Bila Lut bangun pada pagi itu, dia cuba tak rasa terkejut kerana dia bangun dalam katilnya sendiri. Mata mengecil cuba melihat jam digital yang menyala dalam gelap.
05:59 am.
Elok sangatlah kan, bangun seminit sebelum alarm bunyi. Lut duduk sekejap dikatil, menyelak langsir dan melihat keluar, melihat langit masih kelam dan angin perlahan meniup dedaun pokok pelam yang jarang berbuah ditepi rumah. Dia mengeluh kecil. Sisi dahi dipicit perlahan dengan sebelah tangan sementara yang sebelah lagi sekadar menyangkutkan langsir diantara grill dan menolak buka tingkap bagi angin dingin meniup masuk dalam bilik.
Tak sempat nak menikmati nyaman udara pagi, alarm nyaring berbunyi dikepala katil. Lut serta merta menutup loceng tersebut dan berlalu kebilik air untuk mengambil wuduk untuk subuh.
Dia rancang nak sambung tidur sebaik saja selesai subuh, tapi pintu bilik terkuak buka sebaik saja dia bangkit sambil melipat sejadah.
"Kamu dah selesai solat?"
Suara itu asing tapi pada Lut dia rasa macam kenal suara tersebut. Dia jamin dia memang tak pernah dengar suara itu atau dia memang pernah dengar cuma dia tak ingat dari mana. Bila dia berpaling selepas meletakkan sejadah atas katil, dia yakin perempuan bermata biru cerah menyala ini tidak pernah dilihatnya seumur hidup Lut.
Lut tersepit antara rasa cuak dan terpana. Terpaku dimana dia berdiri dengan muka beku tertampal diwajah sebab dia tak tahu nak pilih perasaan yang sesuai untuk menghadapi situasi ini. Dan Lut tak berapa pasti dia ini perempuan atau lelaki. Memang tadi Lut dengar suaranya macam perempuan, tetapi melihat pemiliknya dengan mata kepala sendiri, Lut tak tahu nak beza.
"...ya?" Sahut Lut selepas sekian lama, kepala teleng sedikit kesisi dan kening sebelah terangkat.
Manusia (?) itu tersenyum manis. "Gretta," dia sebut sepatah dan membongkok sedikit.
"Gretta? Huh?"
"Saya android yang menjaga rumah ini. Saya mendapat arahan daripada Cik Lisa untuk kembali dalam bentuk asal saya. Lut jangan khuatir, saya hanya menjaga Lut atas arahan yang diberikan." Gretta mengangguk sekali. Dia mula nak melangkah pergi tetapi Lut segera mendapatkan Gretta.
"Macam mana-" perkataan mula tersekat dikerongkong, tiba-tiba berat hati untuk bertanya. Entah kenapa dia rasa lebih baik dia tak perlu tahu, tapi dia nak tahu.
"Macam mana Lut boleh ada dirumah?" Gretta membantu, meletakkan tangannya yang hangat diatas tangan Lut sendiri. Gretta senyum lagi melihat muka Lut.
"Saya diarahkan untuk mengambil Lut daripada hospital. Apa yang mereka perlukan sudah cukup, tak perlu lagi Lut berada disana."
"Perlukan? Apa yang this 'mereka' perlukan daripada Lut?" Lut sedar dia tanya soalan bodoh, tapi dia inginkan kepastian.
Gretta menurunkan tangan Lut daripada lengannya. "Kami hanya benarkan mereka ambil bahan yang penting, cukup untuk mereka ambil darah Lut."
"Gretta tahu kenapa mereka tahan Lut lama?"
"Mereka mahu melihat sebarang perubahan kimia dalam badan Lut. Kami berikan mereka dua minggu. Genap dua minggu, Lut dilepaskan. Itu janji mereka dengan kami, Gretta tunaikan." Jawab android itu lancar.
Lut mengerutkan dahi. Dia perlahan-lahan menapak kebelakang sehingga kaki terlanggar katil. Lut melontarkan pandangan kosong lantai didepan mata. Dia menunduk kan kepala dan mengurut perlahan tengkuknya sambil mengeluh. "Erik... Keadaan Erik macam mana?" Dia bertanya selepas beberapa ketika.
Lut dapat rasa tenungan Gretta lama terhadap Lut. Bila Lut angkat kepala, Gretta berpaling. "Erik... Maklumat tentangnya sulit."
"Huh? Kenapa?"
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #