Lut merenung kambusan merah yang sudahpun rata dan ditutup dengan batu kerikil berwarna putih. Dari tempat Lut berdiri, bayang-bayang Lut pun tidak segelap mana dan angin yang meniup pun agak deras daripada biasa. Lut meraup dan menggosok muka lalu melepaskan nafas panjang. Jemari dilarikan dicelah-celah rambut yang semakin serabai dari biasa. Entah berapa lama dia berdiri disini selepas membaca yasin dan tahlil sepertimana yang dilakukan setiap kali dia datang ziarah.Disebabkan Lut tak bawa barang-barang berkebun yang disimpan dalam beg kecil. Terlupa nak bawa sekali. Nampaknya terbiarlah pokok renek yang Lut pun tak tahu apa namanya, tetapi pokok kemboja yang tumbuh dibahagian kepala kubur subur dengan bunga berwarna putih murni. Angin bertiup sekali membawa bau bunga kemboja, seolah-olah cuba memujuk jiwa yang kacau.
"Lut, nak hujan ni..." tegur Erik selepas beberapa ketika, menepuk perlahan bahu Lut. Lut mengangguk, mata sekilas hinggap pada batu nisan. Elok terukir nama dan tarikh meninggal arwah disitu lalu dia berpaling.
Mereka melalui kawasan kubur dengan senyap sehingga mereka menaiki motor Erik dengan Lut membonceng dibelakang Erik.
"Kau nak balik terus ke, nak macam biasa?" soal Erik sebelum menghidupkan motor.
Lut memejamkan mata dan merehatkan kepala diatas bahu Erik. Kemudian dia merangkul tubuh Erik dari belakang. "Macam biasa." jawabnya perlahan.
Erik tersenyum sendiri, ada pahit yang tersembunyi, tapi tidak dilihat Lut. "Okey." balas Erik dan bergerak keluar dari kawasan kubur.
Lut angkat muka bila dengar bunyi hempasan ombak dipantai, menghirup bayu laut.
Warna langit kelabu dan kelam, biru air laut semakin gelap dari biasa, dari biru dan menghitam. Kepulan awan semakin melitupi matahari dan angin menjadi lebih sejuk dari biasa. Ombak yang terhasil pun semakin membesar semakin kencang angin bertiup.
"Alright," Erik ambil parking bawah pokok rendang dihujung lot-lot kedai yang berderet.
"Kau bawa duit tak?" tanya Erik setelah Lut turun dari motor. Lut menjongket bahu, mata masih tak lepas dari laut. Erik sekadar menggeleng kepala.
"Jom," Erik menarik lengan Lut.
Lut masih merenung laut yang semakin mengganas dengan angin deras meniup. Mereka masuk dalam sebuah kafe yang mereka selalu lepak dihujung deretan kedai-kedai. Kafe tersebut mempunyai tiga tingkat. Tingkat ketiga itu merupakan bilik terapi, dimana pesakit-pesakit pemilik kedai yang merupakan seorang therapist akan menjalankan terapi mereka disitu. Secara tak langsung, wangi-wangian yang terlepas dari bilik tersebut akan turun ditingkat dua tercampur dengan bau kopi dan vanila dari tingkat bawah. Tingkat dua boleh kata macam kedai buku dimana semua jenis buku ada disitu dan wifi free dan juga sudut siber disatu sudut.
Kedua Erik dan Lut suka melepak ditingkat dua, dibahagian balkoni yang memanjang. Selalu mereka melepak pun, antara mereka meluang masa sketching untuk projek sambil bersembang dengan kopi. Tak pun berborak dan membuang masa makan ais krim atau apa-apa yang boleh dibuat dicafe bersebelahan dengan pantai ini. Dan juga tempat inilah tempat yang mesti disinggah Lut selepas menziarahi kubur dengan Erik. Itupun kalau dia pergi berziarah dengan Erik. Kalau dengan orang lain, memang harapan.
Kalau tengok dari jauh macam pelik aje ada kafe sebelah pantai, tapi tempat inilah yang mereka selalu mencari ketenangan. Kadang kala kafe akan mengadakan tema berdasarkan musim, walaupun mereka berdua tak ambil peduli pun.
Kling-
Loceng bergoncang lembut menyambut pelanggan yang datang, bau kopi menusuk hidung.
"Salaam, laddies! Oh dear, dari sana lagi?"
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #