nak bawa aku pergi kan? Diorang nak bawa aku balik sana kan?" Erik menyoal, dahi berkerut dalam pada masa yang sama merenung dalam mata Lut. Anak matanya bergerak-gerak laju, macam orang tak keruan.

Lut tak menjawab. Berasa gusar dengan keadaan Erik.

"Dorang ambil kau sekali ke Lut? Kalau aku tak pergi, dorang akan ambil kau sama ke Lut? Kalau aku tak nak, dorang akan ambil kau pergi daripada aku ke Lut? Ada dorang ugut kau ke Lut?" Bertubi-tubi Erik lemparkan soalan yang sumpah Lut tak tahu nak bagi jawapan apa, cuma buat Lut lagi keliru dan tertanya-tanya apa masalah yang sebenarnya sehinggakan-

"Kau takut apa E?" Dia tanya semula, rasa gusar dengan semua soalan Erik.

"Lut, apa yang dorang cakap? Dorang tak akan ambil kau kalau aku setuju nak pergi kan? Dorang janji dorang takkan apa-apakan kau kalau aku ikut dorang kan?" Dia cengkam bahu Lut sehingga Lut mendesah menahan sakit.

Lut cuba nak tolak tangan Erik daripada mencengkam kulit dibahunya, tapi Erik lagi kuat daripada Lut, Lut tak mampu nak buat apa-apa. Apa yang buat Lut bertambah cuak bila warna mata Erik mula bertukar warna.

"Erik- Erik- sumpah semua ok. Tak, dorang tak bawa aku pergi. Aku akan ikut kau sama pergi sana, weh, please, tolong lepas?" Payah dia nak cakap nak menahan perit cengkaman Erik.

Erik tatap muka Lut lama, kemudian dia macam tersedar, dia sedut nafas dan melepaskan Lut. Dia terus membelakangkan Lut dengan tangan menggigil menggenggam rambut dikepala.

"Sorry- Sorry- Sorry- Lut aku tak sengaja- Lut-"

"Erik? It's alright, sumpah aku ok. Serious tak ada apa-apa pun, aku okay." Pujuk Lut lembut, lambat-lambat cuba menarik Erik untuk berpaling semula kearah Lut.

Lut berdiri dibelakang Erik, tangan diletakkan atas bahu Erik dan dia mencium ubun-ubun rakannya itu. "Tak ada sesiapa ambil sesiapa pergi daripada sesiapa." Lut mencuba lagi, lalu menarik perlahan muka Erik supaya menghadap Lut. Lut memberi sepotong senyuman untuk Erik.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now