Goal for this chapter: 6 votes 3 comments
Muka dia sembab macam semalam dia baru lepas nangis. Matanya merah, eye bag dah buat lingkaran hitam disekeliling mata. Tak perlu pun dia nak tenung cermin untuk tahu muka dia pucat mengalahkan mayat hidup. Agaknya mayat hidup pun muka masih ada warna kalau nak banding dengan muka Lut sekarang. Mujur dia selubung dengan selimut bulu itik Erik yang tebal dan nyaman, sekali sarung sweater tak cukup dengan baju lengan panjang yang dipakai dalam tee lengan pendek. Satu badan menggeletar nak menahan sejuk dari luar dan dalam badan. Lut tak rasa homeostasis badan Lut sekarang sedang bekerja dengan hemat, entahnha badan sendiri pun give up nak maintain balance dalam badan untuk harini.
Lut antara dengar tidak bunyi suara Erik, rasa macam terngiang-ngiang jauh dari jarak pendengaran Lut walaupun kepala Erik literally disebelah kepala Lut sendiri sekarang ini.
Bestnya badan Erik, panas macam heat pack yang besar.
Lut merangkul badan Erik dari dalam, memeluk Erik dari belakang dan mengeluh perlahan.
"...Either decision tak menguntungkan mana-mana pihak. Kita balik, aku memang kena ganyang dek Lisa. Kalau kita stay rumah aku lagi sehari, aku tak yakin-"
"Kita makan gelato weh. Aku nak caramel latte Emmy, tak pun mint soda Qaydar extra lemon dia." Potong Lut, enggan mendengar Erik menghabiskan ayatnya. Dia merehatkan dahinya dibahu Erik setelah selesai ber-mathurat bersama-sama lepas subuh tadi. Memang dia terus rembat kain selimut bulu itik Erik sebab tak tahan dengan sejuk. Walhal air cond pun mana dibuka. Tingkap aje yang dibuka, tapi angin sayup-sayup mencelah masuk, bayu laut yang bawa angin sejuk semalam bagai membeku ketulang hitam.
Erik bergerak sedikit dan mengukir senyum nipis yang tak dapat dilihat Lut. "Beres," ujarnya, menepuk lembut kepala Lut.
Mereka senyap sambil Erik menyelak helaian muka surat alquran tafsirnya, mencari muka surat yang dia berhenti kali terakhir dia baca. Rasa dah lama tak pegang love letter Tuhan ini, rasa sayu bila dia sentuh kitab suci itu dalam tangan. Rasa hatinya sejuk dan pada masa yang sama jiwanya sebak. Kalau nak diikutkan memang lama dia tak baca alquran sejak-
Sejak dia kena infected.
Erik terpaksa pejamkan mata sekejap- cuba tenangkan pernafasan. Bila dia buka mata semula, beban menampung berat kepala Lut terasa ringan dibahunya dan tengkuknya dibelai angin dingin pagi. Bulunya hampir meremang. Erik berpaling, nak tengok Lut kemana.
Lut dah terlentang atas lantai berbungkuskan selimut tebal Erik, dah macam ulat bulu disalut kepompong.
"Bila kau habis baca quran kejut eh? Ke kau nak sarapan ke pape ke- kejut bebila eh? Aku sumpah tak tahan sejuk- kau tak sejuk ke weh? Macam kat artik dah aku rasa. Setahu aku sekarang serious global warming, entah berapa percent je sejuk artik tu, although it is worse, I'm still gonna bitch about how cold I am right now." Lut membebel sendiri sambil golek-golek atas lantai cuba mencari posisi yang selesa untuk berdiam diri.
Dia jeda sekejap dan Erik masih belum mulakan al fathihah dia sebab dia rasa Lut nak sambung bebel lagi. Tapi tak tersambung bila Erik dengar Lut mula berdengkur perlahan dek hidungnya yang merah macam ceri atas frosting putih kek itu tersumbat. Bibirnya memang agak pucat tapi tak membiru ke jadi warna purple. Dia setakat memutih, tetapi hidung dan telinganya merah menyala mengalahkan warna tomato. Sekitar kulit wajahnya keluar dari lingkaran hitam mata Lut semua memutih, pucat tapi tak berapa nak lesi sangat.
Erik menghadap semula alquran dalam tangan, mula mengalunkan alfathihah. Dia nak ambil masa bersendiri ditemani dengan dengkuran hidung tersumbat Lut menjadi peneman pagi. Mentadabbur sendiri, bermuhasabah dan mengenang dosa yang dah dibuat. Dalam pada berdoa, menaruh pengharapan setinggi yang termampu untuk dikurniakan kekuatan dalam mengawal diri. Cukuplah untuk dia menjahanamkan dirinya seorang, tak pernah dia terniat walau sekali nak heret Lut sama.
Tapi untuk bertaubat tak pernah terlambat- kan?
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Novela JuvenilApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #