36

61 3 0
                                    



Ada satu perkara diantara banyak-banyak perkara dalam dunia ni yang menjadi faktor seseorang berubah. Salah satunya adalah pengaruh rakan sebaya. Walaupun Lut tak salahkan sesiapa dan rasanya tak ada manusia pun yang mempengaruhi Lut supaya jadi budak awkward setiap masa.

Cuma sekarang Lut berasa sangat awkward Lut tak boleh nak duduk diam dan...

"Are you uncomfortable? It's a long ride- you can lay at the back and rest if you want to." Yrsa menegur selepas beberapa ketika.

Dan Lut menggeleng. Tak tahu sebab apa, benda tu tiba-tiba je jadi. Lut diam sekejap walaupun dia dah memang senyap pun. Otak mula merangka ayat.

"I can understand you if you want to speak in your native."

"No! Uh- it's just- I don't know. Aren't you tired? Like you just got here, then you have to take me somewhere else- isn't it too much for a day? Shouldn't you rest first?" Laju Lut tuturkan segala ayat yang muncul dalam kepala. Syukur tak tersasul. Kalau tak memang Lut tak ada lubang lain nak sorok selain buka pintu dan mencampak diri keluar dari dalam kereta.

Yrsa terdiam sekejap, merenung jalan lengang didepan.

"We'll stop when I need the rest. Is that okay? For now we have to get off track and change cars. It'll be another a couple of hours before we get to the car." Ujar Yrsa selepas beberapa ketika.

Lut angkat kening sebelah. "Kenapa nak tukar kereta? Is there something wrong with this one?"

Mana tahu lagi tiga jam tiba-tiba kereta ni nak meletup ke...

Yrsa tersenyum nipis. "It's safer to change." Jawab Yrsa pendek. Seperti ada lagi maklumat yang Lut tak perlu ambil tahu.

Lut sendiri pun tak pasti sama ada dia nak tahu atau tidak. Lebih baik tak perlu kut untuk masa ini. Lagi-lagi bila Erik sendiri suruh Lut percayakan Yrsa.

Dekat belakang tu ada je macam comforter dengan beberapa ketul bantal, cuma Lut rasa segan nak berbaring tak ingat dunia sedang orang macam Yrsa (dah lah dia General, kau fikir pangkat tu cikai sardin ke apa?) pula yang drive.

Lut terfikir sesuatu.

"Are you insisting me to rest because I tend to suddenly pass out? So like... like..." Lut terdiam, hilang kata-kata sebab otak tiba-tiba nak berhenti mengarang ayat.

"That's one." Yrsa melepaskan perlahan.

"For once I hope that is not sarcasm."

"I am favorably honest at times I need to be." Yrsa senyum nipis.

Cuma Lut tak berapa nak perasan sebab dalam kereta itu gelap. Suasana dalam kereta itu dah tak sejanggal masa mula-mula tadi. Tapi Lut belum sepenuhnya rasa selesa.

"...You need to be?" Lut bersuara perlahan memandang sekilas pada Yrsa.

"Aren't we all?"

Lut diam. Mencampak pandangan kelangit diluar tingkap. Merenung bulan yang bercahaya separa terang diantara ruang bintang-bintang yang berkelip berjuta tahun jauhnya.

Entah kenapa Lut tak tahu apa nak fikir dan apa nak buat masa-masa begini. Dia serupa macam robot ikut apa orang suruh. Kadang Lut terfikir sendiri kalau apa yang dia buat sekarang ni ada gunanya atau tidak.

Tiba-tiba Lut hilang arah. Tiba-tiba Lut tak tahu apa yang dia nak buat. Tiba-tiba Lut tak tahu apa yang dia perlu lakukan.

Lut tak pernah tahu sebenarnya.

Dan keputusan dia untuk ikut Lisa dan Erik ke Zon Barat ini pun hanya semata mengikut.

Lut ingat pada kembar Aiman. Mereka pun sepatutnya berada juga disini bukan?

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now